Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 21 April 2011

Integrasi Muzik Di Bilik Darjah

Ahhaa...nampak macam skema bunyinya tajuk saya pada hari ini.

Entri ini adalah semata-mata untuk mengelap sedikit sesawang di ruangan blog Ojo Lali Mampir dan juga sedikit perkongsian buat bakal guru, guru, mahupun guru sandaran.

Bersempena dengan tamatnya sudah bulan Bahasa Inggeris di sekolah praktikum saya,
maka dengan senang hatinya dapatlah saya menulis blog saya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Berbalik kepada tajuk utama saya.. "Integrasi Muzik Di Bilik Darjah"

Tahukah anda bahawa kanak-kanak sangat menggemari muzik?

Dan tahukah anda bahawa dengan muzik kita dapat:
1) mengawal bilik darjah dengan baik
2) mencuri perhatian murid supaya belajar
3) membantu murid untuk mudah mengingati sesuatu pelajaran baru






Muzik untuk mengawal bilik darjah dengan baik.


Anda, saya, dia, kita boleh menggunakan lagu ini..

Kalau rasa gembira saya duduk
(murid duduk)
Kalau rasa gembira saya duduk
(murid duduk)
Kalau rasa gembira beginilah caranya Kalau rasa gembira saya duduk (murid duduk)
Lagu ini boleh diubah suai mengikut apa sahaja arahan yang sesuai
Seperti..
Kalau rasa gembira tutup mulut (murid tutup mulut) Kalau rasa gembira tutup mulut (murid tutup mulut) Kalau rasa gembira beginilah caranya Kalau rasa gembira tutup mulut (murid tutup mulut)

Haa..kan dah jadi senyap kelas tu bila semua tutup mulut... =)


Muzik untuk mencuri perhatian supaya belajar.

Katakan jika anda ingin memulakan topik "Food" dalam English Language.
Anda boleh menggunakan lagu ini..(beserta dengan gaya)
Pizza hut..pizza hut
Kentucky Fried Chicken..Pizza Hut

Pizza hut..pizza hut Kentucky Fried Chicken..Pizza Hut Mc Donald..Mc Donald Kentucky Fried Chicken..Pizza Hut

lagu yang mudah dan boleh diikuti oleh murid.



Muzik untuk membantu murid mudah mengingati sesuatu pelajaran baru.

Murid tahun satu kini sudah memulakan silibus KSSR di mana subjek Sains telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Antara topik yang dipelajari oleh mereka adalah bahagian-bahagian pada haiwan
seperti sirip, tanduk, paruh,kaki, dan ekor
teknik nyanyian beserta gaya boleh digunakan.
Anda boleh ubah suai apa jua jenis lagu yang anda tahu.

Contohnya:

Mana tanduk, mana tanduk Sini saya, sini saya (dua jari telunjuk atas kepala) Awak apa khabar, saya khabar baik Sembunyi..sembunyi

Tukar perkataan tanduk kepada bahagian anggota haiwan yang lain.

Walau bagaimana pun, teknik-teknik ini tidak boleh digunakan sepanjang masa
kerana murid akan mudah jemu.

Eloklah ia digunakan sekali-sekala bagi meningkatkan kegairahan murid untuk
menerima pelajaran.

Sekian, terima kasih kerana memberikan sedikit masa anda dengan membaca entri ini. =)

2 ulasan:

Ila Aqilah berkata...

haha..menarik! ok, bleh anta draf ni jd proposal ;)

Nurul Hidayah Isnin berkata...

haish...kalo mcm 2 la..da lama proposal aku siap..suruh mr chew bc kat blog ni je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka