Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 15 Oktober 2009

Helwani Fest


Fuh, lega rasannya bila helwani fest dah selesai...

Tahniah kepada JK PERMATA dan LAJNAH HELWANI (termasuk saya...hehe) kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini.

Kepada semua pemenang pertandingan nasyid, sukaneka, gubahan hantaran, dan mereka yang menghadiri Program Aku Bijak Jauhi Zina (ABJZ)......
Syabas diucapkan kepada anda...

Terima kasih di atas sokongan anda terhadap aktiviti IPGM Kampus Temenggong Ibrahim..
Semoga program seperti ini akan terus diadakan lagi di masa akan datang...

P/s : Tahniah kpd kumpulan nasyid Halawatussir yang menjadi juara pertandingan!!!!

Sabtu, 3 Oktober 2009

Lirik Lagu SIPMA

Dengan semangat juang yang teguh

kita berusaha berganding erat semangat kesukanan

biarpun sukar bulatkan azam

tingkat prestasi mengejar kejayaan

sukan institusi pendidikan landasan atlit muda malaysia

membudayakan hidup yang berkualiti

ingatlah kita pasti berjaya

serlah bakat satukan tenaga

SIPMA

Sukan prestasi tinggi

jayakanlah sukan yakinkan boleh

guna minda positif capai kejayaan cemerlang

* SIPMA (Sukan Institut Pendidikan Malaysia)


* Kenapa sy pos lirik lagu ni dlm blog saya? Sebab, lagu ni pernah menggunakan suara sy untuk perasmian Sukan Institut Pendidikan Malaysia (SIPMA).. Walaupun jasad saya tidak ada di majlis itu, tetapi cukuplah sekadar suara sy shj ada di sana.. Itu pun dah buat sy gembira. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka