Program Solidariti IPG KTI ke Bumi Kemboja diteruskan lagi pada hari kedua iaitu
bertarikh 19 November 2010, hari Jumaat. Kali ini, matlamat kami adalah untuk menyempurnakan misi wakaf perigi dan korban di 2 buah perkampungan Islam.
Petunjuk Gambar:
1- kiri atas
2- kanan atas
3- kiri bawah
4- kanan bawah
8.30 pagi (WM), 7.30 pagi (WK) :
- Sarapan di cafe Golden Stadium Hotel
- Melalui tebing Sacom yang cantik di pagi hari. SubhanAllah.
- Pergi tukar duit riel di kedai pengurup wang. Sangat tenang meletakkan wang di dalam almari kaca tanpa ada ciri-ciri keselamatan yang khusus.
- Matawang : RM 3.20 = $1 = 4000 riel
- Singgah di kedai runcit di kampung Kilomat.
- Melawat majlis perkahwinan orang Kemboja. Menu makanan nasi putih dan lauk pauk. Sambutan sama sepeti di Malaysia ; ada pelamin, ada kanopi, perhiasan kanopi dia lain sikit. Berbual dengan salah seorang ahli keluarga yang fasih berbahasa Melayu kerana pernah belajar di Malaysia. Tidak mensia-siakan peluang dengan bergambar bersama pengantin perempuan.
- Menyedari budaya memotong kenderaan. Biasanya mereka akan membunyikan hon sebanyak dua kali sebelum memotong. Berbeza sekali d Malaysia di mana mereka menggunakan hon sebagai cara untuk menzahirkan kemarahan dan perasaan terkejut.
-Menuju ke kampung bagi program korban yang seterusnya.
-Sawah padi dan rumah yang bertiang sangat tinggi di sepanjang perjalanan. Rumah-rumah di sana dibina tinggi sebagai persediaan untuk menghadapi banjir yang besar.
1- Sacombank = tebing Sacom. Ada 2 orang sami bersiar-siar.
2- Kedai pengurup wang. Tengok tu..bersahaja je dia letak duit2 riel di almari kaca LUAR kedai.
3- Kanopi untuk tetamu yang sangat berwarna warni dan meriah.
4- Bergambar dengan pengantin perempuan yang berusia 18 tahun. Iri hati juga sy bila lihat pengantin perempuan ni muda2 dah kahwin dulu dari saya. =)
1- Tuk-tuk bersaiz besar. Motor pun sisi besar. Boleh bawa lebih ramai orang. Bayaran pun lebih besar. Mungkin kenderaan ni ada nama lain tapi saya tak sempat nak tanya.
2- Tuk-tuk yang ni khas untuk musim summer agaknya. Sebab dia tak ada bumbung. Tapi dia boleh bawa lebih ramai penumpang dari yang gambar nombor 1.
3- Cantik kan kenderaan ini? Tapi ia bukan tuk-tuk. Bukan juga kereta berhias untuk perarakan. Kenderaan khas ini digunakan untuk membawa mayat beragama Budhha.
4- Teksi motor. Dengan selamba boleh membawa penumpang mencecah angka 4 orang!! Akan membunyikan hon sebagai cara pelawaan untuk penumpang menaiki teksi mereka.
5- Motor. Motor biasa. Sendirian berhad. Tidak bertindak sebagai teksi. Motor Honda adalah antara motor yang terkenal digunakan.
11.15 pagi (WM), 10.15 pagi (WK) :
-Tiba di Kampung Chukronyam.
-Bilangan penduduk Islam seramai 308 orang.
-Jalan masih bertanah merah.
-Madrasah ada 2 kelas sahaja. Tidak ada kipas dan lampu. Hanya ada kayu yang menjadi meja guru, beberapa tingkap, meja murid yang dikongsi 3 orang untuk satu meja, asrama pelajar lelaki yang sangat kecil.
-Melaksanakan korban sebanyak 2 ekor lembu dan 2 wakaf perigi.
-Dijamu makan oleh guru-guru madrasah. Lembu masak gulai dan sayur pucuk ubi kuning.
-Lelaki solat jumaat berjemah di Masjid Nurul Huda. Saya dan sahabat, liyana menumpang sembahyang di rumah salah seorang penduduk kampung. Nama mak cik tu saya tak ingat sebab lupa nak tulis. Nama dia terlalu unik untuk saya ingat.
-Rumah mak cik tu tak ada bilik. Hanya ada dua katil besi yang tak bertilam. Dapur mereka ada di pondok luar rumah. Bilik air di luar. Guna alat pam air bawah tanah dan bilik air hanya berdinding sehelai kain.
1- Masjid Nurul Huda
2- Kanak-kanak dan kaum wanita berkumpul di sini. Saya bependapat bahawa ini juga merupakan tempat rewang mereka.
3- Haji Mohd Nordin Bin Monel menyampaikan ucapan dan diterjemahkan kepada Bahasa Kemboja oleh guru Bahasa Inggeris madrasah. Antara petikan ucapan beliau "kami bukan orang kaya. Kami datang atas kesedaran untuk membantu 5% orang muslim di negara ini. Segala yang kami ada seperti kepakaran, ilmu, kemahiran, dll insyAllah kami akan berikan dan kita akan kongsi bersama.." perh..stylo la ucapan beliau. Tersentuh hati saya tatkala mendengar ucapan beliau.
4- Saya dan penduduk2 kampung Chukronyam.
Pam air bawah tanah yang digunakan untuk mengambil wudhuk di masjid.
1- Salah sebuah kelas di madrasah Ihyauddin.
2- Asrama pelajar lelaki madrasah. Dilabel mengikut huruf. Sangat kecil dan mendetikkan rasa kesyukuran tehadap sistem pendidikan dalam kehidupan saya.
3- Bangunan madrasah ni kalau dicat sedikit mesti akan nampak lebih berseri.
4- 5 orang tenaga pengajar madrasah. Memang ada 5 orang sahaja. Kebanyakkan mereka adalah lulusan Universiti Al-Azahar dan Universiti di Malaysia. Gaji bulanan $50.
Rumah tempat saya tunpang sembahyang zohor.
1.45 tgh (WM), 12.45 tgh (WK):
- Sampai di Kampung Ousandhan.
- Berkenalan dengan penduduk kampung Ousandhan.
- Sumbangkan wakaf perigi dan korban lembu.
- Minum air kelapa.
1- Kami dijamukan dengan air kelapa segar dari pokok. *orang bangla sedang belajar ambil isi
kelapa muda.
2- Bersama mak cik Sifuah, mak cik Maisam, dan mak cik Aishah
3- Masjid Kampung Ousandhan
4- Majlis korban lembu
6.00 ptg (WM), 5.00 ptg (WM):
- Melawat Genocide Museum Tuol Sleng (Former Security Office S.21)
1 & 2 - Bangunan sekolah yang telah menjadi tempat penyiksaan rakyat di zaman pemerintahan Pol Pot.
3 - Bangunan ini telah diiktiraf oleh UNESCO.
4 - Alat-alat penyiksaan yang amat kejam.
*Sejarah Genocide Museum akan saya ceritakan pada post yang akan datang.
___________________________________________________
Apa yang telah saya lihat dan lalui:
- Fungsi hon kenderaan yang telah digunakan dengan baik oleh penduduk Kampuchea. Saya harap Malaysia boleh ikut cara ini.
- Guru-guru madrasah yang sanggup berkorban menjadi pendidik untuk anak-anak Islam di sana. Bayangkan dengan gaji $50 bersamaan RM150 sebulan... Saya rasa mereka layak untuk dapat lebih dari itu bersandarkan pada kelulusan mereka. Tapi mereka tak kesah dengan duit. Matlamat mereka amat jelas iaitu tidak mahu anak-anak Islam dia Kemboja tidak terus terpinggor dari sistem pendidikan khususnya ilmu agama Islam. Perkara ini memang sangat dikagumi oleh saya.
Dan untuk pengetahuan anda, gaji mereka ini adalah atas bantuan golongan NGO Islam dan bukannya dari kerajaan pusat.
- Budaya menghormati tetamu. Budaya ini sangat dapat dilihat pada setiap kampung yang kami pergi. Menjamu kami dengan makanan, air kelapa. Dan tak lupa juga budaya yang ditunjukkan oleh mak cik yg saya dah buat foul (cerita hari 1). Kalau ikutkan cerita memang saya nampak sangat teruk kerana meminta yang bukan-bukan. Tetapi jika dilihat dari sudut lain, mak cik tu memang sangat besungguh-sungguh dan gembira dapat mencarikan saya air sehingga membawa air mineral sedozen. Nah, nampak tak? Mereka semua amat menghormati tetamu dan amat gembira menerima kunjungan kami.
- Selama ini saya tak ambil kisah pun peristiwa penjajahan Pol Pot. Tetapi setelah berkunjung ke Genocide Museum, hati saya tak berhenti-henti mengeji perbuatan Pol Pot dan saya mula terbayang-bayang kekejaman cara penyiksaan Pol Pot terhadap rakyat sampailah saya balik semula ke hotel. Pol Pot jahat!!
Pengajaran yang ingin saya kongsikan:
- Mendidiklah anak bangsa ikhlas kerana Allah.
- Kalau kita rasa kita sedang susah sekarang, percayalah bahawa ada orang yg lebih susah dr kesusahan kita.
- Hormati dan sambutlah tetamu dengan sebaik mungkin walau sekaya atau semiskin mana pun kita. Apa yang penting, tetamu mesti dimuliakn.
- Rajinkanlah diri membaca hal-hal sejarah kerana sejarah membuat kita lebih sedar asal usul kita dan mengingatkan kita supaya tidak mengulangi lagi sejarah yang lalu.
*Cerita Hari ketiga akan bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan