Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 25 Januari 2011

Kenapa Baca Surah Al-Mulk?


Teringat zaman duduk kat asrama MRSM Mersing dulu-dulu........
Lepas light off je,
kami akan duduk kat muka pintu (berempat 1 bilik)
dan baca surah Al-Mulk sama-sama
dengan bertemankan cahaya pendaflour dari koridor.
Kami juga diwajibkan hafal surah ini.
Dan saya, hanya mampu hafal 7 ayat je.
Kenangan oh kenangan..

Tapi lepas keluar je dari situ,
saya mula lupakan amalan Al-Mulk tu.
Lupa sehabis lupa.

Tapi syukur Alhamdulillah,
budaya Al-Mulk ni datang semula selepas 5 tahun saya tinggalkan.
Permata telah menganjurkan program bacaan Al-mulk
dari bilik ke bilik di blok masing-masing pada setiap malam.
(p/s: giliran bilik untuk blok E esok adalah di bilik qilah. Nak buat kat bilik kak kalmeet tak boleh, sebab dia pun ada bacaan sendiri. Sesiapa nak join boleh la dtg pukul 11 mlm esok..^_^)

















Kenapa Kita Baca Surah Al-Mulk sebelum tidur?
Di sini ada jawapannya..

1. Memohon keampunan dari Allah s.w.t :
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Memelihara dan menghindarkan dari azab kubur:
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Sebagai amalan :
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Selamat dari azab kubur :
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Pengganti bersoal jawab dengan malaikat :
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Memudahkan jalan untuk masuk syurga.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Mengeluarkan manusia dari neraka :
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


Sumber : http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/kelebihan-surah-al-mulk.html


5 ulasan:

chemie berkata...

yup..mase kat pedas pun same..
thanx deqyah..

Nurul Hidayah Isnin berkata...

sama jugak eh kak umi..hee..
ok sama2..slmt beramal.

Ila Aqilah berkata...

dekyah, ko main2 ngan jiran qilah eh
haha..
dah selesai bacaan almulk kat bilik qilah
terima kasih semua =)
terima kasih dekyah =)

Nurul Hidayah Isnin berkata...

haha..mna ada ak main2..
aku penah dgrla dia punya bacaan..
sama2..

Soleh Kamarulazizi berkata...

Assalamualaikum. Saya harap saya hafal surah Al-Mulk. Mudah-mudahan saya terlepas dari siksa kubur. Doakan saya ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka