Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 16 Januari 2011

25 Kisah Benar Tentang Saya :

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!

Sori dyatunteja.. Pagi ni baru sempat nak log in blog. Hujung minggu yang berjadual padat. Tup tup hari ni dah Ahad.. Adeih..esok dah Isnin..Sabau je lah..

Saya pernah buat tag macam ni pada Febuari 2009 (boleh lihat page ini dan itu ya..)
Tapi , demi seorang sahabat, saya akan renew balik tag ni bagi tahun 2011.


Arahan :
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note , with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated"

dalam Bahasa Malaysia

"Sekali anda sudah ditanda, anda perlu menulis nota dengan tajuk 25 fakta rawak, hobi, dan matlamat tentang diri anda. Di akhirnya, pilih 25 orang untuk menjawab soalan ini juga. Tanda semula orang yang menandakan nama anda. Jika saya tag anda, ini bermakna saya nak tahu lebih cerita pasal anda. Kerjasama anda yang tinggi adalah sangat dihargai."


25 Kisah Benar Tentang Saya :

1. Ice Breaking sikit. Nama saya Nurul Hidayah anaknya Isnin. Umur 22 tahun. Tinggal di Endau, Johor.

2. Suka pada lelaki yang lemah lembut dan bersopan santun. =)

3. Telinga sedikit pekak kerana pernah dimasuki kumbang berdiameter 0.3cm.

4. Pemalu..tapi nampak macam tak tau malu.

5. Sayang mak ayah, adik beradik melebihi dari sayang diri sendiri.

6. Suka memberontak secara senyap.

7. Suka belajar di kabin dari belajar di kelas.

8. Tidak jiwang, tidak romantik, dan sewaktu dengannya.

9. Sedang berusaha untuk mengatasi hal-hal no 8.

10. Bersahabat dan bersaudara dengan 9 orang gadis hebat PISMP Matematik.

11. Suka mengembara dan merantau (sebenarnya).

12. Sedang mencari bakal suami..haha..*tapi orang cakap x elok perigi cari timba.. (gila gatal minah ni)

13. Menyukai gadget-gadget ICT.

14. -------xde idea ..ayah pun suruh kemas2 balik jb..sori mak yah, nnti I sambung lagi ya ----

15. Okeh, mula dpt line internet utk sambung tugasan hari tuuuu..skrg pukul 3.56 ptg, hari Selasa.

16. Suka bermain badminton juga rela dibuli asalkan dapat bermain badminton. T_T

17. Ada sifat ego mangkuk yang teruk.

18. Suka tidur di atas toto berbanding di atas tilam.

19. Mudah dan cepat blank (kosong).

20. Kulit cepat terbakar.

21. Tidak suka pertanian. Tapi kalau tolong2 tanam tu bolehlah..

22. Tidak pandai memakai kanta lekap.

23. Pernah fobia dengan beruk tetapi berjaya mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan terapi beruk (baling mercun bola).

24. Tak suka persaingan mahupun perebutan hatta pergaduhan.

25. Berharap kepada sesiapa yang membaca entri ini tidak rasa menyesal kerana terbuang masa mereka arakian membaca entri ringan seperti ini.

6 ulasan:

Ila Aqilah berkata...

haha..form ini tidak lengkap!
dekyah hal2 no 8 akan dtg dgn sendirinya..ekeke..

TunTeja berkata...

kah kah kah!! deqyah.nak kene ni men jawab separuh2 :p

apepun gd luck in ur life deqyah! aku doakan terbaik utk ko :)

leklok bwk kete blk jb!!

sYu's RaMLi berkata...

kumbang ape yg msok lam telinga?
ahhahaa...

Nurul Hidayah Isnin berkata...

qilah : x smpat nk buat hbs hari 2..skrg da siap! btul2..aku pn fkr apa yg kamu fkr.

tun teja : sori la mak yah..tp skrg dah penuh kan..see~ hehe *terima kasih tun teja.

syu : asal cte pasal fauna je awk mesti berminat kan..ha3!! kumbang itam je masuk.

Syafik berkata...

Tambah utk yang ke 26.

"Antara yang aktif dengan bahasa jawa" :D

Haha. keep it up!

Nurul Hidayah Isnin berkata...

sapik...sob3..aku terharu la dgn pengiktirafan ko tuh..
ko je yg nmpk keprihatinan ak pd bhs jawa..thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka