Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 31 Mei 2010

Cukuplah!


16 orang syahid, 50 orang cedera..
Apa dosa mereka wahai Israel??
Sukarelawan yang di serang, ditembak, dibunuh
Mereka hanya datang memberikan
secebis bekalan untuk kehidupan di Gaza.

Hiba hati ini
tatkala mendapat berita sebegini.
hanya Al-fatihah dan doa mampu ku sedekahkan
buat pejuang-pejuang di jalan Allah.

Tidak puaskah engkau Israel??
Sesudah kau siksa penduduk gaza
Kau bina tembok tinggi di sana
Kini, kau halang bantuan untuk mereka.

Jangan lah kau terlalu angkuh di bumi ini.
Hanya kerana engkau adalah seketurunan dengan para nabi.

Bukan itu yang jadi ukuran
Untuk kau ke syurga atau ke neraka.
Sebaliknya amalanmu!
Bagaimana kau menjaga hablu minannas di dunia ini.

Jangan kau sangka langit itu selalu cerah buat engkau.
Masanya pasti tiba.
Ya, hari pembalasan itu.
Ketika itu, umat Islam akan bangkit menentangmu.

Hentikanlah kezaliman itu.
Kembali lah mentaati Maha pencipta.

Sebelum tertutupnya pintu taubat dari yang Maha Satu.

Practicum Phase 2 : The Mission


It is not a too big mission.. It's just a Mission To Improve Handwriting For Daily Lesson Plan!

Oh God, help me.. Why I felt that my handwriting is becoming worser day by day or was it just my negative feeling?


Many tips I had heard from all peoples around me, such as:

En Azizi : Hidayah, you should write slowly and roundly (bulat-bulat). Moreover you should avoid to write with continuing letter.

My friend, Hazwan : You must change the way you hold the pen. You must hold the pen straightly to make you uneasy felt tired. And I suggest you to practice copying and patterning any lovable handwriting to create your new handwriting style.

My friend, Aqilah : You should buy a three lines exercise book and don't forget, practice make perfect.

My roomate, Ain : U'll gonna be dead! The lecturer which will observing you in Physical Education is a rigid person and very detail in your daily lesson plan preparation and the most thing is, she don't like a bad handwriting. Gosh!

My sister : You have such a bad handwriting adik. No need to change because u're not be able to change it although you put so many effort on that. Oh, that is cruel.

My other several friends : You should be more relax while writing.
You should buy a suitable pen.
You should learn how to write with continuing letter.
You should write the alphabet straightly.
You should .....
You should .....
You should .....

Too many suggestions and ideas. I wish I could follow all the advise.. But, what if I don't??
I've must changed.. For my own sake. When? I can't tell it when.. but I've must!



Ahad, 30 Mei 2010

8 Perkara Perlu Manusia Perlu Tinggalkan

  1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.
  2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.
  3. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan dalam hatinya.
  4. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan beribadah.
  5. Siapa yang meninggalkan gurauan, dianugerahi kepadanya keindahan budi bahasanya.
  6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, dianugerahi kepadanya cinta kepada akhirat.
  7. Siapa yang meninggalkan kesibukan menghitung aib orang lain, dianugerahi kepadanya kesempatan untuk memperbaiki diri sendiri.
  8. Siapa yang meninggalkan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah SWT, dianugerahi kepadanya keselamatan dari iktiqad orang munafik.
-Umar Al-Khattab-

Renung-renungkan dan selamat beramal~!


Rabu, 19 Mei 2010

Gauss - Jordan Elimination

Gaussian elimination gives us tools to solve large linear systems numerically. It is done by manipulating the given matrix using the elementary row operations to put the matrix into row echelon form. To be in row echelon form, a matrix must conform to the following criteria:
  1. If a row does not consist entirely of zeros, then the first non zero number in the row is a 1.(the leading 1)
  2. If there are any rows entirely made up of zeros, then they are grouped at the bottom of the matrix.
  3. In any two successive rows that do not consist entirely of zeros, the leading 1 in the lower row occurs farther to the right that the leading 1 in the higher row.
It is now obvious, by inspection, that the solution to this linear system is x=3, y=1, and z=2. Again, by solution, it is meant the x, y, and z required to satisfy all the equations simultaneously.


* I've no idea the reason why I am posting this such kind of thing (taking from the subject Linear Algebra). But the most important thing right now is, how I'm gonna encountering my problem in mastering this subtopic? This subtopic is so burdening me and I'm wonder, after all the failure trial that I've done in doing the exercises...when I will master this topic successfully? God, please help me.. I don't want to lose 5 and more marks just because of this killing point. Please give me the chance for me to improve myself before the dead line comes.. Amin.. (-_-")


Ahad, 16 Mei 2010

JL (Jelajah Ladang 2)

Bertempat di Kampung Semanyir, Endau.. Episod Jelajah Ladang siri 2 bermula..

Objektif : memantau tapak ladang yang bakal dijadikan ladang sawit


Penjelajahan bermula


Penanda sempadan tanah



Kebun yang belum di bersihkan





Sempat mendirikan kayu asas sebelum meninggalkan tapak ladang..=)

Pada hari ini barulah aku tahu bahawa bukan mudah untuk mewujudkan sebuah ladang sawit:
  1. Mula2 kena ada sebidang tanah..
  2. Lepas 2 kena ukur tanah.. ukur bukan free2 je panggil org..mesti bayar maa..
  3. Letak batu sempadan di setiap penjuru tanah.
  4. Kemudian, tapak tanah perlu la dibersihkan. Kalau pokok kecil2 boleh la panggil JCV je tolak.. Tapi kalau pkok hutan besau2 mcm kt kebun ni.. JCV pun takut nk datang.. Akhirnya memerlukan jentera yang lebih hebat utk mencabut pkok2 itu..
  5. Akhirnya..perlu lah beli anak pkok sawit..
Bersambung..

Kenduri

Sempena meraikan hari lahir Nur Hanani yang ke 3 tahun..


Antara tetamu yang hadir :


Kak Nin Harlina, Hajah Manisah, Hanani (birthday girl)


Sir Rashid dan anaknya


En Azhari dan Wak Senin (pembaca doa selamat)


Ayah, ummi, dan adik kepada Hanani



Potong kek (langsung tidak mengaplikasikan teori pecahan)

Khamis, 13 Mei 2010

Uh No!! Facing The Exam.. Are you ready??


If somebody asking me similarly with the question above, of course "No" is the best answer from me right now.

I don't know.. My syllabus for certain subject is still unfinished and until know, I don't even started the revision for this becoming exam.

What's happening to me?
I must do something before the times come...

Should I do like these?

Boiling the books and drink the water containing books.


Read all those kinds of books blindly without knowing what I am suppose to read.


Or should I just bring the TOYOL in the exam??


EXACTLY WRONG!!

Readers, please do not follow all the tips. All the tips are not true and 100% fake and its will kill you.

Actually, in preparing yourself for the examination, you should :


Make a revision and study smartly not hardly. Plan your revision time. Having a discussion group also will help you in manging your revision time.

Do not ever forget to pray for your successfulness to the Al-Mighty.



And lastly, please have an enough sleep and rest on the day before the becoming exam.


SO GUYS (and myself too), GOOD LUCK FOR THE EXAM!!

*Cartoonist : Hidayah Isnin

Hari Guru dan Sejarahnya


Setiap tahun, sambutan Hari Guru sudah menjadi satu kemestian sama ada si sekolah mahupun di institut pendidikan guru di Malaysia. Namun, tahukah anda mengapa tarikh 16 Mei pada setiap tahun telah diangkat sebagai tarikh untuk meraikan sambutan HARI GURU?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Mengapa Hari Guru perlu disambut?

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
  6. Menilai secara objektif perana guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Namun, cuba kita renung-renung kembali.. Saban tahun kita meraikan Hari Guru, tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap sambutan hari guru ini.. Adakah ianya semakin pudar ataupun hanya sebuah program wajib di sekolah semata-mata tanpa pengisian yang bererti.

Jika semua yang di atas sedang berlaku, maka sesuatu harus dilakukan untuk memurnikan semula sambutan Hari Guru supaya ianya dapat dihayati bersama-sama oleh warga pendidik, pelajar, masyarakat, serta negara. Semoga guru pada masa kini akan menjadi lebih progresif, berdaya saing, serta mampu membentuk murid yang kreatif serta berinovatif, beriman, dan tidak lupa mempunyai perpaduan kaum yang erat dalam kalangan mereka (rujukan: buku IP sem 5).

Akhir kata, SELAMAT HARI GURU kepada semua warga dan bakal warga pendidik!!

* Post kali ni agak skema, selaras dengan musim peperiksaan yang bakal menjelma..

sumber : http://saujana998.tripod.com/

Rabu, 12 Mei 2010

Blok E : Malam Kenduri


Tarikh : 12 Mei 2010
Masa : 9.00-10.30 malam
Tempat : Bilik Rehat Blok E
VIP : Pn Rohaya Unit Praktikum & Pn Nor (Isteri En. Nordin)
Objektif : Jamuan akhir semester
Jamuan perpisahan KDPM '07
Mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga blok E
Menyahut seruan 1 Malaysia
Mengisi masa lapang
Merehatkan minda (sbb byk gelak)




Antara tetamu-tetamu yang hadir untuk melantak nasi goreng ayam.


Penyerahan cenderahati kenang-kenangan dari blok E.

Siapa kata cikgu KEMAS tak boleh jadi peserta sukaneka? Nah, ini buktinya..

Wajah-wajah Program Realiti "WAKENABEB" yang bagi gua gelak guling-guling tahap lantai..


Saudari Pembaca Doa, Pengacara, wakil KDPM Kemas dan Ketua Program Realiti Wakenabeb.

  • Kalungan terima kasih kpd AJK Tertinggi blok dan ketua-ketua aras yang bersama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan aktiviti ad-hoc sprt ini.
  • Kepada warga sem 7 blok E yang bakal keluar pada semester hadapan, sila nantikan Program Realiti yang lagi best untuk anda di masa akan datang. HUa3.. =)
  • Terima kasih kepada Aqilah Hamzah sebagai AJK dokumentasi pada malam tersebut.

Isnin, 10 Mei 2010


SELAMAT HARI IBU, EMAK!!!!

SAYA AKAN SENTIASA DOAKAN DI SETIAP 5 WAKTU SEMBAHYANG SAYA AGAR EMAK ...
  • SIHAT DAN KUAT
  • PANJANG UMUR
  • TABAH MENGHADAPI MACAM-MACAM HAL DI RUMAH
  • DIMURAHKAN REZEKI
  • SENTIASA DISAYANGI OLEH ANAK DAN CUCU
  • BERBAHAGIA DI SAMPING AYAH
Sekian...

Jumaat, 7 Mei 2010

Ya Allah..
Hambamu ini sudah semakin jauh
Semakin jauh dari jalan menuju ke arahmu...
Hambamu ini keliru dalam mengejar kenikmatan sementara..
Terlalu mencintai duniawi
hingga terlupa hakikatnya akhiratlah destinasi terakhir.

Tuhanku, perteguhkanlah hatiku..
Jangan kau goyahkan iman ku dengan godaan-godaan kehebatan dunia
Sesungguhnya hambamu ini sungguh kerdil
Masih tercari-cari haluan seorang muslim.

Ya Allah,
kembalikanlah getaran hatiku setiap kali aku menyebut namaMu..
Kerana aku mulai sedar yang getaran itu semakin sirna..sirna..dan sirna..

Tuhanku,
Kurniakanlah aku teman yang boleh memberi nilai tambah dalam setiap amalanku
Jadikanlah diriku juga seorang pemberi nilai tambah kpd orang-orang di sekelilingku
Aku akan berusaha Ya Allah
Berusaha menjadi yang terbaik di sisiMu

Bantulah aku Ya Allah..bantulah aku..

Khamis, 6 Mei 2010

Konvokesyen VS Karnival Permainan Tradisional

Soalan : Kenapa tajuk dia VS (Versus)?
Jawapan : Sebab dua-dua event ni sedang berlawan-lawan dalam minda penulis.

7 Mei 2010 : Pagi -> Konvokesyen di Persada Johor

7 Mei 2010 : Petang -> Karnival Pemainan Tradisional di padang IPG KTI.

Apa masalahnye dengan dua majlis ni?
Sbnrnya xde masalah pun, cuma penulis harap yang penulis dapat membantu secara maksimum dalam kedua-dua majlis ni. Tapi penulis pun manusia kan, kalau tak berapa nak membantu tu.. Penulis susun 10 jari dulu lah nak minta maaf..

Apa-apa pun, di sini penulis nk buat promosi untuk semua :

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL ANJURAN PELAJAR SEMESTER 5 DI PADANG IPG KTI PADA 7 MEI 2010 (JUMAAT) BERMULA DARI JAM 2.30 PTG HINGGA 5.00 PTG.

MASUK ADALAH PERCUMA!!!

Sekian, penulis nak gerak ke Persada dulu untuk rehearsal Konvokesyen.
Till we meet again.. Ja Neh!

Malam Forte Perdana

Secara ringkasnya, program ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 4 Mei 2010
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dewan Sri Temenggong
Anjuran : Jabatan Kaji Sosial dan KDPM Kemas
Bil. Penyertaan : 10 persembahan

Antara video yang sempat dimuat naik :


Ulasan :
  1. Program yang berjaya mengisi masa guru pelatih daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah (sebenarnya pergi surau pun adalah cara yang terbaik untuk isi masa lapang).
  2. Dihadiri oleh VIP yang sama-sama memberikan sokongan tidak berbelah bagi (Pengarah IPG KTI, Timb Pengarah Akademik, dan YDP.
  3. Pujian kepada semua yang terlibat kerana berjaya menguruskan program ini dengan baik.
  4. Tahniah kepada pemenang. Yang dapat saguhati, anda juga memang terbaik!
  5. Sambutan yang hangat daripada penonton.
  6. Boleh diadakan lagi pada masa akan datang.
Penulis juga turut bersama-sama memeriahkan malam Forte ini kerana ada misi yang tersendiri iaitu mendedikasikan lagu tersebut khas untuk sahabat penulis, Lizah Rahmat yang baru sahaja kehilangan abang kandungnya kerana sakit jantung (Al-Fatihah untuk arwah).

Walaupun hanya berjaya merangkul saguhati, namun penulis tetap berpuas hati kerana setidak-tidaknya ada sesuatu yang penulis boleh lakukan untuk memberi sedikit semangat kepada sahabat yang diceritakan tadi supaya terus menjalani kehidupan dengan tabah.

Ucapan terima kasih kepada hidayah latif dan hakim yunus kerana bersama-sama penulis dalam merencanakan lagu dedikasi tersebut. Akhir kata, penulis berharap agar sahabat penulis akan terus menjalani liku-liku kehidupan dengan penuh semangat meskipun telah kehilangan sesuatu yang sgt berharga.

P/s : Tahniah kepada juara dan naib juara Malam Forte!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka