Anda pengunjung blog ke :

Sabtu, 8 Januari 2011

Berkenalan Dengan Model















Gambar di atas ialah model yang saya paling suka. Nama dia Tyra Bank. Saya pun x pasti mana dia dapat nama tu. Mungkin rumah dia dulu kat tepi tebing sungai. Atau pun ayah dia seorang pegawai bank. Dia ada program sendiri iaitu American Next Top Model. Saya pernah juga apply. Tapi kena reject sebab dia cakap "tinggi awak sebagai model dah cukup, tapi awak bertudung. Next!" Tak apalah, jadi guru pun boleh jadi model apa. Guru adalah model yang sangat dikagumi kadang-kadang tingkahnya diikuti oleh murid dan masyarakat. Secara amnya, model adalah ikon yang boleh kita ikut dan rujuk untuk sesuatu kepentingan.

_____________________________________________

Maka sebab itu lah hari ni saya nak ajak anda semua berkenalan dengan model. Bukan model pakaian atau majalah. Tetapi model untuk kajian tindakan. Supaya anda khususnya yang bakal menjalankan kajian tindakan akan memilih model mana yang sesuai utk digunakan dalam kajian tindakan masing-masing.



Bagi kelas kami, model kajian yang telah dtekankan adalah model Kurt Lewin (1946)

Terdapat 4 unsur penting dalam model ini iaitu :
  1. Rancang (Plan)
  2. Tindakan (Act)
  3. Pemerhatian (Observation)
  4. Refleksi (Reflection)
Untuk mudah ingat, boleh la guna akronim seperti PAOR, RaTiPeRe, dsb. Terpulanglah mengikut kreativiti masing-masing.

Bagaimana jika hasilnya menemui kegagalan?
Mudah saja, ulang semula kitaran ini bermula dari nombor 1 sampai nombor 4 dengan penambahbaikan yang baru.

























Model Lewin (1946)















Pengasas model Kajian Tindakan Lewin, Kurt Lewin (Gambar candid)



* Nampak macam kacang goreng je model ni. Tapi sebenarnya susah, tapi takpe, tak ada benda yang mustahil ya kawan-kawan...

P/s : bila teringat cerita Pn Tolhah dengan Mr Narmal pagi tadi..boleh gelak besaulah..hahaha!!



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ingat..jangan sesekali pilih kasih..terime klient kite seadanya...-pn salina,2010-...disokong pula oleh (pn tolhah,2010) beliau berkate..pelajar2 yg nakal ni lah yang akan ingat cikgu sampai bila2..

-angkimy-

anantha berkata...

cis ! ak dh excited nk bc sal tyra bank

malekabdillah berkata...

walaupun mr narmal garang, dia tetap sweet bila buat lawak. aku suka.

p.s : ada sebabnya kenapa aku tak jawab soalan dia kenapa aku masuk lambat tadi. bukan sebab nak kurang ajar. wahaha.

Ila Aqilah berkata...

haha..set induksi dah menarik dah..
yeah..itulah kurt lewin yg digembar gemburkan farouk dlm kelas..
ntah dia faham ke tidak..hehe

Nurul Hidayah Isnin berkata...

ang kimy : oleh kerana anda merupakan slh seorang pelajar nakal...(sbb dlu dtg kelas lmbt).. maka, anda adalah klient yg diterima sepenuhnya oleh semua pakar kaunseling tanpa syarat. haha!

Nurul Hidayah Isnin berkata...

anantha : ok lah tu..1 perenggan kot aku cerita pasal dia.. siap reveal asal usul nama sebenar dia lagi..style tak!

Nurul Hidayah Isnin berkata...

malek : tulah..aku pun pelik kenapa ko buat selamba je.. nsb baik mood dia baik hari ni..kalau x, ada kang kepala masuk ekzos viva baru dia..
P/s : x nak share dgn aku ke punca masuk lewat? hehe

Nurul Hidayah Isnin berkata...

qilah : terima kasih byk2.. dah hampi 4 thn lebih blaja..
baru aku faham apa erti set induksi yg sebenarnya..
anantha pn dah terkena...haha!!
faruk tu bukan kurt lewin, kurt cobain, carl jung, sume boleh klua..keh3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka