Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 31 Januari 2011

Tekanan Darah Rendah

ENDAU 31 Januari - Penduduk Kampung Londang Batu pada hari ini telah dikejutkan dengan kisah penurunan tekanan darah yang melanda Haji Isnin Bin Baderun. Ini telah menjadi isu tergempar khususnya bagi penduduk di rumah ke 16 kampung itu kerana sebelum ini beliau sangat terkenal dengan penyakit tekanan darah tinggi. Kata salah seorang penduduk, Abdul Rahim Isnin, "Dulu ayah saya ada sakit darah tinggi je, malah pernah sampai kena strok dan koma dua kali. Tapi sekarang tiba-tiba ada tekanan darah rendah pula. Saya pun hairan dan risau." Beliau yang selalunya mempunyai tekanan darah yang normal iaitu sekitar 120/70 mmHg kini mempunyai tekanan darah 106/76mmHg. -Bernama-



Rentetan daripada berita tersebut, saya rasa terpanggil untuk mengkaji mengenai isu penyakit tekanan darah rendah yang kelihatannya lebih berbahaya berbanding penyakit tekanan darah tinggi.

Simptom-simptom Awal
  1. Pesakit merasa pitam lalu jatuh.
  2. Pesakit akan pengsan/ pitam.
  3. Sakit kepala
  4. Kepala rasa melayang
  5. Penglihatan kabur
  6. Kurang fokus
  7. Loya atau perut merasa tidak selesa
  8. Lemah lemah / lesu
  9. Denyutan nadi lemah
  10. Rasa sejuk
  11. Pernafasan tersekat-sekat
  12. Kulit lembap.


















Punca-Punca Tekanan Darah Rendah

  1. Mengandung - menjadi normal setelah melahirkan anak
  2. Masalah jantung- denyutan rendah, masalah injap, kegagalan jantung.
  3. Masalah endokrin - kurang atau terlebih hormon, gula dalam darah terlalu rendah, diabetes
  4. Dehidrasi - kehilangan air yang banyak akibat kencing, muntah, dll
  5. Kehilangan darah
  6. Jangkitan yang teruk - kecederaan parah, luka dalaman
  7. Tindak balas alahan yang teruk.
  8. Kurang zat dalam badan - Vitamin B12 dan asid folik
  9. Mengambil ubat-ubatan yang boleh merendahkan tekanan darah - ubat darah tinggi, penenang, parkinson.
Cara-Cara Mengatasi
  1. Makan lebih garam dalam diet. Patut-patut jgn lebih2 sangat.
  2. Minum lebih banyak air -tambah isipadu darah
  3. Bersenam - galakkan pengaliran darah
  4. Posisi badan bangun dari tidur - tarik nafas, duduk perlahan-lahan, bangun perlahan , ketika tidur kepala perlu tinggi sedikit drpd badan
  5. Memakai stokin kaki - darah kurang terkumpul di kaki
  6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Kurangkan pengambilan karbohidrat seperti roti, kentang, dan nasi.
  7. Jangan terlalu berdiri lama di bawah sinaran matahari.
* Tiada ubatan yang spesifik untuk merawati penyakit ini. Jika anda atau ahli keluarga anda memilki simptom-simptom sebegini, pastikan punca dan cara mengatasai masalah dengan pantas atau hentikan jenis ubatan yang boleh menjadi punca tekanan darah rendah.

Jika anda bukan doktor dalam masyarakat, setidaknya jadilah doktor dalam keluarga.
Akhir kata, sayangi keluarga..utamakan kesihatan. Sekian. =)

Ahad, 30 Januari 2011

Perkakas Lembut Muzik

Muzik merupakan terapi yang baik bagi sesetengah individu (Bimbingan dan Kaunseling 2011), dan saya tidak terkecuali daripada individu yang disebutkan tadi.

Ada yang boleh baca buku bila dengar muzik,
Ada yang cergas buat latihan Matematik bila dengar muzik,
Ada yang hilang takut pada hantu bila dengar ayat-ayat suci Al-quran,
Ada yang sebelum tidur je wajib dengar lagu,
Ada yang dengar radio untuk dapatkan berita baru,
Dan macam-macam lagi.

Saya masih ingat waktu saya belajar di sekolah berasrama penuh,
radio autoscan jenama Palito adalah peneman setia saya untuk mendapatkan hiburan, lagu dan berita tekini.
Dulu harga dia mahal, sekitar rm10- rm15.
Tapi sekarang..rm5 pun dah boleh dapat.
Masa tu rasa bangga bila abang hadiahkan radio Palito yang di dah tak nak guna. ^_^











Lepas tu bila dah ada duit sikit, saya beli pula walkman (pemain kaset). Masa tu kawan-kawan saya yang orang senang semua beli cd walkman. Jeles juga tengok. Tapi masa tu dah mampu beli walkman pun saya cukup bersyukur.

Pernahkah anda mengalami kenangan-kenangan seperti yang saya lalui?



Lihat pula sekarang. La ni dunia dah canggih. Dah ada pemain mp3, telefon bimbit, speaker dan pendrive, modulator, dan banyak lagi. Saya yakin pembaca di luar sana wajib ada salah satu, dua gadget pemain muzik masa kini. Namun, memiliki gadget yang boleh menyimpan lagu sebanyak hatta 2, 4, atau 8 GB juga belum tentu muat untuk menyimpan lagu-lagu yang anda gemari. Maka sebab itulah anda perlu bijak menguruskan lagu-lagu sebelum disimpan ke dalam gadget muzik untuk dimainkan pada bila-bila masa.

Di sini ada beberapa perkakas lembut muzik yang saya dah guna,
dan anda juga boleh cuba guna untuk mengemaskini semua lagu mahupun alunan zikir dan ayat Al-Quran yang anda ada.
Perkakas lembut ini juga anda boleh gunakan untuk tujuan-tujuan lain termasuk dalam proses P&P (untuk para guru). Antaranya adalah :


Perkakas 1











Sound Forge

  1. Memotong, menyambung, kuatkan, dan perlahankan lagu.
  2. Menghilangkan bunyi di bahagian-bahagian tertentu.
  3. Sesuai untuk mengubahsuai lagu untuk dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit.
  4. Untuk menukar format lagu kepada wav, mp3, dan lain-lain lagi.
Untuk muat turun
http://www.mediafire.com/file/l338taacil2d39i/soundforgepro10.0b.exe


Perkakas 2









Any Video Converter

  1. Mengubah kepada semua jenis format video yang anda mahu (flash,mpeg,dll).
  2. Memotong bahagian dalam video.
  3. Memendekkan video.
  4. Menukarkan format video kepada audio dalam pelbagai bentuk (ogg,mp3,wav)
Untuk muat turun
http://www.mediafire.com/file/1y2eov26s4sfc5l/avc-free.exe


Perkakas 3









Any Audio Converter

  1. Menukar pelbagai format audio.
  2. Memotong lagu menjadi pendek.
  3. Mengecilkan saiz lagu.
Untuk muat turun
http://www.mediafire.com/file/mdeamg61phcqnfz/any-audio-converter.exe



Perkakas 4









MP3 Reducer

  1. Mengecilkan saiz lagu.
  2. Memudahkan pengguna untuk menyimpan lagu di dalam telefon bimbit dan pemain lagu mp3.
  3. Terdapat sedikit kekurangan iaitu menjejaskan sedikit kualiti bunyi
  4. Proses mengecilkan saiz lagu dalam masa yang pantas.

Untuk muat turun

http://www.mediafire.com/file/tso2cplc93cdks9/MP3Reducers.zip


P/s : Rasa macam nak berbalik semula pada zaman Palito lah.. Klasik gitu~

Muat Turun Lagu IPGM


Lagu IPGM

Institut pendidikan guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika bangsa
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendukung visi misi IPG

Jumaat, 28 Januari 2011

Tapis..



















Melihatkan gambar sahaja,
saya yakin anda dapat membaca apa yang tersirat di fikiran saya.
Tapi mungkin juga tidak bagi para pengguna broadband.

Ini kisah bagi pengguna internet tanpa wayar di bangunan-bangunan kerajaan.
Saya tidaklah menafikan bahawa dengan menapis laman-laman sesawang tertentu
adalah baik bagi mengelakkan penyalahgunaan sumber maklumat internet.

Tetapi tapisan yang melampau adalah sangat mengecewakan.
Seolah-olah tapisan itu hanya memukul rata sahaja laman sesawang yang ada.
'Janji tapis.'

Saya tidak membuat cerita rekaan.
Anda juga boleh lihat sendiri,
Jika anda ingin mencari sesuatu maklumat melalui enjin pencari seperti Google,
hasil carian yang dipaparkan mugkin 5 daripada 10 sahaja yang boleh dicapai.
Selebihnya? Akan keluar seperti gambar di atas.

Bukan tidak mensyukuri dengan kemudahan yang ada,
saya amat bersyukur,
kerana sebagai seorang yang berstatus kewangan sederhana,
saya masih lagi bergantung hidup kepada internet tanpa wayar kerajaan
untuk menyiapkan tugasan.
Tetapi saya berharap agar penapisan laman sesawang dapat dikaji semula.

Laman sesawang yang berfungsi sebagai tempat perkongsian bahan maklumat, ilmu, pengetahuan baru, dan lain-lain seperti :
www.scribd.com
www.4shared.com
dan banyak lagi....
adalah lebih baik jika tidak disekat kerana
melalui laman-laman sawang inilah banyak bahan P&P dapat ditemui.

Ini hanyalah luahan semata,
Namun saya berharap luahan ini akan dipandang oleh orang-orang yang berkuasa
supaya sebuah paradigma penapisan laman sesawang dapat terjadi
untuk kemudahan dan kesenangan kita bersama.

Sekian.

Khamis, 27 Januari 2011

Apa gunanya membaca Al-Ma'thurat?


Al-Ma'thurat adalah satu set wirid yang dicetuskan oleh Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna, berkisarkan dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi.

Ketahanan al-mathurat hanya selama 12 jam dan itulah sebabnya jika kita membaca selepas subuh, maka ia perlulah diperbaharui selepas waktu asar.


Memperuntukkan masa selama 5 minit selepas solat sudah memadai untuk bacaan Al-Ma'thurat. Ianya tidak memakan masa yang lama.











Antara kelebihan Al-Ma'thurat adalah :

  1. Hatinya tenang dan badan menjadi lebih kuat setelah membaca wirid ini.
  2. membersihkan diri dari nafsu
  3. Tidak dihampiri syaitan.
  4. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
  5. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  6. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  7. Selamat dari segala sesuatu.
  8. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  9. Allah berhak untuk meredhainya.
  10. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat ke atasnya.
  11. Terhindar daripada syirik
  12. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  13. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  14. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  15. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
  16. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  17. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa.

SUMBER DI SINI

Selasa, 25 Januari 2011

Selamat Hari Lahir!

Ya saya tahu, sudah terlalu lambat untuk saya membuat ucapan hari lahir.
Tetapi lambat adalah lebih baik dari tiada kan kan ??
Memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir saya bersama gadis-gadis dan jejaka-jejaka BACARZ,
maka rugilah bagi saya jika gagal memberikan ucapan hari lahir untuk mereka semua melalui blog Ojo Lali Mampir ini. Kenapa saya rasa rugi? Kerana....

Trivia :
PISMP Matematik 06-11 merupakan kelas saya yang paling lama
kerana saya bersama-sama dengan kelas ini selama 5 tahun setengah (5.5) !

Berbanding dengan hanya 3 tahun di sekolah tadika,
5 tahun di sekolah rendah
dan 5 tahun di sekolah menengah.
Oleh itu, sudah tentulah terlalu banyak kenangan
yang telah saya lalui bersama-sama mereka.
-Trivia Tamat-


UCAPAN 1




















(Gambar saya dan Kak Long)


Baiklah, berbalik kepada tujuan asal.

Ucapan Selamat Hari Lahir ditujukan kepada kak long BACARZ,
saudari Nurul Hazwani Wakanan yang lebih dikenali sebagai wani, wer-wer, dan wawa jb
yang telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 23
pada 2 Januari 2011 yang lalu.

Dia yang saya kenali sepanjang..ermm...(26 Jan 2011 - 16 Julai 2006 = ?)
hah, sepanjang 4 tahun 6 bulan ini merupakan Kak Long dalam kelas.
Dia matang dalam tingkah-lakunya.
Berhati waja, tetap pendirian,
Seorang pendengar yang baik,
Boleh menjadi pembimbing rakan sebaya yang berwibawa juga,
Selalu ada bila saya ditimpa masalah,
Dan memiliki sifat perahsia yang amat tinggi.
Imbas kembali :
Pada kali pertama saya melihat dia semasa minggu orientasi,
saya nampak dia macam sombong + garang
(mungkin sebab muka Cina dia agaknya)
Tak sangka, rupanya kami sekampung
dan dialah orang yang selalu teman saya untuk pulang ke kampung. =)

Doa saya, semoga dia diberi umur yang panjang,
dimurahkan rezeki, diberikan jodoh yang baik (dah jumpa nampaknya)
dan berkekalan serta berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Amin..

Berwajah garang bukannya sombong,
Menjadi rujukan dalam kelompok,
Mendengar katanya mulutkan terlopong,
Itulah Hazwani, duduk kat sebelah blok.


UCAPAN 2 :


























(Ini pula gambar saya dan Kak Ngah)

Ucapan hari lahir terlewat yang kedua adalah khas untuk Kak Ngah.
Selamat Hari Lahir untuk Nur 'Aqilah Hamzah
atau nama penanya qilah, mak ngah, dan jono, yang ke 23 tahun
pada 20 Januari 2011 yang lepas.

Dia yang saya kenali selama 4 tahun 6 bulan ini adalah
seorang yang lemah lembut,
peramah, sangat rajin melayan perangai saya di kelas (saya kagum),
dia juga pandai menyembunyikan kesedihan hati,
serta bijak menggembirakan hati orang-orang disekelilingnya.
Imbas kembali :
Mula-mula saya nampak dia dlm LDK '06,
saya tahu...dia ni kompem orang Jawa,
dan nampak mudah untuk didekati kerana sifat peramahnya
tetapi dia agak pendiam. Mungkin homesick.

Doa saya agar dia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
ditambahkan sedikit tinggi lagi (tapi saya rasa tinggi sekarang pun dah nice),
berbahagia di samping bos, dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin..

Berwajah ceria, tempe pun ada,
Mengetuk brooch itulah hobinya
Mengambil berat sifat yang nyata,
Dipanggil Aqilah, Yong Peng asalnya.


UCAPAN 3:






















(Amirul, satu-satunya lelaki dalam gambar tu)


Ucapan Selamat Hari Lahir juga saya tujukan kepada Khairul Amirul Abu Samah yang akan menyambut hari lahir yang ke 23 pada 4 Februari 2011.

Dia yang saya kenali adalah seorang yang berjaya menggamatkan suasana kelas,
berperwatakan penglipur lara,
ada sifat tanggungjawab yang tinggi,
dan rajin membantu orang lain.
Imbas kembali :
Saya tak jumpa pun dia masa orientasi,
sebab dia masuk lambat,
Mula-mula nampak dia kat kelas,
saya tahu dah, dia ni mesti bekas pljr SMKA..
nampak alim, pendiam, pemalu..
tapi tu dulu la..haha!

Doa saya semoga beliau dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
dan berjaya dengan karier gurunya,
serta berjaya di dunia dan diakhirat. Amin..

Dulunya dia berkaca mata,
Kini berkanta lekap sahaja,
Semua suka bila dia berkata,
Amirul orangnya kuat bekerja.


Post tamat, mohon maaf buat kalian, jika pantun yang hamba reka ini tidak kena, tidak cantik,
dan ada yang tidak sedap di hati. Sesungguhnya ini semua adalah lahirnya dari jiwa hamba yang serba kekurangan ini sendiri.
Akhir kata,
SELAMAT HARI LAHIR
HAPPY BIRTHDAY
SANAH HELWAH
untuk kamu bertiga.. =)

*P/s : Alhamdulillah, dapat makan KFC percuma hari ni. Terima kasih kepada penaja.

Kenapa Baca Surah Al-Mulk?


Teringat zaman duduk kat asrama MRSM Mersing dulu-dulu........
Lepas light off je,
kami akan duduk kat muka pintu (berempat 1 bilik)
dan baca surah Al-Mulk sama-sama
dengan bertemankan cahaya pendaflour dari koridor.
Kami juga diwajibkan hafal surah ini.
Dan saya, hanya mampu hafal 7 ayat je.
Kenangan oh kenangan..

Tapi lepas keluar je dari situ,
saya mula lupakan amalan Al-Mulk tu.
Lupa sehabis lupa.

Tapi syukur Alhamdulillah,
budaya Al-Mulk ni datang semula selepas 5 tahun saya tinggalkan.
Permata telah menganjurkan program bacaan Al-mulk
dari bilik ke bilik di blok masing-masing pada setiap malam.
(p/s: giliran bilik untuk blok E esok adalah di bilik qilah. Nak buat kat bilik kak kalmeet tak boleh, sebab dia pun ada bacaan sendiri. Sesiapa nak join boleh la dtg pukul 11 mlm esok..^_^)

















Kenapa Kita Baca Surah Al-Mulk sebelum tidur?
Di sini ada jawapannya..

1. Memohon keampunan dari Allah s.w.t :
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Memelihara dan menghindarkan dari azab kubur:
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Sebagai amalan :
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Selamat dari azab kubur :
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Pengganti bersoal jawab dengan malaikat :
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Memudahkan jalan untuk masuk syurga.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Mengeluarkan manusia dari neraka :
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


Sumber : http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/kelebihan-surah-al-mulk.html


Selasa, 18 Januari 2011

Cara Membuat Kepala Blog Terpantas!

Assalamualaikum. Sebelum belajar, kita mesti baca doa dulu..
Amin-amin..

Baiklah, hari ini saya dengan rasa syahdunya akan berkongsi satu maklumat mudah untuk anda semua. Jom kita berkenalan dengan perkakas lembut yang bernama XHeader.

XHeader adalah program termudah untuk mereka kepala blog mahupun website yang lain. Cara-cara menggunakannya adalah....


1) Apa-apa hal, kita masukkan dulu software ini dalam komputer. Sila klik pada logo XHeader di bawah untuk muat turun.






2) Selamat datang ke X Header! Kini anda boleh buat seberapa banyak kepala blog, sesuka hati anda. Untuk memudahcara, pilih "Load From Template Library" dan pilih "Ok".



















3) Pilih Template. Di bahagian kiri adalah jenis-jenis gambar mengikut tema blog anda. Kalau blog anda cerita pasal seni, pilihla kategori "Art & Culture". Contohnya, saya ingin membuat blog mengenai Matematik, maka saya telah memilih kategori "Education" dan tekan "Ok".
















4) Baiklah, dengan menggunakan alat-alat yang ada seperti memasukkan teks, bentuk, dan gambar, maka anda boleh hasilkan apa sahaja tajuk untuk kepala blog anda.


















5) Ini adalah kepala blog yang telah siap dikerjakan oleh saya.



















6) Simpan gambar.




















7) Hasilnya..









8) Daftar masuk blog anda seperti biasa.
Klik 'Setting'
Klik "Configure Header"
Masukkan gambar yang telah disimpan tadi.
Klik "Save".


























Dan siap!! Mudah kan?? Tak nak jawab pun takpe. Tapi bagi saya ia sangat mudah.
Akhir kata, SELAMAT MENCUBA!!

Ahad, 16 Januari 2011

25 Kisah Benar Tentang Saya :

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!

Sori dyatunteja.. Pagi ni baru sempat nak log in blog. Hujung minggu yang berjadual padat. Tup tup hari ni dah Ahad.. Adeih..esok dah Isnin..Sabau je lah..

Saya pernah buat tag macam ni pada Febuari 2009 (boleh lihat page ini dan itu ya..)
Tapi , demi seorang sahabat, saya akan renew balik tag ni bagi tahun 2011.


Arahan :
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note , with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated"

dalam Bahasa Malaysia

"Sekali anda sudah ditanda, anda perlu menulis nota dengan tajuk 25 fakta rawak, hobi, dan matlamat tentang diri anda. Di akhirnya, pilih 25 orang untuk menjawab soalan ini juga. Tanda semula orang yang menandakan nama anda. Jika saya tag anda, ini bermakna saya nak tahu lebih cerita pasal anda. Kerjasama anda yang tinggi adalah sangat dihargai."


25 Kisah Benar Tentang Saya :

1. Ice Breaking sikit. Nama saya Nurul Hidayah anaknya Isnin. Umur 22 tahun. Tinggal di Endau, Johor.

2. Suka pada lelaki yang lemah lembut dan bersopan santun. =)

3. Telinga sedikit pekak kerana pernah dimasuki kumbang berdiameter 0.3cm.

4. Pemalu..tapi nampak macam tak tau malu.

5. Sayang mak ayah, adik beradik melebihi dari sayang diri sendiri.

6. Suka memberontak secara senyap.

7. Suka belajar di kabin dari belajar di kelas.

8. Tidak jiwang, tidak romantik, dan sewaktu dengannya.

9. Sedang berusaha untuk mengatasi hal-hal no 8.

10. Bersahabat dan bersaudara dengan 9 orang gadis hebat PISMP Matematik.

11. Suka mengembara dan merantau (sebenarnya).

12. Sedang mencari bakal suami..haha..*tapi orang cakap x elok perigi cari timba.. (gila gatal minah ni)

13. Menyukai gadget-gadget ICT.

14. -------xde idea ..ayah pun suruh kemas2 balik jb..sori mak yah, nnti I sambung lagi ya ----

15. Okeh, mula dpt line internet utk sambung tugasan hari tuuuu..skrg pukul 3.56 ptg, hari Selasa.

16. Suka bermain badminton juga rela dibuli asalkan dapat bermain badminton. T_T

17. Ada sifat ego mangkuk yang teruk.

18. Suka tidur di atas toto berbanding di atas tilam.

19. Mudah dan cepat blank (kosong).

20. Kulit cepat terbakar.

21. Tidak suka pertanian. Tapi kalau tolong2 tanam tu bolehlah..

22. Tidak pandai memakai kanta lekap.

23. Pernah fobia dengan beruk tetapi berjaya mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan terapi beruk (baling mercun bola).

24. Tak suka persaingan mahupun perebutan hatta pergaduhan.

25. Berharap kepada sesiapa yang membaca entri ini tidak rasa menyesal kerana terbuang masa mereka arakian membaca entri ringan seperti ini.

Selasa, 11 Januari 2011

Tag Tentang Makanan - Merealisasikan Impian Aqilah Hamzah

Untuk memenuhi permintaan Qilah, saya dengan bangga dan sukarelanya akan merungkai RAHSIA antara makanan dan saya :

Tag tentang Makanan

Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.

♥ Roti canai telur yang canai sendiri pakai dulang kt rumah. Makan 1 keping pun rasa dah x yah makan tengahari dah..perh..

♥ sotong dan segala jenis masakan sotong. Sy suka makan sotong, sy suka orang sotong, dan segalanya tentang sotong. =)

♥ suka makan lontong.. sebab dia complete.. sayur ada, ayam ada, daging ada, sambal ada..semuaa ada..


Jenis air apa yang korang paling suka?
♥ Teh O Ais

Which type of food yang korang prefer? Pilih 3..
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
♥ Javanese sikit, Malay sikit, mostly mknn Chinese sbb sy suka makan mee hoon..*erk mcm x cukup bukti je..

Apa makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata Wah,gila sedap.
♥ segan la nak cerita.. kuih-kuih je kot..sbb mak lagi terer masak.

Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
Semahal yang tidak melebihi mahal isi minyak kereta penuh. Senang cerita..semahal mana pun tapi kalau utk org tersayang (keluarga, kawan2, adik usrah, suami) apa ada hal kan...

Beri nama restoran feberet. Apa makanan yang paling sedap?
Warung Hasssan Endau- kuah roti canai dia mmg superb

Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak.
Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list,gtaw ek.
suka ikan dengan ayam

Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan..
Sy dgn rasa rendah dirinya mengaku tak ada pasangan. Tapi kalau pasangan praktikum aci kan?? hehe.. first time sy minum ABC blkng Mydin dgn pasangan praktikum saya. Hehe..=)


Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa?
♥ Cendol. Sebab kitorang selalu ngeteh lepas balik sekolah.

Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?
Hidang air teh dgn biskut marrie. Tp kalau org 2 hidup dia susah, dia hidang senyuman pun dah cukup buat saya kenyang.

Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.
kalau ubat berbentuk pil tu kategori mknan tak? boleh la kan..

Menu raya yang paling disukai.
Lontong 1 set : rendang daging+kuah kacang+lodeh+kari ayam.. *aduh, laparnye!

Jajan/ cekedes yang korang suka
Keropok jagung Bin-bin. Beli paket besau baru RM4.50 je..*iklan

Beri 2 makanan yang emak korang masak yang korang paling suka?
Semua sbb mak msk dgn kasih sayang dan keikhlasan. tp yg plng best ayam asam pedas dia.


Makanan yang paling pedas yang korang makan? Sape masak?
Sambal belacan ira (bukan nama sebenar). Sapa yg makan sambal belacan tu bacalah Bismillah byk2..rasa setitik dulu ya..

Korang kalau jumpa orang yang TAG ni, apa agaknya yang korang akan hidangkan?
kerepek pisang. Ada lagi suku tin kt bilik ni. SIla la datang makan ya tukang tag!
Haha!

Sila tagged 5 orang dan PAKSA mereka buat tagged ini..
♥ nurul ashikin hamzah
♥ kak oumi
fatihi a.k.a kamel amir
Nurul hafiza mohd jani
zuraida ibrahim

Sabtu, 8 Januari 2011

Berkenalan Dengan Model















Gambar di atas ialah model yang saya paling suka. Nama dia Tyra Bank. Saya pun x pasti mana dia dapat nama tu. Mungkin rumah dia dulu kat tepi tebing sungai. Atau pun ayah dia seorang pegawai bank. Dia ada program sendiri iaitu American Next Top Model. Saya pernah juga apply. Tapi kena reject sebab dia cakap "tinggi awak sebagai model dah cukup, tapi awak bertudung. Next!" Tak apalah, jadi guru pun boleh jadi model apa. Guru adalah model yang sangat dikagumi kadang-kadang tingkahnya diikuti oleh murid dan masyarakat. Secara amnya, model adalah ikon yang boleh kita ikut dan rujuk untuk sesuatu kepentingan.

_____________________________________________

Maka sebab itu lah hari ni saya nak ajak anda semua berkenalan dengan model. Bukan model pakaian atau majalah. Tetapi model untuk kajian tindakan. Supaya anda khususnya yang bakal menjalankan kajian tindakan akan memilih model mana yang sesuai utk digunakan dalam kajian tindakan masing-masing.



Bagi kelas kami, model kajian yang telah dtekankan adalah model Kurt Lewin (1946)

Terdapat 4 unsur penting dalam model ini iaitu :
  1. Rancang (Plan)
  2. Tindakan (Act)
  3. Pemerhatian (Observation)
  4. Refleksi (Reflection)
Untuk mudah ingat, boleh la guna akronim seperti PAOR, RaTiPeRe, dsb. Terpulanglah mengikut kreativiti masing-masing.

Bagaimana jika hasilnya menemui kegagalan?
Mudah saja, ulang semula kitaran ini bermula dari nombor 1 sampai nombor 4 dengan penambahbaikan yang baru.

























Model Lewin (1946)















Pengasas model Kajian Tindakan Lewin, Kurt Lewin (Gambar candid)



* Nampak macam kacang goreng je model ni. Tapi sebenarnya susah, tapi takpe, tak ada benda yang mustahil ya kawan-kawan...

P/s : bila teringat cerita Pn Tolhah dengan Mr Narmal pagi tadi..boleh gelak besaulah..hahaha!!



Jumaat, 7 Januari 2011

Cuti sempena Tahun Baru Cina & Deepavali

1. Sempena Tahun Baru Cina (03 & 04 - 02 - 2011) adalah seperti maklumat berikut:
Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
31 - 1 - 2011 (Isnin)
Cuti Ganti
19 - 2 - 2011 (Sabtu)
01 - 2 - 2011 (Selasa)
Cuti Ganti
05 - 3 - 2011 (Sabtu)
02 - 2 - 2011 (Rabu)
Cuti Peristiwa
Tidak perlu ganti

2. Sempena Deepavali (26 - 10 - 2011), adalah seperti maklumat berikut:
Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
24 - 10 - 2011 (Isnin)
Cuti Ganti
09 - 04 - 2011 (Sabtu)
25 - 10 - 2011 (Selasa)
Cuti Peristiwa
Tidak perlu ganti
27 - 10 - 2011 (Khamis)
Cuti Ganti
23 - 04 - 2011 (Sabtu)
28 - 10 - 2011 (Jumaat)
Cuti Ganti
07 - 05 - 2011 (Sabtu)



Sumber dari Laman Web Rasmi IPG KTI.

Selamat Bercuti LAGI!

Rational Poem











I don't know what God had planned for me..

Where am I going to live.
With whom am I going to spend my lifetime
till the death come to pick me.

How many kids I will have.
to continue my families' generation
What am I going to be..
being a teacher forever,
or being someone out-reachable from my imagination.

Sometimes, negative thinking across my mind
Could be little, could be lots of negative thinking..
Am I going to being drop at Indigenous Village for posting?
Am I going to lose everything unexpectedly?
Am I going to be success or on the contrary at the future?
And some more else...
The questions always lingering at my head unconsciously.
But I had learned something from my most respectful person
She said, rationalize your thinking.
Change it into positive!
I have tried it..so many times..
Be positive. Be positive. Be positive.

And it's worked!
Then the time comes, I am getting exhausted and tired for being rational.
Suddenly, I realize that there is one thing which I almost forgot.

I forgot that God, Allah is always watching me

Allah always know what is the thought in my mind

Know what my heart felt
Know which is the best for me
Love me when I come nearer.
Mad me when I break the the law and make a sin.
I almost forget that Allah had planned everything to us.

Therefore, I had decide..
That all I have to do is just follow the path
which I am not sure where the path might bring me

Spare lot of patience and a bundle of effort

Vanish all the 'give up' phrase

Cheer the people around me as they could cheer me back

Help peoples without any condition
as I believe that God will pay back the kindness.
Live my life..then the life will make me live.


What say you? Do we have the same perception of life? Answer it in your heart.
Different people have different view of life. It is at your own hand. Choose the road, walk along it carefully. Life is just like walking on the oiled salver. Once you careless, you might fall.
But never forget to stand up and get the road back.


* I am writing this with the accompanied of Siti Nurhaliza's song. Pergh, what a great voice that she had!


Selasa, 4 Januari 2011

Apa Kata Bintang - Gita Gutawa

















Ku tak tahu apa yg terjadi
pada hatiku kini
tak ku mengerti

Getar ini belum pernah ada
Tak pernah kurasakan
Selama ini…

Korus :
Malu..malu…aku mengakuinya
karena aku kini belum dewasa…

Reff :

Berjuta cahaya datang padaku
menari ditanganku
nyanyikan lagu tentangnya

Duhai bintang mungkinkah yg kurasa
apakah sudah saatnya
untukku menyukainya…

Sekarang ku sering melamun
juga ku sering bercermin
oh mengapa ini

-ulang korus-



Iklan :


"Terima kasih": Satu lagi ucapan yang saya jarang ucapkan.
Maka, terima kasih kawan-kawan.
Hadirmu bagai perungkai kebuntuan.
Dan bintang dalam lirik tu adalah korang!!

P/s : Saya sangat suka lagu ni sebab dia guna vokal suprano.
Seronok pergi Giant sebab cukup 10 orang tadi. =)



Isnin, 3 Januari 2011

Hari 1 'Cool'iyah

























Dengan hanya memaparkan sebuah illustrasi, cukuplah bagi saya untuk membentangkan refleksi kendiri pada hari ini, iaitu hari pertama perkuliahan, di tahun akhir pengajian saya di IPG KTI pada tahun 2011.

Pagi (seusai sahaja perhimpunan), 3 Januari 2011..

Waaaahh...seronoknya dah jadi siswa guru yang paling senior tahun ni..!
Tak sangka dah 4.5 tahun belajar kat sini.
Dah 2 bulan cuti, macam mana agaknya kelas kita ya??

Breaking news:
Ira a.k.a PKO : Kelas kita dah kena amek orang..=(
Hazwan a.k.a future KO : Kita dapat kelas baru, KAB 3.

KAB 3?? Tak pernah dengar pun nama kelas tu!! Jeng3... Nebes2..kelas apa ni?

Kegelisahan kami tentang KAB3 terjawab bilamana kelas tersebut adalah..

(gambar di bahagian bucu kanan bawah illustrasi)

Tersebutlah kisah kelas untuk pelajar tahun akhir pengajian Matematik iaitu sebuah kabin yang dilengkapi 2 buah alat penghawa dingin. Kenapa kami tak layak dapat kelas di blok D seperti tahun yang sudah ya?? Hurm..

(tak nak komen panjang2 pasal kabin mahupun mempersoal nasib pelajar tahun akhir pengajian Matematik)

Apa-apa pun, kesyukuran sahaja kami mampu panjatkan kerana masih mendapat tempat untuk belajar di sini. Tahniah kepada pihak pengurusan kerana bijak mengimbangi kekurangan dan kemudahan di kabin baru kami. =)


2.00 Petang, 3 Januari 2011..

(Sila rujuk pada gambar di bahagian atas dan bucu kiri bawah)

-Gunakan latar muzik lagu hujan dendangan Allahyarham Sudirman untuk pembacaan yang berkesan-

Hujan renyai-renyai dan kelihatan dua buah kereta sedan yang memarkir di kawasan tepi asrama wanita (blok dirahsiakan)

Tiba-tiba kami di sapa oleh seorang wanita berkalung tudung.
Tak berapa ingat sangat dialog dia, tapi lebih kurang macam ni lah.

"You all tau tak kat sini tak boleh parking?"
-terpinga-pinga-

"sini kawasan parking untuk staff, pergi parking tempat lain"
-baiklah, maaf-
-setelah memakir kenderaan di kawasan selamat-
-A & H ditahan wanita berkalung tudung tadi dengan menaiki kereta, nampaknya beliau masih belum puas.-

"sebelum ni you belajar kat mana?"
-blok lama, jawab A dan H-
"you tau tak sini tak boleh parking?"
-tak tahu-
"sini kawasan untuk parking staff sahaja"
" you student you cari parking kat tempat lain"
-ok, terima kasih-
-dan mungkin beliau sudah puas menunjuk kuasa, lantas beliau meinggalkan kami yang sedang kebasahan dalam hujan.

A & H masuk ke kelas dan bersalaman dengan pensyarah tanda meminta maaf kerana lewat.

_______________________________________

Begitulah kisah, mereka yang pantang diberi sedikit kuasa oleh tuhan.
Tidak puas menegur sekali.
Mungkin 2, 3, @ 4 kali baru cukup untuk menunujukkan kuasa mereka.

Biarlah..apa-apa pun..
Tak kira pangkat, kuasa, harta, jantina, usia, semua pasti akan kembali semula menemui pencipta dan bersemadi dalam tanahNYA.

Oleh itu, pada hemat saya..
Tegur sekali pun sudah cukup jika niat untuk membetulkan.

Tapi bagaimana jika menegur berkali-kali pada masa yang sama?
Apakah niatnya?
Anda jawablah sendiri...


- Yang penting, bila kena tegur, kita mesti..
1) Dengar
2) Senyum
3) Minta maaf
4) Ucapkan terima kasih
5) Dan blah! (X), Dan pergi dengan sopan (/)

P/s : baru je mula belajar subjek Bimbingan dan Kaunseling. Tak sabar untuk meneroka ilmu yang seterusnya. =)
Oh ya, nasib baik saya tak terpijak ulat bulu tadi (gambar bawah tengah) sbb dia terlalu comel untuk dipijak.

Ahad, 2 Januari 2011

Bila Balik

































































































































Bila balik kampus, banyak yang perlu ditinggalkan.
Ditinggalkan lebih sedih dari meninggalkan (ya, saya faham perasaan mak dan ayah).
Nak buat macam mana kan..kalau tak balik, tak belajar.
Bila tak belajar, macam mana nak kerja bagus2.
Ada yang seronok dan ada yang tak seronok tentang perkara yang ditinggalkan.
Tak apalah, namanya pun kehidupan.

Tapi bagi saya....cuti, baru bermula! Yeah~!


______________________________________
Iklan :

"Minta maaf" : Perkataan yang saya, anda, kita selalu lupa untuk gunakan.

Sabtu, 1 Januari 2011

Jawapan Kuiz Kalkulator Terbakar

Atas permintaan dari Afini dan Kak Oumi, maka pada post kali ini OM (OjoLali Mampir) akan berkongsi jawapan Kuiz Kalkulator Terbakar yang hari tu. Semoga anda akan nampak lebih hebat dari anak murid anda semua! Ok betulkan niat dulu.. Semoga anda semua dapat kongsikan ilmu yang baru kepada anak-anak didik yang dikasihi.


Jawapan Kuiz Kalkulator Terbakar 1

























Jawapan Kuiz Kalkulator Terbakar 2




























Jawapan Kuiz Kalkulator Terbakar 3



























Jawapan Kuiz Kalkulator Terbakar 4




























Jawapan Kuiz Kalkulator Terbakar 5

























P/s : Anda banyak lagi pilihan jawapan yang anda boleh cari sendiri dengan syarat, biarkan otak anda sedikit terbakar untuk mencari jawapan. Selamat berusaha!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka