Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 26 Oktober 2010

Terima Kasih E-Mates

Maaf, agak lambat post ini dikeluarkan daripada tarikh asal program..

Butir-butir program :

Program : Hari Karnival Kolej Kediaman IPG KTI 2010
Tarikh : 9 Oktober 2010
Masa : 8.00 pagi - 10.30 malam.

8.00 pagi
Perasmian Hari Karnival oleh pengarah IPG KTI
disaksikan oleh para warden, JPP, ketua dan penolong ketua kolej kediaman.

9.00 pagi - 12 tengahari
Lawatan ke kolej kediaman H,G,A,B,C,D,E,F.

9.00 malam
Perasmian Penutupan Karnival Kolej Kediaman 2010
-Pertandingan persembahan mengikut kolej kediaman
-Penyampaian hadiah
-Malam anugerah 3K

----------------------------------------------------------

Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan khususnya kepada warden kolej kediaman blok E, Haji Mohd Nordin Bin Monel dan Puan Rohaya Binti Ismail yang sedia memberikan bantuan, sokongan, dan semangat kepada warga siswa guru kolej kediaman blok E sepanjang masa.

Kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010 khususnya kepada biro kediaman, tahniah kerana berjaya menganjurkan program yang hebat seperti ini.

Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat penolong ketua, setiausaha, bendahari, ketua aras, dan jawatankuasa-jawatankuasa kolej kediaman blok E yang berhempas pulas mengembleng tenaga, idea, dan wang ringgit sepanjang Kernival Kolej Kediaman 2010.

Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan kepada SEMUA warga kolej kediaman blok E yang telah bersama-sama mengorbankan masa, tenaga, usaha, dan komitmen sepanjang berlangsungnya persiapan Hari Karnival Kolej Kediaman IPG KTI 2010.

Tuhan sahaja yang dapat membalas budi dan jasa kalian dan tahniah kerana kita telah mendapat piala 'Anugerah Khas Kolej Kediaman' dan telah mendapat gelaran 'Kolej Kediaman Prihatin'.
Jangan ditanya mengapa gelaran itu yang kita dapat, sebaliknya cuba untuk menjadi siswa guru yang prihatin terhadap masyarakat dan dunia di sekeliling kita selaras dengan gelaran yang diterima. =)

Akhir kata..terima kasih kepada semua yang terlibat.
Seronok bekerjasama dengan siswa guru blok E.
Semoga perasaan seronok ini akan berkekalan hingga ke masa akan datang.

-TAMAT-

------------------------------------------------------------------

Sedikit kenangan yang diabadikan dalam bentuk foto:


Kolej Kediaman Blok E (nama lain : E-hostel)


Kawasan rehat, riadah, rekreasi E-hostel



Bilik rehat E


Kolej Kediaman Prihatin



Anugerah Khas Kolej Kediaman

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka