Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 21 Februari 2010

Kembara Adat II


Post kali ini merupakan pengalaman penulis sendiri ketika menghadiri Majlis Persandingan dua pasangan mempelai di Sg. Lenik, Desa Temu Jodoh, Chaah, Segamat, Johor Darul Ta'zim. Apa yang menariknya, majlis tersebut telah diserikan lagi dengan persembahan Barongan dan Kuda Kepang yang dibawakan khas dari Parit Bingan, Batu Pahat, Johor.

KUDA KEPANG dan BARONGAN

Mempelai disambut dengan tarian kuda kepang.

4 orang gadis Parit Bingan sebagai penari Kuda Kepang

Pemain alatan muzik tarian kuda kepang.
Terdapat 5 jenis alat yang berbeza.
Terdapat seorang tukang karut (duduk di belakang)

Aksi penari barongan

Penari barongan dan penari kuda kepang bergabung


Pari-pari barongan datang

Topeng yang dipakai tersebut sangat berat dan perlu dibetulkan selalu.
Ia juga diliputi penuh oleh bulu burung merak yang asli.


Video pemain alat muzik Kuda Kepang

Video penari barongan dan pari-pari barongan

Lain-lain:
  • Pertama kali penulis menonton secara live persembahan kuda kepang dan barongan.
  • Bayaran persembahan adalah sebanyak RM600
  • Pasukan Kuda Kepang Parit Bingan

Untuk mendapat lebih maklumat kuda kepang dan barongan :

Jumaat, 19 Februari 2010

----JL----

JL (Jelajah Ladang)

Siri Jelajah Ladang (JL) pada kali ini membawakan kepada anda expedisi kami (krew Keluarga Isnin) ke Ladang Sg. Kemelai iaitu merupakan salah satu ladang di bawah naungan Yayasan Pahang Plantation.

Perjalanan kami ke sana telah memakan masa selama 45 minit dengan kelajuan 40km/j menaiki kenderaan 4x4 berikutan faktor keadaan jalan yang hanya bertanah merah.

Ikuti laporan jelajah kami yang selanjutnya..

Sawah padi menguning yang melambai-lambai seolah mengalukan kedatangan kami ke sana.

Pintu post kawalan ladang

Mula memasuki ladang


Sekitar panorama di dalam ladang

Ladang ini juga bersempadan dengan hutan simpan Endau-Rompin

(permandangan ladang berlatar belakangkan salah sebuah gunung di hutan simpan Endau-Rompin)

Kawasan perumahan pekerja buruh ladang

Generator yang menjadi nadi utama bekalan elektrik untuk kawasan perumahan kakitangan ladang.

Pejabat Ladang Sg. Kemelai

Kawasan perumahan pegawai pengurusan ladang


Apakah perbezaan di antara kedua-dua gambar dia atas?

Gambar A : Batang pokok sawit tegak dan kukuh.
Gambar B : Batang pokok sawit bengkok dan beralun.

Punca : Pokok A ditanam di kawasan tanah keras manakala pokok B ditanam di kawasan tanah gambut. Perbezaan jenis tanah ini yang menentukan cara pertumbuhan sesebuah pokok disamping kawalan baja dan sistem pengairannya.

______________________________________________


Satu pengalaman yang berharga dan krew kami sangat kagum dengan binaan kawasan perumahan yang sistematik di tengah-tengah kawasan ladang di samping sistem bekalan air bawah tanah dan bekalan elektrik menggunakan generator yang konsisten.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat :

Encik Muhammad Yani Bin Yatim (pegawai ladang Sg. Kemelai)
Puan Rahmah Binti Isnin (isteri pegawai)

Puan Nurakilah Isnin (krew 1)
Cik Nurul Hidayah Isnin (krew 2)
Ibrahim dan Qasim (juruteknik)

Untuk Renungan

Post kali ini merupakan sebuah mesej khidmat pesanan ringkas yang diterima oleh penulis daripada seorang rakan :

Cuba kenal pasti, apakah persamaan kesemua sambutan yang tertera di bawah?

21-11-2009 : Aidiladha
18-12-2009 : Tahun Baru Hijriah
25-12-2009 : Hari Natal
01-01-2010 : Tahun Baru Masihi
15-01-2010 : Gerhana Matahari
26-02-2009 : Maulud Nabi
02-04-2010 : Matinya yesus kristus
28-06-2010 : Hari Wesak
27-08-2010 : Nuzul Quran
10-09-2010 : Aidilfitri
05-11-2010 : Deepavali

Jawapannya, kesemua sambutan ini adalah jatuh pada hari JUMAAT. Sedarkah anda..

Di dalam Al-Quran Allah telah menyebutkan bahawa KIAMAT itu terjadi pada hari JUMAAT. Adakah ini bermakna bahawa kiamat sudah hampir?

Walau apa pun, bersamalah kita meningkatkan amal ibadat, bykkn beristighfar dan berdoa moga dosa diampunkan Allah.. Bersamalah kita saling ingat mengingatkan dan berpesan-pesan pada kebenaran.

Hari ini juga merupakan hari Jumaat. Bersediakah kita jika Allah menetapkan bahawa hari KIAMAT berlaku pada hari ini? Nauzubillah...tidak dapat dibayangkan perkara-perkara seperti ini.

Berdoalah semoga kita dimatikan dalam IMAN dan ISLAM. InsyALLAH....

Rabu, 17 Februari 2010

Confuse


I am confuse and very distracted...
Peoples always said that the girl at my right side is my oldest sister?
Anywhere we go, any occasion we attend..
It would be the same situation
Why it is happen..? How's their eyes work?
Can't they see that I am taller than her..
Can't they see that my face is older than her..
I am....extremely confuse...!
She is just my oldest niece...
Which is 7 years younger than me..
I am...too much confuse..
What's happening at the world around me..

Isnin, 15 Februari 2010

Minggu Pengurusan Pelajar Baru

SESI : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
TARIKH : 19-21 Januari 2010
HARI : Selasa - Khamis
MASA : 2.30-4.30 petang
SASARAN : Pelajar KPLI Ambilan Januari 2010 (126 orang)


Taklimat ringkas dan pengenalan LDK oleh En. Mohd Mohtari bin Mesron


Barisan fasilitator selaku jawatankuasa LDK yang banyak membantu diriku..


Aktiviti Chicken Dance (Tarian Ayam??)


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi LDK
+
Aksi-aksi dan gelagat guru pelatih baru IPG KTI


Slot binding dan penutupan Sesi LDK Januari 2010

____________________________________________
  • Satu pengalaman baru dalam menguruskan pelajar baru dan merencanakan pengisian slot LDK selama seminggu.
  • Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu scr langsung mahupun tidak langsung..
  • Pengalaman terindah buat diriku sebelum melepaskan jawatan Biro Pembimbing Rakan Sebaya, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ke 44 sesi 09/10

"Suatu pengalaman itu tidak akan diperolehi dengan mudah tanpa adanya kejerihan dan kepayahan... Namun, segala pengalaman itulah yang membuatkan kita lebih menghargai sebuah kehidupan dan sebenarnya...pengalaman itulah kunci utama yang membuka pintu-pintu ilmu pengetahuan.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka