
Objektif Kuiz Kalkulator Terbakar :
- Menggalakkan pengiraan mental akibat kalkulator yang terbakar.
- Aktiviti untuk para guru gunakan ketika slot set induksi, slot rekreasi Matematik, dan slot kelas ganti.
- Memupuk semangat cuba jaya dalam kalangan murid.
- Membina sifat ingin tahu murid.
- Mewujudkan murid-murid yang berfikir secara kreatif dan kritis.
- Melatih murid mencongak pantas.
Kuiz Kalkulator Terbakar SATU

Sila isi nombor 1 hingga 7 (satu nombor bagi setiap bulatan) ke dalam setiap bulatan supaya jumlah lurus ialah 12 dengan syarat tidak ada nombor yang berulang.
Kuiz Kalkulator Terbakar DUA

Isi nombor 1 hingga 8 supaya nombor-nombor yang berjiran tidak berada di bulatan yang berjiran. Cth : nombor 7 tidak berada di sebelah bulatan nombor 8
Kuiz Kalkulator Terbakar TIGA

Arahan :
Sila isi nombor 1 hingga 9 supaya jumlah nombor mengufuk adalah sama dengan jumlah nombor mendatar. Berapa jumlahnya?
Kuiz Kalkulator Terbakar EMPAT

Arahan :
Pada lilitan tiga bulatan besar, terdapat lima bulatan kecil pada setiap satunya.
Sila isi nombor 1 hingga 9 ke dalam bulatan kecil supaya jumlah pada bulatan besar menjadi 22.
Kuiz Kalkulator Terbakar LIMA

Arahan :
Sila susun nombor 1 hingga 9 ke dalam bulatan supaya setiap sisinya berjumlah 20 dengan syarat tiada pengulangan nombor dan nombor berjiran tidak boleh berdekatan.
Sumber : Koleksi 151 Rekreasi Matematik 1994
3 ulasan:
ada jawapan dye tak ?
dek yah!..nak jawapan =P
fini dgn kak oumi nk jwpn ya..
boleh2..post akan datang ya..=)
Catat Ulasan