Anda pengunjung blog ke :

Sabtu, 26 Mac 2011

Allah Selamatkan Kamu~

Dibaca dengan berlagu:
"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nurul Ashikin Hamzah
Allah selamatkan kamu!"

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 22..
saya ulang, yang ke 22 ... =P
diucapkan kepada sahabat sekampung saya, Shikin.

Trivia mengenai beliau:
  1. Sama-sama lompat kelas darjah 3 ke darjah 5 (dengan Ummu sekali).
  2. Rumah beliau di kuarters JPS tepi sungai.
  3. Seorang yang sentiasa merendah diri walaupun dirinya hebat.
  4. Sentiasa menjadi pesaing utama saya semasa di SKBE termasuk merebut kedudukan akhir dan kedua akhir dalam acara lumba lari.
  5. Nama adik beliau sama dengan nama saya..bangga2..=)
  6. Terputus hubungan seketika dengan beliau ketika di sekolah menengah.
  7. Kembali berhubung melalui teknologi facebook, telefon bimbit, dll...
  8. Selalu bertukar-tukar bekal sarapan pagi dengan dia semasa di SKBE sebab saya suka makan nasi goreng kampung mak dia.
  9. Sedang mengejar cita-citanya sebagai seorang doktor.
  10. Teman saya yang gila-gila atau lebih tepat sangat gila-gila kerana sudi melayan karenah saya yang tidak berapa gila.
Banyak lagi trivia yang saya nak tulis sebenarnya, tapi saya simpan dulu..
Mungkin untuk hari lahir beliau yang akan datang pula..

Maaf kerana lambat memberikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada anda lantaran kesibukan sebagai seorang guru praktikum di sekolah cemerlang telah membejatkan peluang saya untuk membuat ucapan.. (sila jangan terima alasan aku yang meloyakan tekak ini).

Ucapan dari saya adalah semoga beliau dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki, berjaya di dunia dan di akhirat,
mendapat jodoh yang baik,
mencapai cita-cita sebagai seorang doktor yang ikhlas berkhidmat untuk masyarakat,
menjadi anak yang berjasa kepada kedua orang tuanya,
dan sentiasa mendapat lembayung rahmat dari Allah.

Akhir kata, terimalah post ini seadanya...dan selamat maju jaya!

P/s : Siapa dia yang nama Shikin nih? Ha..gambar orang yang belah kanan kat bawah ni, tulah dia Shikin..


























Kuiz: Sila gariskan jawapan yang betul.

Mereka sedang (terkejut/ senyum / sengih / tahan gelak) apabila gambar mereka diambil oleh seorang wartawan Endau Buzz.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahhhaaa!!!! XD
trivia yg xbley blah! hehe~ nntikan trivia kamu di bulan jun akan datang~ hihi.
btw, tenx very much sbb ade satu post pasal me kat blog Ojolali Mampir ini~ wow~ XD XD XD
omg....bnyk mende nak komen pasal post ni...tpi tkut xcukup space plak kat sni~ xpe2...nnt me wat post spesel utk kamoo~ haha!!!
the best la ko!
p/s: sape la dayah yg xberapa gile tuh? haha!!!

o ye, ni me nak garis jwpn kpd quiz tu, "SEMUANYA"! hehe~

Nurul Hidayah Isnin berkata...

oh..tidak sabar menanti trivia bulan jun akan datang! haha
sama2..nk bagi hadiah pun ko duk jauh..
nnti2 lah aku bagi ya..
aku bagi satu hadiah berbentuk sebuah post dlm ruangan Ojo Lali Mampir dulu..hehe

hurm..ntah..sp ntah dayah 2.. nsb baik nm aku nurul hidayah. =P

*markah kuiz ko : 100%!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka