Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 6 Mei 2010

Malam Forte Perdana

Secara ringkasnya, program ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 4 Mei 2010
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dewan Sri Temenggong
Anjuran : Jabatan Kaji Sosial dan KDPM Kemas
Bil. Penyertaan : 10 persembahan

Antara video yang sempat dimuat naik :


Ulasan :
  1. Program yang berjaya mengisi masa guru pelatih daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah (sebenarnya pergi surau pun adalah cara yang terbaik untuk isi masa lapang).
  2. Dihadiri oleh VIP yang sama-sama memberikan sokongan tidak berbelah bagi (Pengarah IPG KTI, Timb Pengarah Akademik, dan YDP.
  3. Pujian kepada semua yang terlibat kerana berjaya menguruskan program ini dengan baik.
  4. Tahniah kepada pemenang. Yang dapat saguhati, anda juga memang terbaik!
  5. Sambutan yang hangat daripada penonton.
  6. Boleh diadakan lagi pada masa akan datang.
Penulis juga turut bersama-sama memeriahkan malam Forte ini kerana ada misi yang tersendiri iaitu mendedikasikan lagu tersebut khas untuk sahabat penulis, Lizah Rahmat yang baru sahaja kehilangan abang kandungnya kerana sakit jantung (Al-Fatihah untuk arwah).

Walaupun hanya berjaya merangkul saguhati, namun penulis tetap berpuas hati kerana setidak-tidaknya ada sesuatu yang penulis boleh lakukan untuk memberi sedikit semangat kepada sahabat yang diceritakan tadi supaya terus menjalani kehidupan dengan tabah.

Ucapan terima kasih kepada hidayah latif dan hakim yunus kerana bersama-sama penulis dalam merencanakan lagu dedikasi tersebut. Akhir kata, penulis berharap agar sahabat penulis akan terus menjalani liku-liku kehidupan dengan penuh semangat meskipun telah kehilangan sesuatu yang sgt berharga.

P/s : Tahniah kepada juara dan naib juara Malam Forte!


4 ulasan:

Muhd Ridhwan berkata...

gane2 pun demo kelah dayah..
sore ko cdp beb.. cme lau bleh time competition(btul ke aku eja) cmni, elakkn bwk lagu slow.. tp wlau bgmanepun, sumenye bgus.. kwln sore ok, mampu mnjiwai lgu yg dinyanyikn, n yg psti, lampu hijau buat anda.. truskn usaha..

Nurul Hidayah Isnin berkata...

ejaan tu betul..
u've improve a lot..
ye ke lmpu hijau wan..
da bole melintas jln la ni ea..hehe..

tima kasih ats ulasan dan pujian
tp bagus gak ak x mnang..
kalo x ak da xde kt mktb da..
ak msti da ad kt AF..
pas2 kne belasah dgn wak sarnin..ha3

Tanpa Nama berkata...

hahha..best la...yg penting paling bermakne..sume org tau sorer best..hehhee anyway tahniah! n org yg didedikasikan pun terharu n beterime kasih banyak2.. ~(^_^)~ good job!
btw..x ingat pasword..huhuu
-akim-

Nurul Hidayah Isnin berkata...

aduih..cmne la bole x igt p/word..
x best pn sore..
sore koir adelah..wakaka!!
tenkiu v much 4 da support!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka