Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 7 Mac 2011

Aku masih ingat (II)

Aku masih ingat..masa tu aku darjah 2 Amanah kt SK Bandar Endau.
Dapat markah penuh semua subjek.
Alhamdulillah.. tak sia-sia selalu kena jotos dengan ayah sebab malas belajar.
Punya excited, balik dari sekolah.. Aku pun terus tunjuk kat Pak Imam.























Ayah seronok bila tengok keputusan aku.
Lepas tu ayah terus belikan ini

















Sebuah basikal LERUN first hand yang comel berwarna pink hitam!!!!



Tapi ada satu masalah.
Aku tak pandai kayuh basikal!
Mula-mula dapat basikal tu..inilah yang jadi..










kayuh tegak..
lama-lama jadi condong..
makin condong..
jatuh..

Aku jadi putus asa..aku tolak basikal tu ke tepi.
"Dah tak nak bawa engkau basikal!" marah aku pada basikal.

Ayah datang dan cakap.."kenapa mesti marah kat basikal?
pergi cuba ronda-ronda lagi. Tak lama lagi boleh la tu..
Bagaikan mendapat satu jongkong emas semangat baru.
Aku pun berusaha lagi.










kayuh tegak..
lama-lama jadi condong..
makin condong..
jatuh..


dan berusaha lagi...









kayuh tegak..
lama-lama jadi condong..
makin condong..
jatuh..



dan akhirnya aku berjaya kayuh basikal di kawasan masjid tanpa jatuh-jatuh lagi.

Selepas itu, aku boleh bawa basikal ke mana sahaja..di kampung..





























mahupun di bandar (Endau ada bandar ke? Erkk...)

























Part yang 'boleh bawa basikal ke mana sahaja' tu sebenarnya angan-angan dalam cerita ni je..
Dulu aku hanya boleh bawa basikal dalam kawasan masjid,
untuk pergi ke kelas tuisyen,
dan paling jauh pun sampai rumah kawan (nama dia Shikin)
dan yg teramat paling jauh pun kawasan rumah murah kat belakang masjid.
Yang lain semua kawasan larangan.
Tapi aku tetap gembira,
janji dapat bawa basikal. =)

Itu ceghita masa aku kecik-kecik..
Zaman kecik-kecik
zaman di mana aku jarang jumpa perkataan 'putus asa' tu sendiri.

Tapi bila aku reflek @ cermin semula diri aku.
Semakin lama, semakin berusia..
perkataan tu semacam tersohor dalam diri.
Kenapa agaknya.
Kena tembakan berdas dari pensyarah, putus asa.
Hilang idea untuk buat RPH pun dah putus asa.
Tulisan buruk pun dah putus asa.
Segalanya nak putus asa.

Sedangkan aku tahu yang tuhan sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.
Semoga SPA (sindrom putus asa) ini tak berkekalan.
Amin..

Dan untuk pembaca sekalian yang ada penyakit serupa macam saya (SPA),
sama-samalah kita merawat penyakit ini.
Kaji kelebihan diri,
Baiki kekurangan selagi yang termampu,
Dan elakkan stress yang memudharatkan.


-TAMAT-

6 ulasan:

anisyud_01 berkata...

hmm..sindrom SPA nih,
ak rasa tak bley handle sgt2 time praktikum 1..
ko ingt lg tak pai ak blik umah down pnyer psal..
rsa serius nak quit je..
tp, tu la pengalaman..hasilnye, prak 2&3 ak lbey tenang..@ cuba utk lbey tenang..
pengalaman guru terbaik kita,
jgn pernah menyesal..
yang baik kita syukuri,
yang buruk kita jadikan iktibar, bisik pada diri kekurangan kita itu yang lebih mendekatkan kita dengan DIA dan buat kita lebih menghargai siapa kita..
senyum2 selalu..ingat, kamu ada aku!..toleh kiri kanan, BACARz selalu ade utk kita..=)

Nurul Hidayah Isnin berkata...

isk..anis..i'm speechless..
terima kasih atas kata-kata semangat ni.
ya,pengalaman adalah guru plng baik.
menyesal 2 mmg ada..
menyesali kedangkalan fikiran supaya x tak buat lagi kesilapan sama..
*proud 2 be ur fren and part of bacarz.=)

axvist berkata...

uwah!!! nm ku di blog mu!!! hahaha!!! ingt lagi ko ek kat beskal.

ok, skang ni mode aku lak nak flashback kisah beskal aku kat blog ko (mls nak post kat blog aku~ hehe~)
hoho, kes aku nek beskal pon cam ko gak la, cume aku dpt beskal tu keperluan sbb nak gi skola, bukan hadiah. paling jauh dpt bw beskal, umah ko (skola pon dpn umah ko~ hehe), kalu gi bandar (?) endau tu...hurm...xbrani kot time tuh. hehe. oh~ daku teringt incident2 kehilangan kunci beskal, tayar pancit, rantai tercabut, dsb...wahhaaa~ aku tuka 2 kali beskal time tu. 1st nek lerun merah, second kaler purple plak. hang ingt lagi x? hehe~ XD XD XD

Nurul Hidayah Isnin berkata...

wah..takpe2..aku bg can ko post kt sini..
mestila aku ingat!
aku jeles kot tgk beskal ko besau drpd aku dlu..
x lama lpas tu aku trus tukar basikal besau jugak..teruk kn perangai ak...
dlu ak pnah nek basikal g skolah..tp sbb kena sergah dgn biawak kt tp jalan, terus x bwk dah..
sudahnya g dua2 sek jln kaki je..wahaha!
a'ah..nasib kte sama je..penakut nk bwk beskal jauh2.. ko x berani..ak lak tkut dgn mak ak..isk..

mira mir berkata...

baik! -> merujuk kpd pesanan kak dek yah ttg SPA.

cmel beskal

Nurul Hidayah Isnin berkata...

baguih nooohh..
x moh putus2 asa ya mira.. huhu.
comel eh..? tgk r org yg beli beskal 2.
ayah akk comel kot..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka