Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 15 Mac 2011

Acar Buah

Pernah tak anda ketagih jeruk atau asam?
Dan bila dah beli banyak-banyak rasa tak habis pula..
Nak buang sayang, nak makan pun tak larat.

Jangan buang jeruk-jeruk tu!!!
Kerana, anda boleh modifiedkan ia menjadi satu makanan baru iaitu..

ACAR BUAH

Bahan-bahan :
  1. lada kisar
  2. bawang besar (ditumbuk)
  3. gula putih
  4. gula merah
  5. gula batu
  6. garam
  7. buah jeruk dan asam (dipotong)
  8. cuka

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang merah dan lada kisar.
  2. Masukkan garam, gula putih, gula batu, gula merah berpatutan.
  3. Masukkan buah bila tumisan sudah naik bau.
  4. Masukkan sedikit cuka.
  5. Boleh disimpan lama sebagai lauk tambahan nasi.
P/s : Ada orang panggil nama dia acar buah tahun sebab acar ni boleh disimpan lama (mungkin setahun)!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka