Ziarah ini tidak lain tidak bukan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara kami yang rata-ratanya sudah 5-7 tahun tidak berjumpa disamping kembali mengingati dan mengenang semula jasa guru-guru yang setia melihat perubahan kami dari tahun 2001 hingga 2005.
Alhamdulillah program ziarah kami ini telah menjadi satu ruangan yang sangat bermanfaat untuk kami lebih berfikir tentang hidup.
Di kedai CENDOL (terima kasih kpd jurugambar :pelayan warung)
Di hadapan cermin Surau MJSC Mersing (oh..terlalu byk kejadian di sini..tiba2 teringat ketua warden)
Di hadapan dataran 3M
Bersama Ustaz Zawawi (Penolong pengetua HEP)
Penggulungan Cerita :
Tidak begitu ramai guru-guru kami yang kekal di situ dan boleh dihitung dengan jari.
Tapi tak mengapa kerana guru yang masih tinggal itulah sebenarnya yang kami cari-cari.
Walaupun hanya seketika sahaja sesi ziarah kami di MRSM Mersing, namun.. banyak kata-kata perangsang dan nasihat yang kami peroleh.
Antaranya :
Dipetik daripada Cikgu Rina:
"Kadang-kadang dalam hidup, ada benda yang kita perlu korbankan. Kita tak boleh tamak"
"Ingat pesan cikgu.. guru tak semestinya mesti berkahwin dgn guru.. byk2 berdoa moga ditemukan dengan yang baik untuk kamu"
"Kita berhak untuk memilih"
Dipetik daripada Ustazah I'shqi :
"Jangan lupa cari calon suami semasa belajar.. Belajar, belajar juga..tapi dah mula kena fikir soal masa depan"
"Berusahalah dari sekarang dan berdoalah moga didorongkan hati orang yang kita sukai kepada kita"
Dipetik daripada Cikgu Rohaizat :
"Kita perlu sentiasa gembira dan postif walau apa jua yang menimpa diri"
" Kekalkan awet muda anda" --yang ni sgt best dan membina!-
Apa yang saya dapat simpulkan di sini..
Rata-ratanya menasihatkan bahawa mencari jodoh itu penting.
Tetapi bukan maksudnya kita perlu menggatal sana-sini untuk mencarinya.
Dalam mencari bakal suami, doa itu adalah senjata yang ampuh.
Sentiasalah berdoa kepada Allah semoga dipertemukan dengan peneman hidup kita di hari tua dan kalau boleh sehingga ke syurga.
InsyAllah bila sampai masanya, segalanya akan dipermudahkan.
Jangan tunggu lama-lama dan pastikan bahagia menjadi milik kita.
Semua kata-kata dan nasihat ini akan saya jadikan pendorong untuk melalui kehidupan di zaman ini.
Saya sangat bersetuju dengan semua pendapat guru-guru saya itu.
Dan saya rasa masanya sudah tiba untuk saya.
Kerana manusia tidak akan menjadi semakin muda.
Mungkin sahabat-sahabat saya juga berfikiran yang sama.
Kawan-kawan, semoga kita sama-sama berjaya mengecapi bahagia.
Dan terima kasih banyak-banyak cikgu!
InsyAllah ada umur yang panjang kita berjumpa lagi..
2 ulasan:
sedihnya xdapat join...hukhuk:(
zue...isk3..2 la..kn best kalau kau pn ada..
Catat Ulasan