Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 1 September 2013

Lahirnya Seorang Puteri

Nama : Nurhana Humairah binti Mohd Hafiz
Tarikh Lahir : 27 Mac 2013 (rabu)
Tempat lahir : Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Masa : 10.51 pagi




Semoga menjadi anak yang solehah dan pejuang kepada agama puteriku. Amin

Jumaat, 8 Mac 2013

Cara Membuat Selusuh Air

Assalamualaikum... Selamat berhujung minggu buat semua.

Pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan khas untuk ibu yang bakal melahirkan anak. Para bapa juga boleh baca dan ambil tahu.

Sebelum ni tengok akak-akak saya yang nak bersalin mesti cari air selusuh, minyak selusuh, telur ayam kampung dan sebagainya. Tapi saya tak pernah tanya kenapa dan untuk buat apa. Biasalah, tak ada kepentingan buat apa saya sibuk-sibuk nak tanyakan? Huhu..

Tapi sekarang, saya kenalah ambil tahu hal-hal sebegini kerana saya juga telah mula memerlukannya.

Selusuh merupakan satu ikhtiar untuk memudahkan proses kelahiran. Amalan menggunakan selusuh sebaik-baiknya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu dengan memohon kepada Allah agar kita diberikan kekuatan sepanjang proses kelahiran. Ayat-ayat dan doa-doa terpilih  berkenaan boleh dibacakan sama ada pada air, minyak, buah kurma dan sebagainya.

Cara membuat sendiri selusuh air :

  1. Menyediakan air kosong (sebaik-baiknya air zam-zam). Minyak kelapa juga boleh digunakan.
  2. Air tersebut dibacakan surah Al-fatihah.
  3. Dibacakan selawat Syifa'.
  4. Dibacakan surah al-Hasyr ayat 21-24.
  5. Dibacakan doa selusuh : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak yang diturunkan kepadanya surah Maryam ringankanlah daripadanya (nama penuh isteri) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang mengasihani dari segala-galanya."
  6. Dibacakan doa dipermudahkan :"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin."
  7. Nota kaki : air selusuh yang terbaik adalah disediakan oleh suami anda sendiri. (^_^)

Sekian, selamat menyediakan air selusuh sendiri dan sentiasalah berdoa kepada Allah moga segala urusan dipermudah olehNya. InsyAllah.


Sumber Pembacaan : Majalah Pa & Ma Edisi Mac 2013

Khamis, 7 Mac 2013

Entri Untuk Suami : Sanah Helwah ya Jamil

Assalamualaikum... Selamat sejahtera.
 
Entri hari ini merupakan ucapan khas untuk suami saya, Mohd Hafiz Bin Mohd Sabri bersempena dengan hari kelahirannya yang ke-25 tahun pada hari ini, 7 Mac 2013 bersamaan 25 Rabiulakhir 1434 H.
 
Doa saya semoga beliau dipanjangkan umur untuk terus beriman dan beramal, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, sentiasa menjadi suami yang romantik dan terbaik di hati saya, menjadi anak yang berguna kepada ibu bapa dan ahli keluarga, menjadi guru yang disegani oleh murid-muridnya serta menjadi ayah yang mithali kepada anak-anaknya. Amin... (^_^)
 
Antara gambar beliau yang berjaya digodam oleh saya.
Maafkan diri ini kerana telah mengambil gambar tanpa permit. huhu...
 
Zaman Kecil
 

 

 
Zaman SMKA Slim River (2001-2005)




Zaman IPG Kampus Ipoh (2006-2011)
 

 


 
 Konvokesyen 2012
 

 
 
Zaman Penamatan Era Bujang (27 Mei 2012)
 
 
 
 
 
 


 
 2013

 
 
SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU.
Semoga dengan pertambahan usia ini dapat meningkatkan lagi peluang untuk terus beramal dan berbakti di dunia untuk bekalan akhirat kelak. InsyAllah...
 
 
 
*Sedang menanti hadiah hari lahir untuk beliau dengan penuh debaran diiringi doa dan tawakal. Semoga Allah mempermudah segala urusan. Amin.*

Sahabat

Sahabat...

Sahabat itu teman...
Teman di kala kesedihan,
Tempat berkongi luahan,
Sumber meminta bantuan.

Adakala..
Gelagatnya memeningkan,
Rajuknya di luar jangkaan,
Senyumannya menceriakan keadaan.

Kini, sahabatku telah dewasa,
Menjadi pendidik di seluruh pelusuk Bumi Kenyalang,
Kematangan asas cerminan,
Bukan lagi anak hingusan.

Ada yang sudah berteman,
Ada yang sedang mengusung kandungan,
Ada yang bakal menamatkan zaman bujang,
Walau apa pun status, walau jarak jadi ukuran,
Kita tetap sahabat hingga akhir hayat. =)


Gugurl Bacarz

Nurul Norsilah + Mohd Iszal
27 November 2011
 
 
Nurul Hazwani + Shamsul Khairi
11 Mac 2012
 
Wan Maisarah + Suhaifi Saad
31 Mei 2012
 
S. Anantha Valli + K. Kunaselan
23 November 2012
Atiqah Syahirah + Mohd Syahreen
7 Disember 2012


Lizah + Muhammad Muizzuddin
16 Disember 2012

Nur 'Aqilah + Dzulfadli
Will be coming soon in 2013
 
 
Anis Syuhada + Jazli
Will be coming soon in 2013

Hidayah + Mohd Faris
Will be coming soon in 2013

 
 
BAHAGIA MELIHAT SAHABAT BAHAGIA
FOREVER BACARZ! (^_^)
 

Khamis, 28 Februari 2013

Perkongsian Tips Dari Buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul - II



Assalamualaikum...

Kita sambung lagi perkongsian tips dari buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul.
Tips yang seterusnya adalah...


PANTANG LARANG DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI

  • Berlebih-lebihan dalam memberi gambaran dan pujian yang menggiurkan tentang orang lain.
  • Melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai pendapat pasangan.
  • Mencela usahanya atau kebaikan yang cuba dibuat olehnya.
  • Membazir-bazir dengan harta pasangan.
  • Berdusta.
  • Menghina dengan ungkapan kotor.
  • Mengungkit-ungkit pemberian.
  • Membocorkan rahsia rumah tangga.
  • Sering merasakan diri tidak bersalah, selalu betul.
  • Memberikan ancaman penceraian.
  • Tidak bermesra ketika isteri didatangi haid.
  • Menyambut kedatangan pasangan dengan pelbagai ungkapan masalah.
  • Isteri menampakkan auratnya kepada lelaki lain.
  • Sering meninggalkan isteri sendirian tanpa sebab-sebab yang kukuh.
  • Tidak menghiraukan perasaan pasangan.
  • Bersikap menyusahkan dan suka bertengkar.
  • Menjadikan masalah semakin rumit.
  • Menzalimi pasangan.
  • Cemburu yang tidak bertempat.
  • Menimbulkan sikap anti atau protes.
  • Menjadi teladan yang buruk.
Semoga ia dapat dijadikan panduan bersama khusus untuk mereka yang sudah berkahwin atau bakal mendirikan rumah tangga. Kepada yang masih mencari-cari pasangan hidup, buku ini amat sesuai untuk anda kerana penuh dengan kata-kata motivasi. Sekian, selamat membaca. =)

 
"Suamiku,
aku mencintaimu kerana agamamu.
Jika hilang agamamu
hilanglah cintaku padamu."
 
(Adaptasi kata-kata Imam al-Nawawi)

Perkongsian Tips Dari Buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul


Assalamualaikum.. Salam kasih sayang. Moga kita semua sentiasa berada dalam redha dan keberkatan Allah s.w.t. InsyAllah.

Sudah lebih kurang dua minggu lebih saya berada di rumah. Menunggu detik-detik kelahiran penyambung zuriat saya dan suami. Niat di hati hendak pulang bertugas di bumi kenyalang. Apakan daya, syarat penerbangan Air Asia hanya membenarkan ibu yang mempunyai usia kandungan maksimum 34 minggu sahaja untuk menaiki penerbangan. Maka redhalah saya memohon cuti rehat khas, cuti tanpa gaji, dan cuti pra bersalin kerana saya yakin semua pasti ada hikmahnya.

Sedang mengisi masa yang terlalu lapang di rumah...saya telah menemui sebuah buku lama yang telah dihadiahkan oleh junior usrah saya. JazakAllah. Bukunya bertajuk 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul' karya Fatimah Syarha Mohd Noordin. 

 
Terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan hasil pembacaan saya di buku ini. Selamat membaca.
 
TIPS MEMILIKI SYURGA DUNIA  DI ALAM RUMAH TANGGA
 
  • Menjaga keberkatan.
  • Memanjakan pasangan dengan panggilan yang disukai.
  • Selalu berkongsi rasa dan cinta.
  • Bersegera memenuhi permintaannya.
  • Setia mendampinginya.
  • Memberikan penjelasan dan menuturkan kata-kata manis.
  • Bersedia mengubah perilaku atau tabiat kebiasaan.
  • Menghidupkan salam.
  • Menelefon untuk menyatakan rindu.
  • Sering mengungkapkan perasaan cinta.
  • Tidak lokek mengucapkan terima kasih.
  • Bergurau senda dan bercanda, bermain dan bercengkerama.
  • Memuji dan menyanjungi.
  • Mencipta syair atau puisi istimewa.
  • Memberi penghargaan dengan ikhlas.
  • Saling berkirim e-mel dan SMS (viber, Skype, chat-on, whatsapp pun boleh ^_^)
  • Memberi hadiah
  • Berpisah sementara dan menikmati rindu. (memang betul)
  • Membantu pekerjaan rumah tangga.
  • Berhias.
  • Melayan dengan baik.
  • Memberi perhatian kepada keluarga mentua.
  • Memberi ucapan selamat jalan dan selamat pulang.
  • Memujuk pasangan apabila dia sedang beremosi.
  • Mencintainya sepenuh hati dan mempamerkannya.
  • Mengunjungi kerabat dan sahabat.
  • Mengambil berat ketika dia sakit.
  • Meminta pertolongan dengan cara yang baik.
  • Disiplin terhadap waktu.
  • Keseimbangan terhadap waktu ketika di rumah.
  • Berakhlak baik.
  • Berpada dan redha dengan apa yang ada.
  • Taat pada pasangan.
  • Menunjukkan contoh yang baik.
  • Selalu menambah rasa cinta.
 
Sesungguhnya, membaca buku ini telah menambahkan lagi kerinduan saya kepada suami di seberang Laut China Selatan. Semoga rasa rindu ini menguatkan lagi rasa kecintaan dan kepercayaan dalam perhubungan kami. Uniknya rasa rindu yang telah diciptakan oleh Allah untuk hambanya.. =)
 
Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat dan insyAllah akan saya sambung pada post akan datang. Namun tidak rugi jika anda membeli sendiri buku ini kerana kebaikannya yang besar.
 
Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi, Wassalam.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka