Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 27 Januari 2011

Apa gunanya membaca Al-Ma'thurat?


Al-Ma'thurat adalah satu set wirid yang dicetuskan oleh Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna, berkisarkan dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi.

Ketahanan al-mathurat hanya selama 12 jam dan itulah sebabnya jika kita membaca selepas subuh, maka ia perlulah diperbaharui selepas waktu asar.


Memperuntukkan masa selama 5 minit selepas solat sudah memadai untuk bacaan Al-Ma'thurat. Ianya tidak memakan masa yang lama.











Antara kelebihan Al-Ma'thurat adalah :

  1. Hatinya tenang dan badan menjadi lebih kuat setelah membaca wirid ini.
  2. membersihkan diri dari nafsu
  3. Tidak dihampiri syaitan.
  4. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
  5. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  6. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  7. Selamat dari segala sesuatu.
  8. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  9. Allah berhak untuk meredhainya.
  10. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat ke atasnya.
  11. Terhindar daripada syirik
  12. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  13. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  14. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  15. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
  16. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  17. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa.

SUMBER DI SINI

4 ulasan:

Nurul berkata...

Teringat masa sekolah dulu, tergeliat lidah nak membaca sambil mengejar bro2 yang memimpin bacaan.

Rasa nak menangis apesal dorang laju sgt! Tapi sekarang boleh fahamlah kenapa dorang baca laju. :)

Nurul Hidayah Isnin berkata...

a'ah..tau xpe..rasa mcm hebat sangat..
kita baca pun terkial2..
tp kalo selalu amalkan insyAllah bole fluence mcm diorg gak.

Ila Aqilah berkata...

thanx dekyah =)
lagi information yang sangat bagus

Nurul Hidayah Isnin berkata...

sama-sama qilah..
amal tanpa ilmu juga adalah sia2..
krn itulah perlu tahu kenapa kita beramal dengannya.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka