Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 6 Disember 2010

Selamat datang 1432 H



Selamat menyambut tahun baru Hijrah saya ucapkan buat semua.
Tahun ini, Malaysia telah memilih slogan '1 Malaysia, 1 Ummah' untuk sambutan pada tahun ini.

Berdasarkan maklumat yang saya dapat dari laman web INI, Istilah ummah digunakan dalam Islam bagi membezakannya dengan istilah sya’b, qaum dalam bahasa Arab yang bererti masyarakat dan kaum.

Dalam Islam, konsep ummah bermaksud masyarakat universal yang dianggotai oleh berbagai jenis kaum dan bangsa disatukan oleh komitmen masing-masing terhadap Islam. Oleh itu, setiap individu Muslim secara otomatik, mahu tidak mahu, adalah seorang anggota dalam kesatuan Umat Islam. Dalam erti kata yang lain iman dan tauhid adalah faktor penyatuan dan bukan lagi warna kulit, bahasa dan bangsa.

Dengan slogan dan definisi yang telah saya garap, saya berharap semoga dengan slogan pada kali ini, masyarakat di Malaysia akan mula melihat bahawa Islam adalah agama yang boleh dianuti oleh semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, atau kaum.

Bercerita mengenai tahun baru, saya amat teruja untuk berkongsi azam tahun baru saya pada ruangan ini. Nak baca boleh, tapi saya tak sarankan kerana azam ini hanya sebagai ingatan untuk saya sahaja.

9 Azam :
1) Menghabiskan sisa-sisa pengajian selama 5.5 tahun dengan aman.
2) Mengharungi praktikum akhir dan internship dengan penuh keceriaan.
3) Melaksanakan tugasan dengan lebih komited.
4) Tidak tangguh kerja.
5) Tidak menolak rezeki.
6) Mempertingkat amal dan hubungan dengan tuhan.
7) Mengurangkan berimaginasi @ merepek kosong.
8) Memperbaiki hubungan sesama manusia.
9) _____

Semoga azam bukan sekadar azam. Kalau 50% tercapai pun Alhamdulillah.

Ahlan Wa Sahlan Ya Muharam~

2 ulasan:

Ila Aqilah berkata...

semoga tercapai azam kamu..amin =)

Nurul Hidayah Isnin berkata...

Amin2..terima kasih..doaku utkmu jua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka