Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 2 Jun 2011

Karipap Lipat





Kemunculan fenomena Hantu Mak Cik Karipap pada masa kini betul-betul telah mengingatkan saya dengan pelbagai cerita hantu semasa tinggal di asrama semenjak berumur 12 tahun.

Kalau kumpulan Balas program Maharaja Lawak popular dengan Hantu Mak Cik Karipap mereka..

Maka pada hari ini saya ingin berkongsi dan mempopularkan cara membuat karipap lipat.
(mcm jauh je kaitan dia kan).
Resepi ini telah dipelajari daripada akak sulung saya yang telah mempelajarinya daripada kawan beliau.

Bahan :
  1. 1 kg tepung gandum
  2. Garam
  3. Gula
  4. Secawan minyak masak
  5. 1 tin sardin
  6. Bawang kuning
  7. Lada hijau
  8. Secawan air
Alat :
  1. Periuk
  2. Penggelek tepung
  3. Kuali
  4. Cawan bertangkai
  5. Pisau

Cara-cara :


Kulit Karipap :
  1. 1 kg tepung gandum + 1/2 sudu garam + 1 sudu rata gula
  2. Minyak dipanaskan dalam periuk sehingga tua.
  3. Minyak digaul dengan tepung.
  4. Tambah air sedikit demi sedikit supaya adunan menjadi lebih halus.
  5. Dibiarkan dahulu supaya adunan menjadi lembut
Inti Karipap :
  1. Bawang kuning + lada hijau dipotong bulat-bulat
  2. Kuah diasingkan daripada sardin
  3. Gaulkan kesemua yang di atas
  4. Masukkan sepucuk garam dan sedikit gula
Penyediaan karipap lipat :
  1. Adunan digelek dengan penggelek tepung sehingga nipis.
  2. Potong adunan kepada beberapa bahagian.
  3. Adunan diletakkan dengan inti sardin.
  4. Adunan dilipat untuk menutup inti sardin.
  5. Sedikit tepung gandum dibancuh likat dengan air. Kemudian akan dijadikan gam untuk menampal adunan karipap.
  6. Goreng dengan api yang kecil.














* Anak, nak beli karipap tak? Haeeeeee....~

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka