Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 25 Januari 2011

Selamat Hari Lahir!

Ya saya tahu, sudah terlalu lambat untuk saya membuat ucapan hari lahir.
Tetapi lambat adalah lebih baik dari tiada kan kan ??
Memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir saya bersama gadis-gadis dan jejaka-jejaka BACARZ,
maka rugilah bagi saya jika gagal memberikan ucapan hari lahir untuk mereka semua melalui blog Ojo Lali Mampir ini. Kenapa saya rasa rugi? Kerana....

Trivia :
PISMP Matematik 06-11 merupakan kelas saya yang paling lama
kerana saya bersama-sama dengan kelas ini selama 5 tahun setengah (5.5) !

Berbanding dengan hanya 3 tahun di sekolah tadika,
5 tahun di sekolah rendah
dan 5 tahun di sekolah menengah.
Oleh itu, sudah tentulah terlalu banyak kenangan
yang telah saya lalui bersama-sama mereka.
-Trivia Tamat-


UCAPAN 1




















(Gambar saya dan Kak Long)


Baiklah, berbalik kepada tujuan asal.

Ucapan Selamat Hari Lahir ditujukan kepada kak long BACARZ,
saudari Nurul Hazwani Wakanan yang lebih dikenali sebagai wani, wer-wer, dan wawa jb
yang telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 23
pada 2 Januari 2011 yang lalu.

Dia yang saya kenali sepanjang..ermm...(26 Jan 2011 - 16 Julai 2006 = ?)
hah, sepanjang 4 tahun 6 bulan ini merupakan Kak Long dalam kelas.
Dia matang dalam tingkah-lakunya.
Berhati waja, tetap pendirian,
Seorang pendengar yang baik,
Boleh menjadi pembimbing rakan sebaya yang berwibawa juga,
Selalu ada bila saya ditimpa masalah,
Dan memiliki sifat perahsia yang amat tinggi.
Imbas kembali :
Pada kali pertama saya melihat dia semasa minggu orientasi,
saya nampak dia macam sombong + garang
(mungkin sebab muka Cina dia agaknya)
Tak sangka, rupanya kami sekampung
dan dialah orang yang selalu teman saya untuk pulang ke kampung. =)

Doa saya, semoga dia diberi umur yang panjang,
dimurahkan rezeki, diberikan jodoh yang baik (dah jumpa nampaknya)
dan berkekalan serta berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Amin..

Berwajah garang bukannya sombong,
Menjadi rujukan dalam kelompok,
Mendengar katanya mulutkan terlopong,
Itulah Hazwani, duduk kat sebelah blok.


UCAPAN 2 :


























(Ini pula gambar saya dan Kak Ngah)

Ucapan hari lahir terlewat yang kedua adalah khas untuk Kak Ngah.
Selamat Hari Lahir untuk Nur 'Aqilah Hamzah
atau nama penanya qilah, mak ngah, dan jono, yang ke 23 tahun
pada 20 Januari 2011 yang lepas.

Dia yang saya kenali selama 4 tahun 6 bulan ini adalah
seorang yang lemah lembut,
peramah, sangat rajin melayan perangai saya di kelas (saya kagum),
dia juga pandai menyembunyikan kesedihan hati,
serta bijak menggembirakan hati orang-orang disekelilingnya.
Imbas kembali :
Mula-mula saya nampak dia dlm LDK '06,
saya tahu...dia ni kompem orang Jawa,
dan nampak mudah untuk didekati kerana sifat peramahnya
tetapi dia agak pendiam. Mungkin homesick.

Doa saya agar dia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
ditambahkan sedikit tinggi lagi (tapi saya rasa tinggi sekarang pun dah nice),
berbahagia di samping bos, dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin..

Berwajah ceria, tempe pun ada,
Mengetuk brooch itulah hobinya
Mengambil berat sifat yang nyata,
Dipanggil Aqilah, Yong Peng asalnya.


UCAPAN 3:






















(Amirul, satu-satunya lelaki dalam gambar tu)


Ucapan Selamat Hari Lahir juga saya tujukan kepada Khairul Amirul Abu Samah yang akan menyambut hari lahir yang ke 23 pada 4 Februari 2011.

Dia yang saya kenali adalah seorang yang berjaya menggamatkan suasana kelas,
berperwatakan penglipur lara,
ada sifat tanggungjawab yang tinggi,
dan rajin membantu orang lain.
Imbas kembali :
Saya tak jumpa pun dia masa orientasi,
sebab dia masuk lambat,
Mula-mula nampak dia kat kelas,
saya tahu dah, dia ni mesti bekas pljr SMKA..
nampak alim, pendiam, pemalu..
tapi tu dulu la..haha!

Doa saya semoga beliau dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
dan berjaya dengan karier gurunya,
serta berjaya di dunia dan diakhirat. Amin..

Dulunya dia berkaca mata,
Kini berkanta lekap sahaja,
Semua suka bila dia berkata,
Amirul orangnya kuat bekerja.


Post tamat, mohon maaf buat kalian, jika pantun yang hamba reka ini tidak kena, tidak cantik,
dan ada yang tidak sedap di hati. Sesungguhnya ini semua adalah lahirnya dari jiwa hamba yang serba kekurangan ini sendiri.
Akhir kata,
SELAMAT HARI LAHIR
HAPPY BIRTHDAY
SANAH HELWAH
untuk kamu bertiga.. =)

*P/s : Alhamdulillah, dapat makan KFC percuma hari ni. Terima kasih kepada penaja.

12 ulasan:

malekabdillah berkata...

aku rasa nak gelak bila baca description ko tu. hahaha.

Tanpa Nama berkata...

hahahaha
dayah
tq
hehehe
tharu plak bace
hhahaha
~mirul~

Nur Affini Mohd Mashudi berkata...

dekyah. kenpa sek rendah sampai 5 tahun. bukan ada darjah 6 ke

anisyud_01 berkata...

hahaha..awesome la prangai ko nih~
=)

Tanpa Nama berkata...

thnks dikyah..
malunye.. x sangke ade cite aku kat blog hot ko ni..
nmpak garang ye.. hehe..
kan tn hj ariston pesan.. 1st impression kene garang :) hehe..
nway thnks.. syg ko.. sbb selalu bwk aku pulang kepangkuan keluarga :)

Ila Aqilah berkata...

haha..qilah mmg suka layan ko dalam kelas *mata ke atas, tangan di bahu*
dan qilah mmg pendiam sampai sekarang
hehe..
thanx dekyah
touching!

Nurul Hidayah Isnin berkata...

malek : kenapa ngko nak gelak? ni ayat dari hati la..smpai ati ko..
xpe la..nsb baik ko da blanja kfc..

Nurul Hidayah Isnin berkata...

mirul : jgn la terharu..
aku segan sebenarnya.. ucapan ni je yang mampu aku buat..heee..sama2! =)

Nurul Hidayah Isnin berkata...

fini :dey fini! hangpa ni wat cek sentap je..aku x sempat nak rasa darjah 4 le..
sbb tula blaja 5 tahun je..isk

Nurul Hidayah Isnin berkata...

anis:erk..kenapa? osem pun osem la..
ko punya post kne tnggu hujung tahun la ya..huhu

Nurul Hidayah Isnin berkata...

wani : sama2..kereta ayah aku 2 mmg utk hntr ko balik je.*tgn lentik ke bahu,mata hitam ke atas*
muka je cam2 tp dlm hati ada taman..

Nurul Hidayah Isnin berkata...

qilah : ya, anda mmg pendiam habis..ala..jgn la taching2..
ni je yg ak mmpu buat..sama2..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka