Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 2 Jun 2011

Kuih Bakar / Kuih Bingka



Masih lagi dilanda demam Maharaja Lawak.
Ingatkah lagi anda dengan filem Zombie Kampung Pisang dan
Hantu Kak Limah Balik Rumah?
Semestinya pengarah kedua-dua filem ini telah memilih Usop Wilcha (gambar di atas)
sebagai ikon dan tarikan filem dengan tagline beliau, "Kita Bakor!!"

Maka, pada hari ini..
Saya akan kongsikan rahsia turun temurun daripada keluarga emak saya
iaitu kuih bakar atau nama lainnya kuih bingka.

Bahan-bahan :
  1. 1/2 kg tepung gandum (diayak)
  2. Gula - 4 senduk
  3. Garam - 1/2 sudu penuh
  4. 4 keping pandan (dikisar dan ditapis airnya)
  5. Telur - 2 biji
  6. Kelapa - 1 biji besar / 2 biji kecil (diambil santan)
  7. Tepung ubi - 2 sudu
Cara-cara :
  1. Tepung + gula + garam + telur = gaul
  2. Masukkan santan pekat sedikit demi sedikit (utk elak tepung menggembal).
  3. Masukkan santan cair + air pandan + 2 penutup inci hijau
  4. Masukkan tepung ubi yang dibancuh dengan santan cair.
  5. Pastikan kepekatan adunan seperti gambar di bawah. Iaitu tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  6. Tapis jika perlu
  7. Masukkan ke dalam loyang.
  8. Adunan di bakar lebih kurang 20-30 minit.
  9. Ataupun anda tak perlukan jam, hanya perlu deria bau (bau kuih dah masak), deria melihat (tgk kuih dah nmpk coklat di bhg tepi, serta deria rasa (cocok kuih bagi memastikan kuih dah tanak)
  10. Kuih dipotong dan boleh dijadikan sebagai minum petang mahupun sarapan.



















Selamat Mencuba!

* Anak saudara saya (Qasim, 5 tahun) tanya, "Usu ini kuih terbakor kan??". Saya terlopong.. Besar betul pengaruh filem Hantu Kak Limah Balik Rumah kepada masyarakat tak ketinggalan kepada kanak-kanak. Aduhai..


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka