Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 14 Jun 2011

Kunjungan Balas Wakil Madrasah An-Nikmah, Kemboja


Rentetan lawatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim ke Bumi Kemboja tahun lalu
rujuk paparan ini http://endautown.blogspot.com/2010/11/hello-kampuchea-hari-2.html

Maka pada 10 Jun 2011 yang lalu, wakil dari Madrasah An-Nikmah,
Kampong Chukronyah, Kemboja telah mengadakan
kunjungan balas ke Johor Bahru.

Kunjungan ini telah disertai oleh mudir (guru besar) madrasah An-Nikmah, Uztaz Muhammad dan anak muridnya yang berusia 16 tahun iaitu Nurazizah Binti Abd Qadir. Manakala murid-murid madrasah An-Nikmah yang selebihnya telah dihantar ke madrasah di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain bagi menyambung pelajaran.

Adik Nurazizah Binti Abd Qadir telah menjadi wakil negara Kemboja dalam Musabaqah Al-Quran Peringkat Asian anjuran PERYATIM di Seremban, Negeri Sembilan dalam kategori menengah rendah . Negara Kemboja telah berjaya meraih tempat ketiga selepas Malaysia dan Indonesia. Tahniah diucapkan.



10 Jun 2011
5.30 pm : Tiba di IPG Kampus Temenggong Ibrahim dari lapangan terbang Senai.
9.00 pm : Jamuan di kafetaria

11 Jun 2011
9.00 am : Membawa pelawat dari Kemboja melihat suasana Johor Bahru.
12.30 pm : Makan tengahari
2.00 pm : Menghantar pelawat ke Larkin Sentral menaiki bas menuju ke Selangor.








Dari kiri : Bulat & Syafie (JPP ke-46), Ustaz Muhammad, Haji Mohd Nordin




Dari kiri : Puan Nor, Adik Nurazizah Binti Abd Qadir. Natasha (sahabat lama penulis)




Adik Azizah dan penulis


Walaupun kunjungan mereka hanyalah dalam masa yang singkat,
namun kami berasa gembira kerana dapat berpeluang menyambut orang-orang Kemboja ke sini setelah layanan yang baik telah mereka berikan sepanjang kami berada di sana dahulu.

Terima kasih kepada Tuan Haji Nordin kerana menjemput saya untuk sama-sama menyertai sambutan ini. Tahniah kepada rakan-rakan yang bersama-sama dengan saya untuk program kali ini iaitu Hazwan, Syafie, Bulat, dan Natasha. Anda semua sangat hebat.

Semoga mereka tidak serik untuk berkunjung ke Johor Bahru lagi selepas ini. Mudah-mudahan.


- Laporan Tamat -


* Azizah pernah cakap saya Siem .. Haha..malu.. Okhunchran... =)


5 ulasan:

ziEmiRa_Amira Izzati Hamdan berkata...

Siem?

finiey berkata...

bagus :)

Nurul Hidayah Isnin berkata...

iz : siem sama maksud dgn 'se'at'.. sila tnya pd en abg ya..
fini : =)

Bulat berkata...

saya x nak mengulas lebih lanjut..tooot *statement x bley bla

Nurul Hidayah Isnin berkata...

bulat?? apakah???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka