Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 15 Disember 2010

Roti Manis Sedih

Dalam kesedihan..ingin saya kongsikan resepi baru yang saya belajar daripada emak petang tadi.

Nama makanan pada kali ini adalah Roti Manis.

Bahan-bahan :

1) 1/2kg tepung
2) Garam sepucuk sudu
3) 2 sudu : Susu tepung/ susu cair/ susu segar
4) 3 sudu gula kastor
5) 1 sudu marjerin
6) Yis (2 sudu dibancuh air)
7) Sebiji telur

Cara-Cara :

1) Gaul kesemua dan uli bahan sehingga adunan nampak cantik.
2) Doh dibulatkan kecil-kecil dan dibiarkan kembang sekejap (di bawah sinaran matahari).
3) Loyang disapu dengan minyak.
4) Adunan dibakar.
5) Sapu atas doh dengan marjerin selepas dikeluarkan dari ketuhar.
6) Makan je lah dgn air kopi ke...air teh ke..


Sebelum dibakar


Selepas dibakar


Kenapa saya bagi nama Roti Manis Sedih?
Jawapan : Sebab roti ini dibuat oleh orang manis yang sedang bersedih akbat kegagalan resepi.

Tapi mak cakap tak berapa gagal. Cuma terlebih marjerin je. Apa-apa pun..saya masih lagi bersedih kerana bersikap tamak marjerin. T_T

P/s: Sesiapa yang ada resepi roti manis yang lagi best, sudi2 kongsi dgn saya kt bawah ni ya..=)

3 ulasan:

Ila Aqilah berkata...

dekyah comelnya roti manis kamu!
nenek qilah mesti suka..thee..
betul kata mak ko dekyah..
cuba lagi!

Mary Kay by Jannah Ali berkata...

akak...memg kne tgal bwh sinaran mentari ke??? hbis law musin ujan ni xley wat la ea...huhu

Nurul Hidayah Isnin berkata...

qila..u re the great supporter..thank you.
i promise to improvise the recipe later on..
send my regard to your granny..

sbnrnya x la betul2 bwh matahari pn cik jannah. Janji roti 2 kena cahaya skit2 supaya dpt meransang pembiakkan yis dlm doh tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka