Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 13 Mei 2010

Hari Guru dan Sejarahnya


Setiap tahun, sambutan Hari Guru sudah menjadi satu kemestian sama ada si sekolah mahupun di institut pendidikan guru di Malaysia. Namun, tahukah anda mengapa tarikh 16 Mei pada setiap tahun telah diangkat sebagai tarikh untuk meraikan sambutan HARI GURU?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Mengapa Hari Guru perlu disambut?

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
  6. Menilai secara objektif perana guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Namun, cuba kita renung-renung kembali.. Saban tahun kita meraikan Hari Guru, tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap sambutan hari guru ini.. Adakah ianya semakin pudar ataupun hanya sebuah program wajib di sekolah semata-mata tanpa pengisian yang bererti.

Jika semua yang di atas sedang berlaku, maka sesuatu harus dilakukan untuk memurnikan semula sambutan Hari Guru supaya ianya dapat dihayati bersama-sama oleh warga pendidik, pelajar, masyarakat, serta negara. Semoga guru pada masa kini akan menjadi lebih progresif, berdaya saing, serta mampu membentuk murid yang kreatif serta berinovatif, beriman, dan tidak lupa mempunyai perpaduan kaum yang erat dalam kalangan mereka (rujukan: buku IP sem 5).

Akhir kata, SELAMAT HARI GURU kepada semua warga dan bakal warga pendidik!!

* Post kali ni agak skema, selaras dengan musim peperiksaan yang bakal menjelma..

sumber : http://saujana998.tripod.com/

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka