Bersesuaian dengan musim peperiksaan, maka aku dengan sukacitanya pada malam ini akan membentangkan hasil dapatan kajian aku melalui:
1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Pengalaman
4) Pengetahuan am
Tajuk pembentangan aku adalah :
9 Budaya Siswa Guru IPG khususnya IPG KTI Menjelang Musim Peperiksaan Pada Setiap Tahun.
Sebelum itu, terimalah serangkap pantun teka-teki..
Anak raja bermain kuda,
Malangnya sesat di dalam gua;
Musim peperiksaan sedang melanda,
Apakah persediaan anda semua?
BUDAYA 1:
Pada ketika inilah siswa guru lebih rajin mengkaji Course Pro-Forma mengikut subjek berbanding mengulang kaji kitab-kitab tebal yang dibekalkan oleh pensyarah.
BUDAYA 2:
Kadar kekerapan (f) untuk turun ke padang adalah lebih tinggi berbanding dengan musim-musim lain seperti musim haji dan musim panas.
BUDAYA 3:
Study smart. Bermusyawarah dan membahagikan tugas di antara mereka. Memilih satu waktu yang sesuai untuk berkongsi hasil pembacaan masing-masing. Biasanya ia diadakan pada malam menjelang peperiksaan.
BUDAYA 4:
Mengimarahkan perpustakaan. Bilangannya tidak ramai tetapi jumlahnya tetap ada.
BUDAYA 5:
Mengadakan solat hajat bersempena dengan musim peperiksaan di surau AL-Jawahir.
BUDAYA 6:
Membeli seberapa banyak makanan ringan @ jajan untuk dijadikan bahan kunyahan semasa mengulangkaji. (kenapa tak pakai sireh je ek?)
BUDAYA 7:
Membuat latihan penulisan tangan agar tulisan kelihatan kemas dan mudah dibaca oleh penanda kertas peperiksaan. Contoh latihan: menulis surat, menyalin nota, menghantar surat layang dan lain-lain.
BUDAYA 8:
Mewujudkan hubungan diplomatik (perdamaian) dengan pensyarah. Ilmu sehebat mana pun, kalau x ada keberkatan susah juga kawan.
(*Sweet betul kalau aku bole buat macam ni)
BUDAYA 9:
Memperkukuhkan dan melebarkan sayap hubungan kerjasama antarabangsa dengan IPG-IPG yang lain.
* Kenapa aku pilih nombor 9 untuk 9 budaya? Kenapa bukan 10 budaya?
Jawapan : Sebab aku suka nombor ni lah..
9 ulasan:
haha. terbaik lah 9 budaya kau ni. haha
terima kasih Ydp!
tgk, mcm ni la budaya ke 10 aku..
bukan study tp update blog..haih.
huhuhu,kajian mendalam ni..
kajian selama 4 tahun setengah ni..
da bole jd action research da..
hahaha..mmg tepat la dekyah..
sape lukis.
catik lah ! ( :
tepat kn qilah..jgn susah ati..kalau budak U ada budaya diorg.. ni ha..budak IPG lagi banyak budaya exam dia..
Fini, sy lah yg lukis.. ms kita g meetng kemboja smlm..hehe..thanks 4 da compliment!!
deqyah! comel gle entry ko ni.
kalo aku bg marks utk kajian tindakan ko ni...memang 90++ la!! :)
mekasih mak yah. Da besar nt kau bole la jd mr chew. Dia pn suka katun. Huhu =)
Catat Ulasan