Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 10 April 2011

7 pintu neraka Jahanam

Neraka Jahanam ada 7 Pintu

7-7 pintu tu adalah disebabkan oleh 7 anggota badan manusia.

Anggota 1: MATA

Kenapa Allah Anugerahkan kita sepasang mata?
  • Untuk melihat tempat yang gelap
  • Boleh melihat benda-benda atau perkara yang indah
  • Dapat melihat segala yang ajaib di Bumi
  • Boleh melihat kebesaran Allah yang menunjukkan zat Allah

PELIHARALAH mata kita dari 4 perkara :

  1. Melihat perempuan asing (ajnabi) iaitu orang yang boleh kita kahwini.
  2. Melihat perkara yang boleh menaikkan syahwat
  3. Melihat saudara muslim dengan pandangan yang menghinakan
  4. Melihat segala perkara yang aib.
Anggota 2 : TELINGA

Kenapa Allah Anugerahkan kita juga sepasang telinga?

  • Untuk mendengar bacaan Al-Quran dan hadis.
  • Mendengar kata-kata hikmat dari para wali Allah dan ulama.

PELIHARALAH telinga kita dari 4 perkara :

  1. Mendengar segala perkara yang menjadi bidaah (drama-drama mistik di TV pada hari ini).
  2. Mendengar orang yang mengumpat. "Orang yang mendengar itu adalah sekutu orang yang mengata"- hadis. Ini bermaksud, dosa orang yang mendengar adalah sama dengan dosa orang yang mengumpat.
  3. Mendengar perkataan yang keji (mencarut).
  4. Mendengar perkataan yang batil dan sia-sia. "Siapa yang sibuk dengan keburukan orang, maka dia tak akan nampak kebaikan yang ada pada orang lain, dia juga tak nampak keburukan pada diri sendiri".

Anggota 3 : LIDAH

Bagaimana menjaga lidah?

  • Memperbanyak zikir kepada Allah
  • Pelihara lidah dari bercakap bohong. "Jangan bersenda dengan cara berdusta, nanti jadi pendusta sebenar".


Bersambung....
Dipetik daripada Cermah Ustaz Nahi, 7 April 2011.


NOTA KAKI


Bagaimana untuk mengesan sama ada hati kita telah rosak dan banyak penyakit?

Jawapan : Apabila kita rasa tidak seronok bila mendengar perkara yang baik dan menjadi bosan dan benci melihat orang yang melakukan kebaikan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka