Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 9 Disember 2010

Tuol Sleng Genocide Museum


Tugu peringatan Muzium Pembunuhan Kaum Tuol Sleng. Di belakang tugu merupakan kubur 14 tahanan terakhir yang ditemui selepas kejatuhan Khmer Rouge.

Muzium Pembunuhan Kaum Tuol Sleng merupakan bekas pejabat keselamatan 21 telah dibina atas arahan Pol Pot (Sa Lut Sor) pada zaman 'Demokrasi Kampuchea'. Bangunan yang dibina pada 17 April 1975 juga dipanggil S-21 dan direka khas untuk penahanan, soal siasat, penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan, dan tempat pembunuhan mangsa atau tahanan yang telah memberikan segala maklumat kepada orang2 Pol Pot.

Pemerintahan Pol Pot bermula dari tahun 1975 sehingga 1979. Setelah kerajaan mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1979, mereka mula mengumpul bahan bukti di pejabat 21 seperti gambar, filrm, dokumen penakuan tahanan yang direkodkan, alat-alat penyeksaan, alat membelenggu tahanan, dan 14 mayat mangsa tahanan dan salah seorangnya adalah perempuan.

Muzium Pembunuhan Kaum Tuol Sleng seluas 600 x 400 m ini dikelilingi oleh 2 laipsan pagar besi berombak yang diletakkan kawat duri yang tebal. Bangunan asal pejabat 21 ini merupakan sekolah Rendah Tuol Sleng dan Sekolah Menengah Tuol Svay.

Selain itu orang2 Pol Pot juga memasang pagar yang sama di sekitar itu dari jalan 113 ke jalan 131 dan dari jalan 320 ke jalan 350 selepas menghalau penduduk bandar di sana berpindah ke perkampungan dengan tujuan perhambaan. Kawasan pada masa itu menjadi seolah-olah PENJARA tanpa dinding!

Maka bermulalah transformasi daripada sebuah SEKOLAH yang penuh dengan gelak tawa kanak-kanak yang gembira mencari ilmu kepada sebuah NERAKA penyiksaan yang penuh dengan jeritan tahanan-tahanan yang diseksa.


Pelbagai jenis alat penyeksaan.

Bilik darjah telah berubah menjadi sel-sel kecil bersaiz 0.8 x 2 m sebagai penjara individu. Bahagian depan bangunan ditutupi oleh jejaring berkawat duri untuk mengelakkan tahanan daripada membunuh diri dengan cara terjun dari bangunan.


Bangunan C


Bangunan B dan C

Terdapat 4 bangunan; A, B, C, dan D. Bangunan A telah diubahsuai menjadi bilik bersaiz 6x4m setiap sel. Tingkap sel telah dipanel dengan kaca untuk mengurangkan bunyi tahanan yang menjerit akibat diseksa. Bangunan ini khas untuk pemimpin-pemimpin yang bangkit menentang pemerintahan Pol Pot. Sel mereka dilengkapi dengan katil, selimut, bantal, tikar, dan bekas untuk membuang air.

Bangunan B, C, dan D : Bilik di aras tanah telah dibahagikan kepada sel-sel kecil. Ada yang dibahagikan oleh batu-bata dan ada yang dibahagikan oleh kayu-kayu hitam sahaja dan menjadikan sel-sel itu seperti kandang kecil. Bilik di tingkat 2 dan 3 telah dijadikan tempat penjara beramai-ramai.

Tiang kayu yang dulunya dijadikan alat untuk pendidikan Jasmani telah berubah menjadi mesin penyiasatan dan penyiksaan oleh Pol Pot. Tangan tahanan diikat kebelakang dan ditarik ke atas ke bawah berulang kali sehingga tahanan pengsan. Apabila tahanan pengsan, kepala mereka akan direndam ke dalam air untuk diseksa dan disiasat semula.

Bagi mengukuhkan pertahanan dan keselamatan, 1684 pekerja diupah dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu di pejabat S-21 Tuol Sleng, Kor di Ta Khmao, dan Khor di Prey Sor, Barat Phnom Penh.

Pejabat ini bersambung khas dengan pihak berkuasa tempatan dan kementerian pertahanan Khmer Rouge. Pejabat S-21 telah diketuai oleh Kang Kek Lev (Duch), yang merupakan bekas guru Matematik.

Berikut merupakan statistik tahanan dari tahun 1975 hingga Jun 1978:
1975 : 154 tahanan
1976 : 2250 tahanan
1977 : 2350 tahanan
1978 : 5765 tahanan

Bilangan di atas tidak melibatkan jumlah kanak-kanak yang dibunuh dan dianggarkan sejumlah 20 000 kanak-kanak telah dibunuh! Tahanan biasa hanya bertahan 2 hingga 4 bulan manakala tahanan dari golongan orang politik akan bertahan 6 atau 7 bulan sebelum dibunuh.



Tempat penyeksaan tahanan. Kotak ini akan diisi dengan air atau bahan-bahan lain dan tahanan akan direndam dan diseksa di dalamnya.



Juga merupakan tempat penyeksaan. Seksaan akan dibuat seperti illustrasi di bawah.


Hanya 1 illustrasi bentuk seksaan sahaja yang dapat dipaparkan kerana illustrasi yang lain mengandungi unsur 18SG yang terlampau.

Pada masa inilah negara Kemboja telah kehilangan 3 juta rakyatnya dan ini juga menjadi punca kemerosotan penduduk beragama Islam pada zaman pemerintahan tersebut dan kini hanya meninggalkan 5% sahaja warga Islam di sana.

Muzium ini dibuat sebagai tempat penyimpanan bukti kekejaman zaman Khmer Rouge serta bertujuan untuk mengelakkan kebangkitan Pol Pot yang baru daripada menjajah bumi Kemboja dalam usaha untuk membina negara yang kuat dan adil.

* Janji untuk memaparkan post Genocide Muzium sudah tertunai. Bulu roma penulis sentiasa meremang semasa berjalan di sekitar muzium ini. Penulis sangat terkejut, tergamam, dan sedih apabila terbayang kekejaman demi kekjaman yang telah mereka lakukan sepanjang melawat muzium ini.

Sama-samalah kita berdoa supaya Malaysia sentiasa aman dan tidak jatuh ke tangan-tangan pemimpin yang kejam dan zalim supaya kita semua dapat hidup dalam sebuah negara yang makmur dan selamat. Amin.

4 ulasan:

Abang Bulat berkata...

giler kejammmm.....
tp ap kurang nye kat negara kite pada zaman pendudukan jepun dulu kan...


p/s: ko ke yg karang semua nie atau ko google ??? btw..nice entry!

Nurul Hidayah Isnin berkata...

a'ah..bnda yg mcm ni jadi kt negara kte tahun 1940an..
diorg thn 1970an br kena..tu yg pembangunan dia lmbt skit.

ad yg translate dr pamplet dia..
ad yg goreng sendiri..
thank you..!ak igt org x suka bc entry skema cmni.. rupanya ada gak yg suka..

Abang Bulat berkata...

erkkk...suka?? xsuke bace post nie. seram sejuk aku..rase meremang je bulu badan nie. aritu aku bukak jap pas tu aku tutp. sbb ak nmpak ade org tue baring kena seksa..kena plak tgh mlm aku bukak post ko. trus aku tutp.hahaha..

pastu ble ngk balik siang td lorr..ilutrasi je.hehe..tp kat muzium tue mesti punye dia ader tunjuk gambar btol. dan aku x berminat nak ngk yg gambar btol tue..haha...=p

and aku baru tau agak baru gak r diorg lepas dari azab seksa nie. 1970 kan. pehh...! xdpt bygkan...huhu. dan y paling surprise. sekolah dijadikan sel tahanan?? gle horror seyhh..mmg berhantu wehh sek tu....


p/s: antu tue akan menghantui ko dayahhhhhhh......! jgn pandang belakang!

Nurul Hidayah Isnin berkata...

haha...betul la ko ckp.. ak lpas melwt muzium 2 mcm ternmpk2 je mgsa2 yg kena bunuh..byk gmbr dia letak..
tengkorak pecah..mata hilang..
da la..x nk expand cte..

ms melawat pn akn ngn dak2 yg len mmg seram sejuk.. rs nk kua cpt2 je..
pnya la buta sjrh..igt nk g mlwt muzium sekolah..rupa2nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka