Anda pengunjung blog ke :

Jumaat, 28 Januari 2011

Tapis..



















Melihatkan gambar sahaja,
saya yakin anda dapat membaca apa yang tersirat di fikiran saya.
Tapi mungkin juga tidak bagi para pengguna broadband.

Ini kisah bagi pengguna internet tanpa wayar di bangunan-bangunan kerajaan.
Saya tidaklah menafikan bahawa dengan menapis laman-laman sesawang tertentu
adalah baik bagi mengelakkan penyalahgunaan sumber maklumat internet.

Tetapi tapisan yang melampau adalah sangat mengecewakan.
Seolah-olah tapisan itu hanya memukul rata sahaja laman sesawang yang ada.
'Janji tapis.'

Saya tidak membuat cerita rekaan.
Anda juga boleh lihat sendiri,
Jika anda ingin mencari sesuatu maklumat melalui enjin pencari seperti Google,
hasil carian yang dipaparkan mugkin 5 daripada 10 sahaja yang boleh dicapai.
Selebihnya? Akan keluar seperti gambar di atas.

Bukan tidak mensyukuri dengan kemudahan yang ada,
saya amat bersyukur,
kerana sebagai seorang yang berstatus kewangan sederhana,
saya masih lagi bergantung hidup kepada internet tanpa wayar kerajaan
untuk menyiapkan tugasan.
Tetapi saya berharap agar penapisan laman sesawang dapat dikaji semula.

Laman sesawang yang berfungsi sebagai tempat perkongsian bahan maklumat, ilmu, pengetahuan baru, dan lain-lain seperti :
www.scribd.com
www.4shared.com
dan banyak lagi....
adalah lebih baik jika tidak disekat kerana
melalui laman-laman sawang inilah banyak bahan P&P dapat ditemui.

Ini hanyalah luahan semata,
Namun saya berharap luahan ini akan dipandang oleh orang-orang yang berkuasa
supaya sebuah paradigma penapisan laman sesawang dapat terjadi
untuk kemudahan dan kesenangan kita bersama.

Sekian.

8 ulasan:

abangbulat berkata...

erkk..hahaha
adakah facebook di tapis??

Nurul Hidayah Isnin berkata...

kalau waktu bekerja 7pg-5ptg dia tapis.
yg mcm ni bagus la juga..

Aziemah Aziz berkata...

sangattt setuju!!!
sedih giler bile nk cari yg maklumat web scbd *gini kot eja, x dapat!!!!

Nurul Hidayah Isnin berkata...

sedih kan ziemah...nk beli broadband x mampu..isk..

TunTeja berkata...

hehehe.deqyah.saba la ye.gne la brdband :) jgn menipu kate tak mampu ea.hehehe

Nurul Hidayah Isnin berkata...

tej..haha..bukan x mmpu dr sudut kewangan
tp takut x mampu nk guna dgn semaksimumnya..=P

velasrizal berkata...

susah la klo camni kan..

Jom Register Dengan HeartBeat !

Nurul Hidayah Isnin berkata...

velasrizal: sangat susah..
dah register..semoga dpt income..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka