Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 31 Mei 2010

Cukuplah!


16 orang syahid, 50 orang cedera..
Apa dosa mereka wahai Israel??
Sukarelawan yang di serang, ditembak, dibunuh
Mereka hanya datang memberikan
secebis bekalan untuk kehidupan di Gaza.

Hiba hati ini
tatkala mendapat berita sebegini.
hanya Al-fatihah dan doa mampu ku sedekahkan
buat pejuang-pejuang di jalan Allah.

Tidak puaskah engkau Israel??
Sesudah kau siksa penduduk gaza
Kau bina tembok tinggi di sana
Kini, kau halang bantuan untuk mereka.

Jangan lah kau terlalu angkuh di bumi ini.
Hanya kerana engkau adalah seketurunan dengan para nabi.

Bukan itu yang jadi ukuran
Untuk kau ke syurga atau ke neraka.
Sebaliknya amalanmu!
Bagaimana kau menjaga hablu minannas di dunia ini.

Jangan kau sangka langit itu selalu cerah buat engkau.
Masanya pasti tiba.
Ya, hari pembalasan itu.
Ketika itu, umat Islam akan bangkit menentangmu.

Hentikanlah kezaliman itu.
Kembali lah mentaati Maha pencipta.

Sebelum tertutupnya pintu taubat dari yang Maha Satu.

2 ulasan:

Ila Aqilah berkata...

Al-Fatihah..huhu..doa senjata kita sekarang..

Nurul Hidayah Isnin berkata...

insyAllah..doa adalah senjata yg plng ampuh skrg (laksamana sunan)
ama2 lah kita berdoa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka