Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 31 Ogos 2011

1 syawal 1432 H


Rasanya macam sekejap sangat sebulan Ramadhan kali ini.
Tiba-tiba dah masuk bulan Syawal.
Sedih bila tak dapat perform menjelang 10 terakhir Ramadhan.. =(
Semoga saya diberikan peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan.
Amin..

Ok, sekarang cerita pasal hari raya!
Sebenarnya tak ada apa-apa cerita pun.
Tengok-tengok je lah laporan bergambar saya ni....jom!

Raya tahun ini kami buat 5 jenis kuih dengan kek kukus coklat.
Kuih-kuihnya adalah samperit, mama carey, biskut milo, almond londang, dan mazola.
Kerepek pula kita ada kerepek bawang, kacang dhal, kacang peas, dan ubi pedas.
Kerepek telah dibeli dari Simpang Renggam dan Parit Tengah, Batu Pahat.
Terima kasih kepada mak dan adik beradik yg banyak membantu saya menyiapkan kuih raya.
"Gotong royong amalan bersama"


Cerita pasal hiasan dalaman pula..
Meja dah tukar baru.
Kerusi tak boleh tukar.. Sebab dia kayu jati dan ayah boleh demam kalau kami tukar baru.
Bunga pulak harga dia RM16 je. Sejak bila jadi minah bunga ni? haha
Sarung kusyen, alas meje..mcm biasalah setiap tahun kita tukar.
Cuma langsir je 4,5 tahun sekali..
"Berjimat cermat amalan mulia"


Maka, bermulalah sesi bermaaf-maafan dan sesi penyerahan duit raya.
Saya dah sediakan duit raya untuk 17 0rang anak buah.
Tahun ni saya 'up' lagi singgit untuk diorang..tapi nilai duit raya yg asal biarlah rahsia..hehe..
"bermaaf-maafan mensucikan dosa".



Sesi bergambar.. 1
Dari kiri : emak, baby Ibrahim, Abdullah, ayah


Sesi bergambar.. 2
Dari kiri : emak, saya, ayah

Sesi bergambar.. 3
Pengunjung pertama hari raya kategori kanak-kanak.


Sesi bergambar.. 4
Dari kiri : Maman, Rashid aka Pak lang, Fahim (anak Rashid)



Sesi bergambar.. 5
Dari kiri : Mariam, Qasim, baby Ibrahim (semua ni anak-anak Kak Long saya)



Akhir kata, saya sekeluarga ingin mengucapkan........



Selasa, 30 Ogos 2011

Petua Bila Serangga Masuk Telinga



Bila sebut pasal serangga contohnya kumbang, semut, lipas, kelkatu, dan lain-lain lagi... pasti ada yang secara automatiknya akan menutup telinga. Mungkin kerana fobia mahupun trauma yang pernah dihadapi semasa kecil.

Fenomena telinga dimasuki serangga adalah perkara yang biasa dan tidak berbahaya namun boleh menjadi serius apabila ia mula menjejaskan gegendang telinga dan merimaskan mangsa.
Ia boleh menjadi penyebab kepada masalah pekak dan pendengaran yang akhirnya menjejaskan sistem komunikasi seseorang.


Berikut merupakan tips bagaimana menangani fenomena apabila serangga memasuki telinga :
  1. Tutup lampu (jika malam)/ pergi ke tempat yang gelap (jika siang). Ambil lampu suluh dan suluh ke dalam lubang telinga. InsyAllah serangga kan keluar mencari lampu. Ini kerana serangga adalah makhluk Allah yang suka kepada cahaya.
  2. Tundukkan telinga menghala ke lantai. Daya graviti akan membantu serangga itu segera keluar dari telinga.
  3. Tahan nafas supaya serangga mudah keluar dek faktor tekanan udara yang rendah di luar.
  4. Pergi ke klinik dan dapatkan bantuan pembantu perubatan (MA).
  5. Kalau tak boleh lagi...pergi la hospital...minta tolong pada doktor, sepit je serangga tu pakai forsep.

Akhir kata, selamat melindungi telinga anda daripada serangga.
Hidup sihat tanpa pekak... =)

Khamis, 25 Ogos 2011

Thundering Thursday


Today is 25th of Ramadhan 1432 Hijrah and it seems 5 days more to go for us meet the Syawal which is the glorious month.
This Thundering Thursday could be my last day of breaking fast in this IPG since I had studied here about almost 5 and half years.
I wish that I could breaking fast with the all the people that I loved and yes, God had granted my wish.
Yesterday, we had assemble and together breaking fast at the Dataran Johor Bahru beside the coast of Johor Bahru-Singapore.
Buying the food from the Bazar at Stadium which is enough for us as long as everyone were there.
The big and windy place were creating a joyful moment.
We also had together breaking fast with our admirable tutor, En Azhari at the ZZ Restaurant.
And of course, I was very happy because after a long time, finally we meet and eat together as one family.
The classic and unique place were bind us together at the last year of study.
That was all sweet and unforgettable memory.
I am wonder that will I get the cool colleague just like them after this.

En Azhari and us (8 PISMP Mathematics) at ZZ Sup Tulang Restaurant




*Hope to breaking fast with VIP today but it's ok, tak ada rejeki agaknya..
Anyway, wish all of you Selamat Hari Raya Aidilfitri readers!*


Isnin, 22 Ogos 2011

Manusia, apa yang kau kejar?


Apa yang kau kejar duhai manusia..

Kau kejarkan harta dan emas.

Akhirnya ia menjadi alat bakaranmu dalam neraka.

Kau kejarkan sempadan tanah,
Akhirnya ia menghancurkan dirimu dalam kuburan.

Kau impikan kemenangan dalam perbalahan,

Akhirnya ia menjadikanmu hilang kawan.

Kau kejarkan kecantikan,
Akhirnya ia menjadikan kau kufur nikmat tuhan.


Apa yang kau kejarkan lagi duhai manusia..


Kau dambakan penghargaan,

Akhirnya ia mendidik engkau dengan ke’ujuban.

Kau mengagumi makhluk tuhan dengan berlebihan,
Sampai kau lupa pada Tuhan yang menciptakan.

Kau kejarkan pangkat dan kuasa,
Akhirnya ia mengheret kepada dosa yang engkau reka.

Kau kejarkan orang yang kau kata salah,
Hingga kau lupa melihat bahawa engkau lebih bersalah.


Cukuplah manusia,
Berhentilah mengejar...
Semua yang engkau kejar itu tidak akan ke mana..
Mahukah kau jika aku tawarkan dengan apa yang boleh engkau kejarkan???

Kejarlah amalan yang soleh,

Akhirnya kau akan dapat pahala yang lebih.

Kejarlah sunnah Rasullah,
Semoga ia menjadi syafaatmu kelak.

Kejarlah bekalan untuk dibawa ke akhirat,
Supaya engkau tidak rasa terkilan.

Kejarlah rahmat dan redha dari Tuhan
,
Sesungguhnya DIA tidak pernah akan menghampakan.



Nukilan : Nurul Hidayah Isnin

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kabin Banjir???!!!

TARIKH :5 OGOS 2011 (5 RAMADHAN 1432H)
LOKASI : KABIN 1, IPG KTI
MASA : KETIKA SUBJEK APPLICATION OF MATHEMATICS (MTE 3114) SEDANG BERLANSUNG


SEKITAR JAM 12.54 TENGAHARI:

Hujan turun dengan sangat lebat sewaktu kami sedang "khusyuk" belajar bersama En. Ariston dan Mr. Narmal.



Tiba-tiba, dari jendela Kabin 1... kami melihat.. air sudah berada di paras yang tinggi!!
Punca dikatakan bermula dari longkang yang tersumbat dan menyebabkan pengaliran air menjadi perlahan akhirnya banjir kilat terjadi.



Dengan tindakan yang pantas, pensyarah kami mengambil keputusan untuk mengalihkan kereta..bimbang-bimbang enjin kereta ferarinya dimasuki air.



Operasi menyelamat bermula.



Awas dengan kawasan banjir! Kerana tekanan arus yang kuat akan menyebabkan kenderaan yang di bawa oleh kita akan menjadi hilang kawalan.. atau... mati di tengah jalan.




Mangsa banjir Kabin 1... tetap ceria walau musibah banjir datang menimpa.



Antara memori yang sempat dirakam sebagai mengiringi perjalanan kami di semester akhir.



Seusai sahaja kuliah, kami mula menanggalkan kasut dan menyimpan semua barang di dalam plastik hitam sebgai persediaan untuk mengharungi air yang...tak berapa tinggi pun..~


p/s: apa jadi kalau kat bawah kabin ni ada pelampung @ rakit besar ya..... wow!

Pau


Bahan-Bahan :

Bahagian Doh:
  1. 1 kg tepung gandum
  2. 2 sudu yis dibancuh dgn air secawan
  3. Majerin (2 sudu)
  4. Gula (4 sudu)
  5. Garam (sepucuk
  6. Air
Cara-Cara:
  1. Gaulkan tepung, gula, garam, majerin.
  2. Masukkan yis yang sudah dibancuh.
  3. Uli adunan tepung.
  4. Tambah air sekiranya adunan masih keras.
  5. Uli sehingga adunan menjadi gebu dan lembut.
  6. Bulatkan adunan menjadi bahagian-bahagian yang kecil
  7. Masukkan inti ke dalam adunan. Bahagian tepi doh ditarik dan bahagian tengah dibiarkan tebal supaya inti tidak terkeluar.

Bahagian Inti Boleh diisi dengan inti keledek, kaya, susu pekat, dan lain-lain lagi.

*Resepi inti keledek akan dipos pada masa akan datang.. =)

Isnin, 1 Ogos 2011

Hijjaz- Ramadhan Bulan Berkat

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa




Sumber : http://liriksemualagu.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka