Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 30 Januari 2011

Perkakas Lembut Muzik

Muzik merupakan terapi yang baik bagi sesetengah individu (Bimbingan dan Kaunseling 2011), dan saya tidak terkecuali daripada individu yang disebutkan tadi.

Ada yang boleh baca buku bila dengar muzik,
Ada yang cergas buat latihan Matematik bila dengar muzik,
Ada yang hilang takut pada hantu bila dengar ayat-ayat suci Al-quran,
Ada yang sebelum tidur je wajib dengar lagu,
Ada yang dengar radio untuk dapatkan berita baru,
Dan macam-macam lagi.

Saya masih ingat waktu saya belajar di sekolah berasrama penuh,
radio autoscan jenama Palito adalah peneman setia saya untuk mendapatkan hiburan, lagu dan berita tekini.
Dulu harga dia mahal, sekitar rm10- rm15.
Tapi sekarang..rm5 pun dah boleh dapat.
Masa tu rasa bangga bila abang hadiahkan radio Palito yang di dah tak nak guna. ^_^











Lepas tu bila dah ada duit sikit, saya beli pula walkman (pemain kaset). Masa tu kawan-kawan saya yang orang senang semua beli cd walkman. Jeles juga tengok. Tapi masa tu dah mampu beli walkman pun saya cukup bersyukur.

Pernahkah anda mengalami kenangan-kenangan seperti yang saya lalui?



Lihat pula sekarang. La ni dunia dah canggih. Dah ada pemain mp3, telefon bimbit, speaker dan pendrive, modulator, dan banyak lagi. Saya yakin pembaca di luar sana wajib ada salah satu, dua gadget pemain muzik masa kini. Namun, memiliki gadget yang boleh menyimpan lagu sebanyak hatta 2, 4, atau 8 GB juga belum tentu muat untuk menyimpan lagu-lagu yang anda gemari. Maka sebab itulah anda perlu bijak menguruskan lagu-lagu sebelum disimpan ke dalam gadget muzik untuk dimainkan pada bila-bila masa.

Di sini ada beberapa perkakas lembut muzik yang saya dah guna,
dan anda juga boleh cuba guna untuk mengemaskini semua lagu mahupun alunan zikir dan ayat Al-Quran yang anda ada.
Perkakas lembut ini juga anda boleh gunakan untuk tujuan-tujuan lain termasuk dalam proses P&P (untuk para guru). Antaranya adalah :


Perkakas 1











Sound Forge

  1. Memotong, menyambung, kuatkan, dan perlahankan lagu.
  2. Menghilangkan bunyi di bahagian-bahagian tertentu.
  3. Sesuai untuk mengubahsuai lagu untuk dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit.
  4. Untuk menukar format lagu kepada wav, mp3, dan lain-lain lagi.
Untuk muat turun
http://www.mediafire.com/file/l338taacil2d39i/soundforgepro10.0b.exe


Perkakas 2









Any Video Converter

  1. Mengubah kepada semua jenis format video yang anda mahu (flash,mpeg,dll).
  2. Memotong bahagian dalam video.
  3. Memendekkan video.
  4. Menukarkan format video kepada audio dalam pelbagai bentuk (ogg,mp3,wav)
Untuk muat turun
http://www.mediafire.com/file/1y2eov26s4sfc5l/avc-free.exe


Perkakas 3









Any Audio Converter

  1. Menukar pelbagai format audio.
  2. Memotong lagu menjadi pendek.
  3. Mengecilkan saiz lagu.
Untuk muat turun
http://www.mediafire.com/file/mdeamg61phcqnfz/any-audio-converter.exe



Perkakas 4









MP3 Reducer

  1. Mengecilkan saiz lagu.
  2. Memudahkan pengguna untuk menyimpan lagu di dalam telefon bimbit dan pemain lagu mp3.
  3. Terdapat sedikit kekurangan iaitu menjejaskan sedikit kualiti bunyi
  4. Proses mengecilkan saiz lagu dalam masa yang pantas.

Untuk muat turun

http://www.mediafire.com/file/tso2cplc93cdks9/MP3Reducers.zip


P/s : Rasa macam nak berbalik semula pada zaman Palito lah.. Klasik gitu~

10 ulasan:

fathinaina berkata...

ooohhh..teringat masa kat mktb, dgr walkman time buat math..dgr carta era pg2 ahad smbil kemas bilik utk checking..hehee

Nurul Hidayah Isnin berkata...

kenangan semua tu kan aina..
tapi aku igt2 lupa la..
dlu kita bwk bnda2 ni sume scr haram ke scr halal ek?
kalo kt SMKA bnda2 ni brg haram..=)

TunTeja berkata...

fuhh..sangat berinfomatif...leh aku jadikan rujukan ni! thanks deqyah :)

Nurul Hidayah Isnin berkata...

memang post ni utk ko tej..
slmt mengemaskini mp3 2 gb yang baru tu ya..=)

fathinaina berkata...

halal2..hehee..walkman kaset tu bleh..yg cd tu kot mcm kena special skit kot..kurg ingt laa..hehe

Tanpa Nama berkata...

ye amat sesuai untuk dijadikan minus one!! :D






`~ angkimy~

zue yang baek berkata...

dekyo ingat lg tak palito free dr kfc?? huhu...curik2 dengar radio time prep..huhuhu

Nurul Hidayah Isnin berkata...

aina : berani mati kot kita bwk brg2 cmni kt sekolah.. demi sebuah hiburan.. hahaha!

Nurul Hidayah Isnin berkata...

angkimy : sgt sesuai..khusus utk penggemar karaoke yg
sukanyanyisorang2pastutepuktangansorang2.
wahaha! =)

Nurul Hidayah Isnin berkata...

zue : haa..jap2..palito 2 sp punya ek? ko ke aku? kt mana brg tu skrg?
kena simpan tu.. brg tu vintage kot..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka