Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 2 Mac 2011

4 Sri 4 (Bab 1)

Biodata.
Nama: Wan Putera Rayqeil
Jantina : Lelaki
Umur : 10 tahun
Kelebihan : Sangat comel
Kelemahan : Gembeng

Lokasi dan Situasi : Kelas 4 Sri 4, murid2 sedang tanda kertas kawan sebelah.

Tan Yau Min : Cikgu, wan salah jawab semua soalan!
Wan : (Tunduk dan Mencebik muka)

Loceng berbunyi dan murid bersurai dari kelas.

Wan : (Duduk dan masih mencebik)
Cikgu : Kenapa awak sedih sangat ni?
Wan : (Semakin mencebik)
Cikgu : Awak tak tahu nak jawab soalan ya?
Wan : Huuwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Cikgu : Eh..ehhh, janganlah nangis.. Cikgu tanya je. Ok, sekarang bawa alat tulis dan pergi duduk kat depan, cikgu nak ajar awak.

Setelah sesi coaching dijalankan.

Cikgu : Ha...boleh pun jawab.. Tadi kenapa jawab salah semua.
Wan : Saya tak pandai nak jawab.
Cikgu : Sekarang dah boleh kan. Senang ke susah?
Wan : Senang..senang.. (sengih)
Cikgu : Kenapa awak ni kuat nangis ya wan? Janganlah kuat nangis sangat. Awak kan lelaki. Awak anak bongsu eh?
Wan : (Geleng kepala laju2) Taklah cikgu.
Cikgu : Habis tu?
Wan : (Mengerling atas ke bawah..atas ke bawah mode berfikir). Hah, saya anak terakhir!
Cikgu : (pandangan berpinau)!

Pesanan:
Ajarlah anak murid anda tentang kedudukan mereka dalam ahli keluarga.

Peace!

2 ulasan:

malekabdillah berkata...

sama cerita dengan aku. aku tanya dia awak anak sulung ke? selamba dia jawab saya anak pertama. lepas tu member sebelah dia gelak kuat2 cakap sulung dengan pertama sama la. dia boleh pulak bantai jawab sulung tu pakcik aku lah. aku gelak guling2. hahahaha.

Nurul Hidayah Isnin berkata...

haha..comel tul la anak-anak murid ko..!
yg cte ko kt blog 2 pn da wat ak gelak smpai kua air mata..
teruskan berkongsi kisah2 jalan seorang guru ya..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka