Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 10 Jun 2010

Ke Kelantan

5 Jun 2010..

Sekitar jam 3.30 pagi di mana boleh la kalau aku katakan pagi2 buta lagi ayah sudah mengejutkan aku bersiap untuk bertolak ke Kelantan..
Selepas ayah aku beredar..aku kembali menarik selimut..
Tetapi ayah aku dtg kembali dan kali ini dengan jeritan.. "Adik, bangun!!!!!"
Bagaikan direnjat dengan kuasa elektrik bervoltan tinggi, aku terus bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi dek terlalu terkejut..

Perjalanan ke Kelantan di mulakan sekitar jam 4.30 pagi..
Disertai oleh dua buah kereta buatan Malaysia.
Aku ditugaskan memandu kereta berjasa Wira JDB 1059..

Perjalanan terhenti di Masjid Permatang Badak untuk menunaikan solat subuh pada jam 6.30 pagi.

Aku dan rombongan cik Kiah berhenti di sebuah tempat yang best!!
Apa nama tempat 2??
Kalau tak silap, tempat 2 adalah taman rekreasi di Kemaman, Terengganu.
Tempat ni sangat cantik kerana terletak di tepi sungai. (sekali kupandang macam sungai kt Endau).
Dah sampai sana..kami pun sarapan sama-sama.

mak selaku penaja makanan sarapan kami..

ayah sebagai pengarah projek

ayem selaku orang terpenting dalam perjalanan ini

Akak dan aku selaku tukang menyemak

Azhari bertindak sebagai pegawai JPJ

Lepas itu kami pun sambung lagi perjalanan sampai la ke Kuala Terengganu..

*Post kali ni sangat ntah hape-hape.. X baca pun x pe.. Tapi secara keseluruhannya penulis hanya ingin menyampaikan bahawa betapa lamanya penulis tidak berjalan2 bersama ayah bonda dalam perjalanan yang berjarak jauh.. DAN, penulis sangat gembira dengan perjalanan kali ini.. Kenapa?? Adalah sebabnya... ^_^

Jumpa lagi!

2 ulasan:

Ila Aqilah berkata...

kenapa penulis gembira bebenor ni?? nak tau gak sebabnya! haha..

Nurul Hidayah Isnin berkata...

huhu..gembira la..kita kat mna2 mesti gembira..insyAllah org kt sekeliling kita pn akn rs gembira...
(x mnjwb soalan)..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka