Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 21 Jun 2010

Lepat Pisang

Sketsa :

Pak Awang : Alahai, lapar pulak perut ni hah.. Abu! Ko tolong bawakkan pisang yang ayah sorokkan kat tepi peti ais semalam..

Abu : Baik ayah.. (oh, pandai ayah aku sorokkan pisang dia..takut kena kebas la tu..)


Pak Awang : Hah, da busuk pisang ni..!!!! Alahai Abu..knp cepat sangat pisang ni jadi buruk. Hish, tak nak la aku makan macam ni..

Abu : Sabarlah ayah..tak pe la bagi kat Abu je pisang ni.. (hah, tu la..sorok lagi pisang dari anak...kan da kualat tu).

Pak Awang : Eh, ko nak buat apa dengan pisang buruk tu? Bagi je la kat monyet-monyet belakang rumah tu..

Abu : Laaa...kan boleh buat LEPAT PISANG ayah..

Pak Awang : Macam mana???????

Abu : Macam ni....




BAHAN-BAHAN :

  1. 2 sikat pisang (yang sudah buruk).
  2. 1/2 kg tepung gandum.
  3. Sebiji kelapa (ambil santan yang pekat).
  4. Garam.
  5. Daun pisang disalai atas api dapur (untuk melembutkan daun)

CARA-CARA :
  1. Ganyang pisang yang sudah dikupas sehingga lumat.
  2. Masukkan sepucuk garam.
  3. Masukkan santan dua kali perahan (menambah rasa lemak dlm lepat).
  4. Masukkan tepung gandum. Harus diingatkan bahawa adunan tidak perlu terlalu likat kerana kuih akan menjadi keras.
  5. 3 sudu adunan dibungkus dalam daun pisang yang sudah dipotong-potong.
  6. Lepat dikukus selama setengah jam ke atas.
  7. Siap. Makan.

Nota Tambahan :
  • Antara nama lain bagi lepat pisang adalah belebet dan lemet.
  • Semua jenis pisang sesuai untuk dijadikan lepat kecuali....pisang nipah.

Sekian, salam lepat pisang..nyum2..=)

4 ulasan:

Ila Aqilah berkata...

favourite nenek qla..lemet..hehe..senang je sebenarnye ek..haha..

Nurul Hidayah Isnin berkata...

a'ah qil..bru ak tau snang je..
cuma nk ke x nk buat je..
bole la ko wat 2k nenek nnti~

Fiza Notty berkata...

dyah.. mmg sedap tp next time ko wat lembut cket tau.. mekasih bebanyak sanggup buatkan kitorang kueh y sedap tu.. :) syg ko..

Nurul Hidayah Isnin berkata...

hehe..a'ah..keras skit kn..sbb ak x snggup nk ltak santan byk2..kui3..sama2..
hehe..utk korg ap pn boleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka