Anda pengunjung blog ke :

Sabtu, 19 Mac 2011

Bila Ultraman Menjadi Lemah





Ultraman adalah satu ikon yang diterbitkan dari negara matahari terbit.
Bagi mereka yang tidak pernah menonton rancangan ini, biar saya ceritakan sedikit mengenai Ultraman.
Setelah penat berlawan, dia akan menjadi lemah dan LED didadanya akan menyala kemerahan
sambil berbunyi.. "teeneng...teeneng...teeneng!"
Pada masa ini, semua penonton akan menyangka
bahawa ultraman akan kalah dan musnah dihancurkan oleh rasaksa.
Namun ianya silap kerana pada saat inilah ultraman akan bangkit
dan menghasilkan satu kuasa dari tenaga terakhir yang luar biasa.
Dan selalunya atau secara stereotaipnya rasaksa yang mencari pasal akan musnah atau dihantar ke angkasa oleh ultraman menggunakan kuasa luar biasa terakhirnya.

Bukan ini yang saya nak ceritakan sebenarnya.
Secara tersirat, mesej cerita yang cuba disampaikan oleh negara timur ini adalah sangat mendalam.
Mesej yang cuba disampaikan adalah...
walaupun kita berada dalam keadaan lemah,
namun percayalah sebenarnya masih ada satu tenaga luar biasa yang kita ada untuk mengatasi kelemahan itu. (Ultraman ingat dia sorang je ada)

Sebagai contoh, semasa kita dikejar anjing..
Kita sebenarnya berada dalam keadaan yang LEMAH, iaitu KETAKUTAN.
Tetapi kita masih juga cuba untuk berlari disebabkan faktor dorongan tenaga luar biasa yang ada dalam diri serta tindak balas hormon adrenalin.
Tenaga luar biasa inilah yang menjadikan kita tidak mudah menyerah kalah.

Maka secara konklusinya,
bila anda, saya, dia, kita berada dalam keadaan yang lemah dan hampir musnah,
kita sebenarnya sedang menyimpan satu tenaga luar biasa yang harus kita gunakan sebaiknya sama ada ke arah kebaikan mahupun keburukan pada masa dan tempat yang betul.

Terpulang pada kebijaksanaan dan kerasionalan kita untuk menggunakan tenaga luar biasa itu secara maksimum. Selamat mencuba!




P/s : saya dalam keadaan lemah untuk hari ini dan esok... dan berharap tenaga luar biasa itu akan muncul dan dapat digunakan sebaiknya oleh saya.
Mode : Sedang berfikir bagaimana untuk menggunakan tenaga mahupun kuasa luar biasa secara optimum..Hurm..

2 ulasan:

Ila Aqilah berkata...

dekyah like ini entri walaupun ultraman sebagai contoh..hehe..gunakan kuasa yang kita ada dengan bijaksana..mudahkan qilah cakap? tp tu lah..huhu..

Nurul Hidayah Isnin berkata...

qilah..yang baik kita amek dr otromen.
yg kurang elok sprt kuat auta 2 sila jgn ambil ya.. hehe..

betul 2 ap yg kamu ckp..
dg2 tnpa kita sedar, kita mmg dah guna dgn bijaksana..=)
nk tahu mcm mn? lihat pd hasilnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka