Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 15 Jun 2011

4 Ciri Ahli Syukur

Teka-teki : Siapakah orang yang paling beruntung di dalam dunia?

Jawapan 1 : Orang yang paling beruntung dalam hidup ini adalah orang yang dilimpahi harta banyak, pangkat dan gelaran yang tinggi sahaja.
Jawapan 2 : Orang yang tinggal di Bukit Beruntung (Ah Long)

SEMUA JAWAPAN SALAH!!

Jawapan Sebenar:
1. Orang yang diberi nikmat kemudian ia bersyukur.
2. Orang yang ketika diberi ujian Allah kemudian ia bersabar





Bersyukur dan bersabar membuatkan kita lebih dekat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu, orang yang dekat dengan Allah adalah sangat beruntung.
Bagaimana untuk menjadi manusia yang bersyukur?

Ada 4 Ciri Ahli Syukur.

CIRI 1 : Sekecil apa pun nikmat pasti akan disyukurinya.

Merasa kebahagiaan sehinggakan ke hal-hal yang kecil. Berbeza dengan orang yang tidak tahu bersyukur yang mana sentiasa letih dan lelah dengan nikmat yang belum ada. Akhirnya wujudlah pepatah melayu, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Sedarlah bahawa sikap syukur itulah yang membuat ia menjadi nikmat.



CIRI 2 : Selalu memuji Allah dalam setiap kesempatan
.

Setiap kali mendapat pujian, tidak merasa itu miliknya. Setiap perkara yang membuatkan kita dipuji itu sebenarnya semua adalah kurniaan Allah. Sebaik-baiknya adalah memulangkan pujian itu semula kepada Allah dengan melafazkan kalimah Alhamdulillah(segala puji hanyalah bagi Allah).



CIRI 3 : Selalu berterima kasih kepada orang yang menjadi jalan nikmat bagi dirinya.


Semua nikmat pasti ada asal-usulnya. Mungkin nikmat kita melalui seseorang. Orang yang bersyukur akan mudah sekali untuk merenung dan mengingati kebaikan orang lain dan membalasnya.



CIRI 4 : Selalu memanfaatkan nikmat yang ada untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Lisan =
Mengucapkan Alhamdulillah, berterima kasih kepada manusia.
Dahi = Dipakai untuk bersujud.
Mata = Melihat kebenaran ilmu dan Al-Quran
Lidah = Menyebut nama Allah, berdoa, menasihati kebaikan dan kebenaran
Harta kekayaan = dinafkahkan ke jalan Allah



2 ulasan:

Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri berkata...

insyaallah, sme2 brusaha menjadi golongan org yg selalu bersyukur......

Nurul Hidayah Isnin berkata...

kdang2 mmg susah,
sbb manusia mmg suka komplen.
tp insyAllah..sama2 lah kita cuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka