Anda pengunjung blog ke :

Jumaat, 29 Oktober 2010

Tuhanku



tuhanku,
andainya aku menangis,
kuharap tangisan itu tidak melebihi tangisanku kerana takutkan azabMU.

tuhanku,
andainya aku bersedih,
semoga kesedihan itu tidak melebihi kesedihanku kerana banyak melakukan dosa kepadaMU.

tuhanku,
andainya aku bermurung,
semoga kemurunganku tidak melebihi kemurunganku kerana merisaukan amalanku yang tidak seberapa itu.

tuhanku,
andainya aku bergembira,
kuharap kegembiraan itu tidak melebihi kegembiraanku tatkala merasai manisnya beriman dengan namaMU.

tuhanku,
andainya aku sibuk,
kuharap kesibukkan itu tidak melebihi kesibukkan aku dalam mengejar pahalaMU.

tuhanku,
andainya aku jatuh cinta,
semoga cinta itu tidak melebihi cintaku padaMU serta rasul utusanMU.

tuhanku,
andainya aku ditimpa kecelakaan,
kuharap rasa itu akan membuatku lebih dekat kepadaMU.

tuhanku,
andainya tiada lagi hari esok buatku,
ku memohon kepadaMU..
matikanlah daku dalam Iman dan Islam sebelum aku pergi bersujud dihadapanMU.

tuhanku,
perkenankanlah doaku ..Amin..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amin :'(

'Cikgu Padi' berkata...

amin...tulisan yang menarik...tq atas perkongsian...

Abang Bulat berkata...

=)
tulisan sendiri??

Nurul Hidayah Isnin berkata...

dayah : amin..jgnla nangis..sbb pendek sgt ea karya aku ni? huhu.. ok2 len kali ak bagi pnjg lg.

cikgu padi : terima kasih kembali.. masih lg bertatih dlm bidang penulisan..

abg kapas : a'ah..tulis sendiri. amacam?

Abang Bulat berkata...

tak tih..tak tih....haha..
sweet word...adakah dtg nya dri ati???

Nurul Hidayah Isnin berkata...

dari hati, dari pengalaman yg lalu, dari hasil pembacaan.. cuma xde literature review je..hhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka