Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 17 Mac 2010

Muffin

Assalamualaikum..bertemu kembali..tp kali ni dlm ruangan gosip resepi..

Kebanyakkan buku2 masakan dan kek menyediakan kandungan resepi mereka dalam bentuk gram (gm). Dan ini amat menggeramkan saya.. Kerana, saya tidak ada alat penimbang di rumah!

Lantas dengan itu, sy telah memecut ke Tunas Manja Tanjung Gemuk utk mendapatkn alat penimbang berharga RM9.90 (comel je alat tu)..

Akhirnya dengan rasa senang hati.. Sy menukar kesemua unit gram dalam resepi membuat muffin itu kepada unit 'cawan'.

MUFFIN (Untuk 30 biji muffin)

BAHAN_BAHAN :
  1. 6 cawan tepung blue key
  2. 1.5 cawan gula halus
  3. 1.5 cawan susu segar
  4. 1 buku mentega
  5. 4 biji telur
  6. 2 penutup esen vanilla
  7. 1 sudu tepung naik sendiri
  8. Serbuk koko (Vann Houten)
CARA NAK BUAT :
  1. Pukul mentega dulu smpai kembang..
  2. Adun mentega + gula halus + telur + asen vanilla + susu segar.
  3. Masukkan adunan tepung blue key dan tepung naik sendiri yang dah disukat tadi.
  4. Asingkan sedikit adunan tadi (kalau anda nak campur dengan serbuk koko).
  5. Jika sudah diasingkan, masukkn sesudu adunan asli + sesudu adunan yang ada koko.
  6. Masukkan adunan dalam cawan muffin.
  7. Bakar 15-20 minit.
  8. Makan.
Yang dah siap

Sebelum dibakar

Selepas dibakar

Perasan x ada 2 muffin yang berlubang di situ? Hah, itu merupakan salah satu kesan eksperimen untuk membuktikan yang muffin itu telah masak..


* Lepas ni berazam nak tukar semua resepi-resepi yang ada unsur unit "gram" kpd unit-unit yang lebih mudah dan ada di sekelilimg dapur (cth: cawan, sudu, penutup botol, dll)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka