Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 27 Jun 2011

Mari Belajar Bahasa Jawa - Siri 7

Assalamualaikum... bertemu lagi kita dalam ruangan ini.
Hari ini tak banyak yang ingin dikongsi dan hanyalah dengan tajuk "Tempat dan Arah".





Duor = Di atas = Above

Ngisor = Di bawah = Under








Lor = Utara = North

Kidul = Selatan = South

Pulon = Barat = West

Wetan = Timur = East


Jumaat, 17 Jun 2011

Pengat

Bahan-Bahan :
  1. Tepung
  2. Garam
  3. Santan - 1 biji kelapa
  4. Air panas
  5. Gula kabung
  6. Daun pandan - 4 helai
  7. Biji sagu
  8. Pisang tanduk

Cara- Cara :

1) Menyediakan Adunan Tepung
- Tepung 0.5 kg
- Garam 1 sudu
- Air panas





2) Rendam biji sagu ke dalam air sehingga kembang.




3) Menyediakan kuah pengat.

- Santan
- Garam - satu sudu
- Gula kabung - 1 ketul
- Daun pandan diikat dan dimasukkan
- Biarkan santan sehingga cukup panas / mendidih





4) Tepung yang sudah digaul dengan air panas tadi dikecil-kecilkan dan dimasukkan ke dalam santan yang mendidih.
Celup tangan di dalam air supaya tepung mudah dibentuk dan tidak melekit pada tangan.





5) Tepung dimasukkan kesemua dan santan perlulah digaul sekali sekala.




6) Setelah kesemua tepung dimasukkan, masukkan biji sagu tadi.
Pengat tepung siap!




7) Boleh juga dimasukkan pisang tanduk yang sudah direbus.
Pengat pisang siap!




Sekian, Selamat Mencuba~

Rabu, 15 Jun 2011

4 Ciri Ahli Syukur

Teka-teki : Siapakah orang yang paling beruntung di dalam dunia?

Jawapan 1 : Orang yang paling beruntung dalam hidup ini adalah orang yang dilimpahi harta banyak, pangkat dan gelaran yang tinggi sahaja.
Jawapan 2 : Orang yang tinggal di Bukit Beruntung (Ah Long)

SEMUA JAWAPAN SALAH!!

Jawapan Sebenar:
1. Orang yang diberi nikmat kemudian ia bersyukur.
2. Orang yang ketika diberi ujian Allah kemudian ia bersabar





Bersyukur dan bersabar membuatkan kita lebih dekat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu, orang yang dekat dengan Allah adalah sangat beruntung.
Bagaimana untuk menjadi manusia yang bersyukur?

Ada 4 Ciri Ahli Syukur.

CIRI 1 : Sekecil apa pun nikmat pasti akan disyukurinya.

Merasa kebahagiaan sehinggakan ke hal-hal yang kecil. Berbeza dengan orang yang tidak tahu bersyukur yang mana sentiasa letih dan lelah dengan nikmat yang belum ada. Akhirnya wujudlah pepatah melayu, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Sedarlah bahawa sikap syukur itulah yang membuat ia menjadi nikmat.



CIRI 2 : Selalu memuji Allah dalam setiap kesempatan
.

Setiap kali mendapat pujian, tidak merasa itu miliknya. Setiap perkara yang membuatkan kita dipuji itu sebenarnya semua adalah kurniaan Allah. Sebaik-baiknya adalah memulangkan pujian itu semula kepada Allah dengan melafazkan kalimah Alhamdulillah(segala puji hanyalah bagi Allah).



CIRI 3 : Selalu berterima kasih kepada orang yang menjadi jalan nikmat bagi dirinya.


Semua nikmat pasti ada asal-usulnya. Mungkin nikmat kita melalui seseorang. Orang yang bersyukur akan mudah sekali untuk merenung dan mengingati kebaikan orang lain dan membalasnya.



CIRI 4 : Selalu memanfaatkan nikmat yang ada untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Lisan =
Mengucapkan Alhamdulillah, berterima kasih kepada manusia.
Dahi = Dipakai untuk bersujud.
Mata = Melihat kebenaran ilmu dan Al-Quran
Lidah = Menyebut nama Allah, berdoa, menasihati kebaikan dan kebenaran
Harta kekayaan = dinafkahkan ke jalan Allah



12 June 2011 - After 10 years

True Friends


Happy 10th years anniversary on 2nd May 2011
my all dearest friends.

2nd May 2000 is the day when the first time we met.
2nd May 2000 is the first day when we start to learn for being independent.
2nd May 2000 is the first day we crying together because of homesick.
2nd May 2000 is the day when the first time we handling the pressure of orientation week.
2nd May 2000 had teach us how to fight, quarrel, and how to make it up.
2nd May 2000 had made us always alert and running for the eating time.
2nd May 2000 had created our togetherness especially when we get punished from warden.
2nd May 2000 the day when we start to learn how to be and how to get a friend.
2nd May 2000 is the historical date which creating our endless friendship till now.
Thank you Allah for giving us the meaningful story of 2nd May 2000.







Alhamdulillah, Allah still gives me a chance to meet my old roommates.
Sharing the happiness, the sadness, the dreams, the experience.
And I hope to see them again which I can't tell it when.


Selasa, 14 Jun 2011

Kunjungan Balas Wakil Madrasah An-Nikmah, Kemboja


Rentetan lawatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim ke Bumi Kemboja tahun lalu
rujuk paparan ini http://endautown.blogspot.com/2010/11/hello-kampuchea-hari-2.html

Maka pada 10 Jun 2011 yang lalu, wakil dari Madrasah An-Nikmah,
Kampong Chukronyah, Kemboja telah mengadakan
kunjungan balas ke Johor Bahru.

Kunjungan ini telah disertai oleh mudir (guru besar) madrasah An-Nikmah, Uztaz Muhammad dan anak muridnya yang berusia 16 tahun iaitu Nurazizah Binti Abd Qadir. Manakala murid-murid madrasah An-Nikmah yang selebihnya telah dihantar ke madrasah di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain bagi menyambung pelajaran.

Adik Nurazizah Binti Abd Qadir telah menjadi wakil negara Kemboja dalam Musabaqah Al-Quran Peringkat Asian anjuran PERYATIM di Seremban, Negeri Sembilan dalam kategori menengah rendah . Negara Kemboja telah berjaya meraih tempat ketiga selepas Malaysia dan Indonesia. Tahniah diucapkan.



10 Jun 2011
5.30 pm : Tiba di IPG Kampus Temenggong Ibrahim dari lapangan terbang Senai.
9.00 pm : Jamuan di kafetaria

11 Jun 2011
9.00 am : Membawa pelawat dari Kemboja melihat suasana Johor Bahru.
12.30 pm : Makan tengahari
2.00 pm : Menghantar pelawat ke Larkin Sentral menaiki bas menuju ke Selangor.








Dari kiri : Bulat & Syafie (JPP ke-46), Ustaz Muhammad, Haji Mohd Nordin




Dari kiri : Puan Nor, Adik Nurazizah Binti Abd Qadir. Natasha (sahabat lama penulis)




Adik Azizah dan penulis


Walaupun kunjungan mereka hanyalah dalam masa yang singkat,
namun kami berasa gembira kerana dapat berpeluang menyambut orang-orang Kemboja ke sini setelah layanan yang baik telah mereka berikan sepanjang kami berada di sana dahulu.

Terima kasih kepada Tuan Haji Nordin kerana menjemput saya untuk sama-sama menyertai sambutan ini. Tahniah kepada rakan-rakan yang bersama-sama dengan saya untuk program kali ini iaitu Hazwan, Syafie, Bulat, dan Natasha. Anda semua sangat hebat.

Semoga mereka tidak serik untuk berkunjung ke Johor Bahru lagi selepas ini. Mudah-mudahan.


- Laporan Tamat -


* Azizah pernah cakap saya Siem .. Haha..malu.. Okhunchran... =)


Meriki Bukit Gambang (Ep Akhir)

Seperti yang diceritakan pada post yang lepas,
terdapat pameran barang-barang lama di Bukit Gambang.

Selain itu, terdapat juga...

PAMERAN PENYU DAN SPESIS IKAN TERANCAM DI MALAYSIA

Tiket Masuk:
Dewasa : RM3.00
Kanak-Kanak : RM1.00





Terdapat anak-anak penyu di dalam kedua-dua kotak hijau itu. Dan faktor tarikan itulah yang menjadikan saya berminat untuk mengunjungi pameran tersebut.


SPESIS PENYU YANG TERANCAM

# 1 : Penyu Lipas





# 2 : Penyu Agar





# 3 : Penyu Belimbing






# 4 : Penyu Karah









Model Penetasan Penyu





SPESIS IKAN YANG TERANCAM


#1 : Ikan paus







#2 : Dugong






#3 : Ikan Lumba






#4 : Ikan Temoleh





#5 : Ikan kelah






#6: Ikan patin lawang






#7 : Ikan Kelisa







Kajian Satelit Telemetri yang menggunakan model penyu
merupakan salah satu usaha kerajaan
untuk mengkaji dan memantau faktor kepupusan
penyu dan ikan di Malaysia.




Hasil kajian mendapati kebanyakan kepupusan penyu dan ikan terjadi
akibat pencemaran air dan pembuangan sisa-sisa sampah di laut dan sungai.

Ini menyebabkan haiwan-haiwan lautan ini termakan sisa-sisa sampah,
tercekik, sukar bernafas, dan akhirnya mati.

Oleh itu, saya menyeru kepada pembaca di luar sana supaya
menjaga kebersihan alam sekitar
dan tidak mencemarkan sungai dan laut.

Ingat bahawa kita dan haiwan-haiwan ini sama-sama memerlukan air untuk meneruskan kehidupan di muka bumi Allah yang maha luas ini.

Bersyukurlah, dan buktikan cara kita mensyukuri nikmat tuhan
dengan menjaga anugerah pemberian-Nya. InsyAllah.

Meriki Bukit Gambang

Dahulu, apa yang saya tahu..
Di Gambang, Pahang hanya ada Kolej Matrikulasi saya.
Sekali lagi saya datang, wah! Sudah ada Waterpark Gambang.

Menariknya! Apa yang ada di sini?



Papan tanda yang cantik




Taman Tema Air yang besar.



Kedai yang menjual barang kenangan dari Bukit Gambang.




Bayaran masuk mengikut kategori.
Pada pendapat anda mahal atau tidak?



Pintu masuk dengan seni bina yang mengagumkan.


Okeh, dipendekkan cerita sebenarnya saya tak masuk pun dalam ni.
Saja je tengok-tengok apa yang ada.
Selidik harga pun ya juga.
Rasanya pantai kat Endau pun boleh mandi-mandi macam di sini.


Sementara di tingkat atas bangunan di Bukit Gambang,
ada sebuah pameran barangan lama.
Dan saya selaku peminat segala pameran pun terus melulu ke sini.
Antara objek yang menarik minat saya adalah :


Mesin kira



Mesin taip



Kalkulator



*Entri lawatan ke Bukit Gambang akan bersambung....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka