Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 29 Jun 2010

Ojo Nyenggol lah!!

Ini yang aku x faham tentang orang Malaysia (Singapura pun termasuk juga sbb mereka ada di Johor Bahru).

Kenapa mesti jadi "semberono" ketika memandu?

Kalau nak tukar lorong pemanduan di jalan raya, tak pandai guna signal kah??

Nak memotong pula.. Punyalah luas jalan di sebelah kanan..

Kenapa nak potong ikut kiri juga!

Lepas tu kalau dah tersenggol kereta orang.. ada korang nak bayar gant rugi?

Nak ketuk kemek pintu kereta sikit je dah makan RM450 tau x! (berdasarkan pengalaman)

Orang yang nampak kereta sebelah bagi signal pulak,

Kalau orang dah bagi signal tu.. Berbudi bahasa sedikit apalah salahnya..

Bagilah sedikit laluan.

Ini tidak, lagi disenggolnya kereta yang nak minta laluan tu.

Sombong, lain kali kalau ko minta laluan jgn harap la orang nak bagi.

Bersamalah kita menjaga keselamatan diri di jalan raya.

Memang kemalangan boleh terjadi di mana-mana..

Tapi, anda mampu mengubahnya.

Ojo Nyenggollah!!

Ahad, 27 Jun 2010

Cantiknya Gerhana Bulan!

Sedang penulis asyik mengemas bilik..
Penulis terkerling ke arah luar bilik..
Eh, kenapa langit malam ni cerah semacam??
Lantas penulis terus meluru ke luar dan melihat langit.
SubahanAllah...itulah perkataan pertama yang terpacul dari mulut penulis.
Cantiknya gerhana bulan malam ini!!!
Keindahan gerhana bulan pada malam ini turut penulis kongsikan bersama rakan-rakan searas di asrama.
Ingin ambil gambar.
Apakan daya, tidak ada kamera berteknologi tinggi.
Akhirnya, inilah yang dapat penulis ilustrasikan.
Dan tentunya tidak dapat membandingi keajaiban dan keindahan bulan ciptaan Allah S.W.T..


Gambar 1 :Proses kejadian Gerhana Bulan
Gambar 2 :Ilustrasi gerhana bulan yang telah dilihat.

*Cuba cari di mana bahagian umbra dan penumbra berdasarkan ilustrasi di atas?

Sekian, selamat pagi (malam sebanarnya). Penulis baru rasa ngantuk.

Rabu, 23 Jun 2010

Program Ziarah MRSM Mersing

Pada 22 Jun 2010, satu program ziarah telah dijalankan oleh saya dan sahabat-sahabat lama..
Ziarah ini tidak lain tidak bukan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara kami yang rata-ratanya sudah 5-7 tahun tidak berjumpa disamping kembali mengingati dan mengenang semula jasa guru-guru yang setia melihat perubahan kami dari tahun 2001 hingga 2005.
Alhamdulillah program ziarah kami ini telah menjadi satu ruangan yang sangat bermanfaat untuk kami lebih berfikir tentang hidup.

Pintu masuk utama MRSM Mersing (memang ada satu pintu je)



Dari kiri : Natasha Mohamad Idris, Nurul Hafiza Mohd Jani, Amalina Ismail, Nurul Hidayah Isnin

Di kedai CENDOL (terima kasih kpd jurugambar :pelayan warung)

Di hadapan cermin Surau MJSC Mersing (oh..terlalu byk kejadian di sini..tiba2 teringat ketua warden)

Di rumah roomate lama (Nurul Hidayah Zawawi..samakan nama kami!)

Bersama Ustazah Zawatil I'shqi.




Di hadapan dataran 3M

Bersama Ustaz Zawawi (Penolong pengetua HEP)

Bersama Cikgu Rinawati Dahlan (Cikgu Bahasa Melayu)

Bersama Cikgu Rohaizat Md Jamil (Cikgu Homeroom Adib 2001-2003)

Bersama Cikgu Juhaida (Cikgu Biologi saya)

Menghantar sahabat handai di stesen bas.. Jumpa lagi kawan-kawan..


Cikgu Rohaizat pun hantar kami pulang juga di stesen bas Mersing. Terima kasih cikgu!

Penggulungan Cerita :

Tidak begitu ramai guru-guru kami yang kekal di situ dan boleh dihitung dengan jari.
Tapi tak mengapa kerana guru yang masih tinggal itulah sebenarnya yang kami cari-cari.
Walaupun hanya seketika sahaja sesi ziarah kami di MRSM Mersing, namun.. banyak kata-kata perangsang dan nasihat yang kami peroleh.

Antaranya :

Dipetik daripada Cikgu Rina:
"Kadang-kadang dalam hidup, ada benda yang kita perlu korbankan. Kita tak boleh tamak"
"Ingat pesan cikgu.. guru tak semestinya mesti berkahwin dgn guru.. byk2 berdoa moga ditemukan dengan yang baik untuk kamu"
"Kita berhak untuk memilih"

Dipetik daripada Ustazah I'shqi :
"Jangan lupa cari calon suami semasa belajar.. Belajar, belajar juga..tapi dah mula kena fikir soal masa depan"
"Berusahalah dari sekarang dan berdoalah moga didorongkan hati orang yang kita sukai kepada kita"

Dipetik daripada Cikgu Rohaizat :
"Kita perlu sentiasa gembira dan postif walau apa jua yang menimpa diri"
" Kekalkan awet muda anda" --yang ni sgt best dan membina!-

Apa yang saya dapat simpulkan di sini..

Rata-ratanya menasihatkan bahawa mencari jodoh itu penting.
Tetapi bukan maksudnya kita perlu menggatal sana-sini untuk mencarinya.
Dalam mencari bakal suami, doa itu adalah senjata yang ampuh.
Sentiasalah berdoa kepada Allah semoga dipertemukan dengan peneman hidup kita di hari tua dan kalau boleh sehingga ke syurga.
InsyAllah bila sampai masanya, segalanya akan dipermudahkan.
Jangan tunggu lama-lama dan pastikan bahagia menjadi milik kita.

Semua kata-kata dan nasihat ini akan saya jadikan pendorong untuk melalui kehidupan di zaman ini.
Saya sangat bersetuju dengan semua pendapat guru-guru saya itu.
Dan saya rasa masanya sudah tiba untuk saya.
Kerana manusia tidak akan menjadi semakin muda.
Mungkin sahabat-sahabat saya juga berfikiran yang sama.

Kawan-kawan, semoga kita sama-sama berjaya mengecapi bahagia.
Dan terima kasih banyak-banyak cikgu!
InsyAllah ada umur yang panjang kita berjumpa lagi..

Isnin, 21 Jun 2010

Lepat Pisang

Sketsa :

Pak Awang : Alahai, lapar pulak perut ni hah.. Abu! Ko tolong bawakkan pisang yang ayah sorokkan kat tepi peti ais semalam..

Abu : Baik ayah.. (oh, pandai ayah aku sorokkan pisang dia..takut kena kebas la tu..)


Pak Awang : Hah, da busuk pisang ni..!!!! Alahai Abu..knp cepat sangat pisang ni jadi buruk. Hish, tak nak la aku makan macam ni..

Abu : Sabarlah ayah..tak pe la bagi kat Abu je pisang ni.. (hah, tu la..sorok lagi pisang dari anak...kan da kualat tu).

Pak Awang : Eh, ko nak buat apa dengan pisang buruk tu? Bagi je la kat monyet-monyet belakang rumah tu..

Abu : Laaa...kan boleh buat LEPAT PISANG ayah..

Pak Awang : Macam mana???????

Abu : Macam ni....




BAHAN-BAHAN :

  1. 2 sikat pisang (yang sudah buruk).
  2. 1/2 kg tepung gandum.
  3. Sebiji kelapa (ambil santan yang pekat).
  4. Garam.
  5. Daun pisang disalai atas api dapur (untuk melembutkan daun)

CARA-CARA :
  1. Ganyang pisang yang sudah dikupas sehingga lumat.
  2. Masukkan sepucuk garam.
  3. Masukkan santan dua kali perahan (menambah rasa lemak dlm lepat).
  4. Masukkan tepung gandum. Harus diingatkan bahawa adunan tidak perlu terlalu likat kerana kuih akan menjadi keras.
  5. 3 sudu adunan dibungkus dalam daun pisang yang sudah dipotong-potong.
  6. Lepat dikukus selama setengah jam ke atas.
  7. Siap. Makan.

Nota Tambahan :
  • Antara nama lain bagi lepat pisang adalah belebet dan lemet.
  • Semua jenis pisang sesuai untuk dijadikan lepat kecuali....pisang nipah.

Sekian, salam lepat pisang..nyum2..=)

Rabu, 16 Jun 2010

I Asked

I asked for strength...
And God gave me difficulties to make me strong.

I asked for wisdom...
And God gave me problems to solve.

I asked for prosperity...
And God gave me a brain and brawn to work.

I asked for courage...
And God gave me danger to overcome.

I asked for love...
And God gave me trouble people to help.

I asked for favours...
And God gave me opportunities.

I asked nothing I wanted...
I receiving everything I needed.

My prayer has been answered.


-Taking from Warta Magazine (Jabatan Agama Johor)-

Isnin, 14 Jun 2010

Mari Belajar Bahasa Jawa - Siri 6

Pada 12 Jun yang lalu. Penulis secara sendirian telah diberikan tugasan khas iaitu menghantar ibu bapa penulis menziarahi sanak saudara di kampung di Parit Haji Ali dan Parit Rasipan, Batu Pahat. Banyak yang terjadi pada hari itu.. Satu persatu memberi kejutan yang maha hebat kepada penulis sehingga hampir sahaja melemahkan semangat. Tapi tak mengapa! Kerana itulah yang dipanggil kehidupan. Manusia akan bertambah hidup apabila mereka ditimpa masalah. Oleh itu, jangan lari dari masalah!

Maka pada paparan kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak perkataan-perkataan dalam Bahasa Jawa yang boleh digunakan dalam perualan seharian.

Sumber :
  1. Perbualan bersama dengan warga emas yang masih menggunakan Bahasa Jawa secara menyeluruh.
  2. Melalui pemerhatian dan pendengaran pada perbualan masyarakat setempat.

Bien = dahulu
Ono = ada
Ragil = anak bongsu
Karo = dengan
wareki = dikenyangkan
Nang = di
Rono-rono = kehulu-kehilir
wong loro = orang sakit
kabeh = semua
N'di = mana
Saieki = sekarang
Teko = sampai
Lungo = pergi
Wes = sudah
Lanang = anak lelaki
Wedhok = anak perempuan


Pengajaran di sepanjang perjalanan pada hari tersebut :
  1. Jangan takut meminta ganti rugi kpd apa2 shj kenderaan yang melanggar/ menyondol/ bergesel dgn kenderaan anda. Itu salah mereka dan bukan salah anda.
  2. Bertenang dalam apa jua situasi.
  3. Jangan blurr dan cepat menyalahkan diri sendiri.
  4. Jangan jadi pengecut.
  5. Gunakan lampu signal semaksimum yang mungkin.
  6. Awas dengan blindspot.
  7. Kena belajar lebih bahasa jawa. (Padan muka! Kan dah x faham org cakap apa).
  8. Umbut kelapa tu sedap juga rasanya.. Igtkn x sedap.
  9. Menziarahi sanak saudara dapat menhapuskan dosa-dosa kecil kita (ayah yang kata).
  10. Mengambil iktibar dengan setiap cerita yang didengar dan tidak mencela @ menghina orang yang kurang bernasib baik.
Sampai di sini sahaja.. Sehingga hari ini, perasaan bersalah masih tersemat kukuh dalam hati penulis atas kejadian yang menimpa. Maaf ayah..

Ahad, 13 Jun 2010

Sayur Pucuk Ubi Lemak

Kalau Ila Aqilah, dah bercerita tentang Labu Masak Lemak diblognya..maka kali ini saya ingin berkongsi sedikit masakan kampung yang semakin tidak dilihat oleh orang-orang muda masa kini iaitu...

Pucuk Ubi Masak Lemak

Penyediaan daun pucuk ubi:
  1. Daun dijelur/direndam dalam air.
  2. Air direbus dahulu dengan campuran sedikit minyak masak. Tunggu hingga mendidih.
  3. Pucuk ubi direbus hingga lembut.
  4. Pucuk ubi dibasuh dengan air biasa sehingga hilang rasa pahit.
Penyediaan masak lemak:
  1. Bagi 3 ikat sayur pucuk ubi, 4 ulas bawang putih dan 1 bawang besar diperlukan.
  2. Garam, bawang2 dan sejemput bilik di tumbuk halus (bilis ditumbuk kasar).
  3. Bahan2 tadi ditumis.
  4. Masukkan santan secukupnya. Tunggu hingga mendidih
  5. Masukkan pucuk ubi tadi.
  6. Masukkan 2 sudu gula.
  7. Tunggu hingga mendidih. Jgn lupa kacau!
  8. Dah siap..
Sekian...

Sabtu, 12 Jun 2010

9 JUN 2010

Here's Come The Baby!!!




This is the baby who had been cursed by me to born on 9th June 2010.

Name : Nur Zahirah Binti Jefridin
Gender : Female
Date of Birth : 9 June 2010
Place of Birth : Hospital Seremban, Negeri Sembilan
Time of Birth : 11.30 p.m
Weight : 3.2 kg
Parents : Jefridin and Norhayati
Siblings : Fathullah Luqman and Ilham
Rank of Haji Isnin's Grandchild : 16

"Welcome to the world and to the Haji Isnin's Family girl! Your aunt will always hope for you to be a good girl at the future..InsyAllah"

Jumaat, 11 Jun 2010

Munajat Seorang Hamba

Artist: Hijjaz

Album: Cahaya Ilahi


Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

Tempat hamba kembali nanti di sana...


Khamis, 10 Jun 2010

Now, I am 21.


Just a simple cake cost only RM30. Can not afford expensive cake because the decreasing of allowance allocation. But it is fine as long as everybody can eat that equally.

Reciting 'doa selamat' prayer by my beloved father.
Such a long 'doa' and I am so touched with the doa.

My handsome father and I

My beautiful mother and I

Hanani and Fahim (the most excited person during the kenduri)


Alhamdulillah, now I am 21 years old. But sincerely, I felt that nothing had changed by the increasing of the age. However, the most important thing that should be change are the way how I'm thinking, how I'm managing my life, and how I make a relationship, socializing and connecting with the people around me. That is the parts that I should change parallel with the changing of age. Besides, age is just a number. Change. Is the thing that I should do now.

I would like to show my gratitude via this post to all of peoples which had give me a very valuable, lovable, cute, and make my heart vibrating harder with all of the sincere gifts. May God bless all of you. And not to forget the people who had been responsible for helping me organizing the kenduri and the person who came to the kenduri on that day. Thank you very much.

I felt a little a bit sob because not all of my siblings were there. But, I am understand that they had their own reason for not attending the kenduri. Never mind.

On this day, I also get a very special surprise when my sister deliver her new baby girl's birth on the same day with my birthday. The girl born on 11.30 pm with the weight 3.2kg. I wonder if she put her daughter name with 'Hidayah' too.. I hope it won't happen. At the same time, I also felt guilty because I had cursed her baby to be born on 9th June. Oh God, please forgive me.. And thank you Allah for granted my do'a.

For mom and dad, thank you for giving me a great chance to see this bright world. Without both of you and permission by Allah, I'll never been here for 21 years.

At last, I hope this 21st age will be the improvement stage.. In every way that I take and in very step that I make. Dear God, please show me through the right way. Amin.

XPDC Ke Air Terjun Jeram Pasu, Pasir Puteh

Masa bertolak : 8.30 pagi
Melalui jalan utama ke Kota Bahru..



Gelongsor tempat pelancong bermandi manda.

Pandangan Jeram Pasu dari jarak jauh

"Saya tak gentar dengan air" (Amani-10 bulan)

Menangis kerana takut air, tapi sempat buat peace.. Hai budak..budak..

Tangga untuk ke bahagian Jeram yang lebih tinggi.

Puan Rahmah dan keluarga

Pertama kali jumpa buah rambutan hutan

Hanya mampu bertindak sebagai jurugambar.

*Nak pergi Jeram Mak Nenek pula lepas ni... =)

Ke Kelantan

5 Jun 2010..

Sekitar jam 3.30 pagi di mana boleh la kalau aku katakan pagi2 buta lagi ayah sudah mengejutkan aku bersiap untuk bertolak ke Kelantan..
Selepas ayah aku beredar..aku kembali menarik selimut..
Tetapi ayah aku dtg kembali dan kali ini dengan jeritan.. "Adik, bangun!!!!!"
Bagaikan direnjat dengan kuasa elektrik bervoltan tinggi, aku terus bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi dek terlalu terkejut..

Perjalanan ke Kelantan di mulakan sekitar jam 4.30 pagi..
Disertai oleh dua buah kereta buatan Malaysia.
Aku ditugaskan memandu kereta berjasa Wira JDB 1059..

Perjalanan terhenti di Masjid Permatang Badak untuk menunaikan solat subuh pada jam 6.30 pagi.

Aku dan rombongan cik Kiah berhenti di sebuah tempat yang best!!
Apa nama tempat 2??
Kalau tak silap, tempat 2 adalah taman rekreasi di Kemaman, Terengganu.
Tempat ni sangat cantik kerana terletak di tepi sungai. (sekali kupandang macam sungai kt Endau).
Dah sampai sana..kami pun sarapan sama-sama.

mak selaku penaja makanan sarapan kami..

ayah sebagai pengarah projek

ayem selaku orang terpenting dalam perjalanan ini

Akak dan aku selaku tukang menyemak

Azhari bertindak sebagai pegawai JPJ

Lepas itu kami pun sambung lagi perjalanan sampai la ke Kuala Terengganu..

*Post kali ni sangat ntah hape-hape.. X baca pun x pe.. Tapi secara keseluruhannya penulis hanya ingin menyampaikan bahawa betapa lamanya penulis tidak berjalan2 bersama ayah bonda dalam perjalanan yang berjarak jauh.. DAN, penulis sangat gembira dengan perjalanan kali ini.. Kenapa?? Adalah sebabnya... ^_^

Jumpa lagi!

Selamat Bertunang Ayem !

Agenda : Majlis Pertunangan Abdul Rahim Bin Isnin dan Nin Harlina Yusof
Tarikh : 6 Jun 2010
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Ketereh, Kelantan


Ayem dan Kak Nin


Ayem, aku, Kak Nin, akak


Sesi Rundingan 2 pihak. Isu : Hal2 perkahwinan.


Akak, mak, Along


Kak Ina, Siti, Hanani, Mak









Hantaran dari pihak lelaki (serba ungu).


Hantaran dari pihak perempuan (serba oren).


*Tiba-tiba aku rasa sebak, terharu, sayu, gembira dan bermacam-macam rasa lah yang ada bila melihat abang aku akhirnya sudah menemui kebahagaiannya sendiri.
Semoga jodohnya berkekalan.. InsyAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka