Anda pengunjung blog ke :

Sabtu, 31 Disember 2011

Kuih Kasturi Kesukaan Ayah Kita

Bahan-Bahan:
  1. Kacang Hijau (1.5 pot)
  2. Garam
  3. Gula
  4. Kelapa parut (1 biji)
  5. Tepung gandum
  6. Tepung beras


Cara-Cara:

  1. Rendam 1.5 pot kacang hijau semalaman dengan air paip / rendam kacang hijau dengan air panas di sebelah pagi.
  2. Bilas dan buang benda asing dalam himpunan kacang hijau.
  3. Rebus kacang hijau dengan sedikit air dan setengah sudu garam hingga kembang.
  4. Tos, tumbuk dan hancurkan kacang hijau.
  5. Gaulkan dengan 3 genggam kelapa parut + 4 sudu gula + 3 sudu tepung gandum.
  6. Gumpalkan adunan kecil-kecil dan leper. (lihat gambar 2)
  7. Sediakan bancuhan tepung sebagai salutan (tepung gandum + tepung beras + sepucuk garam). Awas : bancuhan mesti dibuat dengan likat supaya kacang tidak bocor semasa menggoreng.
  8. Celupkan doh kasturi ke dalam bancuhan tepung dan goreng dengan api yang kecil supaya ia tidak saling melekat.
  9. Dihidang dan dimakan untuk minum petang.
Gambar 1 : kacang hijau+gula+kelapa parut+tepung gandum

Gambar 2: Adunan kacang hijau yang sudah dibentuk


Gambar 3: Kuih kasturi yang sudah siap digoreng.


Sekian, Jemput makan!

Himpunan Cuti Tahun 2012


Tak sampai dalam kurang daripada 12 jam lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya.
Disusuli pula oleh tahun 2012 yang bakal membawa kepada banyak perubahan kepada kita semua, pastinya.

Sekadar perkongsian mengenai tarikh cuti-cuti umum di Malaysia khususnya di negeri Johor sebab saya orang Johor. Orang negeri lain jangan marah ya. =)


23-24 Januari : Tahun Baru Cina

5 Februari : Maulidurasul

7 Februari : Thaipusam

10-18 Mac : Cuti Sekolah Penggal 1, 2012

1 Mei : Hari Buruh

5 Mei : Hari Wesak

13 Mei : Hari Ibu

26 Mei - 10 Jun : Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2012

1 Jun : Hari Gawai

17 Jun : Hari Bapa & Israk dan Mikraj

21 Julai : Awal Ramadhan

6 Ogos : Nuzul Al-Quran

18-26 Ogos : Cuti Sekolah Penggal 2, 2012

19 Ogos : Hari Raya Aidilfitri

31 Ogos : Hari Kebangsaan

16 September : Hari Malaysia

26 Oktober : Hari Raya Haji

10 November : Cuti Sekolah Akhir Tahun bermula

13 November : Deepavali

15 November : Awal Muharam

22 November : Hari Keputeraan Sultan Johor

20 Disember : Hol Almarhum Sultan Iskandar



Tujuan saya menyenaraikan himpunan cuti tahun 2012 ini bukanlah bermaksud bahawa resolusi kita semua pada tahun depan adalah untuk 'bercuti sepuas-puasnya'.

Tujuan saya adalah, supaya kita sama-sama dapat merancang tugas dan pekerjaan kita dengan sebaik mungkin agar kita dapat melalui cuti yang maksimum tanpa bebanan tugas yang tidak dirancang dan dilaksana dengan baik. Faham kan maksud saya?

Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian pada hari ini.
Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan...

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Tetapkan azam dan resolusi tahun baru agar kita lebih bersemangat menempuh tahun 2012 yang menjanjikan perkara-perkara yang lebih mencabar.


P/s: Azam saya pada tahun 2012? Hmm..banyak. Antara azam dan angan-angan, hanya saya yang dapat menentukannya. (^_^) Semoga ia dapat dicapai satu persatu. InsyAllah.

Rabu, 21 Disember 2011

Bubur Lambuk versi Omak Den

Bahan-Bahan:
  1. Beras
  2. Air
  3. Garam
  4. Bawang putih
  5. Bawang besar
  6. Bawang merah
  7. Halia
  8. Lada hitam
  9. Ajinomoto
  10. Kiub ayam Knor
  11. Rempah Tumis (bunga lawang, kayu manis, pelaga)


Cara-Cara:

  1. Beras 3 pot dibasuh bersih dan ditambah air 4 kali ganda dari tinggi beras.
  2. Masukkan 1 1/2 sudu garam.
  3. Masukkan halia yang dipecahkan dan bawang besar yang dipotong kasar.
  4. Biarkan sehingga beras pecah.
  5. Tumis segala rempah tumis+bawang putih+bawang merah+sedikit halia+garam+1 sudu lada hitam.
  6. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Tutup kuali dengan tudung periuk untuk mempercepat proses memasak ayam.
  7. Masukkan ayam yang sudah ditumis ke dalam bubur.
  8. Masukkan kiub ayam Knor dan sedikit Ajinomoto.
  9. Tunggu sehingga mendidih, rasa, dan siap untuk dihidang. =)
  10. Nak cantik letak la bawang goreng dan daun sup.

Isnin, 19 Disember 2011

Apam Polkadot

Bahan-Bahan:
  1. 3 biji telur
  2. 275 gm tepung berserbuk penaik (bluekey)
  3. 200 gm gula kastor
  4. 150 gm susu segar
  5. 1 sudu besar ovallete
  6. Inti : strawberry,kaya, cream cheese (masuk dalam piping beg)
  7. Pewarna

Cara-Cara:

  1. Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga sebati.
  2. Asingkan hasil adunan ke beberapa tempat.
  3. Setiap tempat diletakkan dengan warna yang berbeza. Masukkan ke dalam piping beg masing-masing.
  4. Masukkan adunan -> inti -> adunan semula.
  5. Untuk memudahkan keadaan, warna adunan perlulah berbeza mengikut inti yang digunakan.
  6. Picitkan sedikit adunan -> inti -> adunan sekali lagi.
  7. Dot dot kan dengan warna pilihan dan berbeza. Pastikan dot tidak saling bercantum.
  8. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.






Kira-kira 70 buah apam polkadot comel dapat dihasilkan daripada satu adunan.


Resepi jenis-jenis apam tamat.

Ahad, 18 Disember 2011

Apam Karamel

Bahan-Bahan

Karamel
  1. 150gm gula kastor
  2. 100ml air

Cream Cheese

  1. 250gm cream chese Philadelphia
  2. 1 biji telur
  3. 1 sudu lemon atau sunquick
  4. 3 @ 4 sudu gula

Adunan Tepung

  1. 70gm mentega dicairkan
  2. 75gm susu cair/ susu segar
  3. 1 biji telur
  4. 60gm gula
  5. 150 gm tepung gandum
  6. 1 sdt soda bikarbonat (bekas dia warna putih biru)
  7. Secubit garam


Cara-Cara:

  1. Masak kering gula kastor sehingga menjadi warna perang. Berhati-hati tuang air, kacau rata dan masak hingga sebati. Sejukkan. =karamel
  2. Mentega + susu cair + telur + gula + tepung dan soda bikarbonat (diayak) + garam = Pukul guna tangan je. P/s:masuk tepung sikit-sikit.
  3. Gabungkan karamel dan adunan tepung. Masukkan dalam piping beg
  4. Masukkan cream cheese ke dalam piping beg.
  5. Terdapat 2 cara untuk memasukkan adunan ke dalam cawan kertas. (rujuk gambar B)
  6. Kukus selama 5-10 minit dalam kukusan yang sudah dididihkan.

A : Adunan tepung + karamel




B : 2 jenis cara mengisi


Nah, hasilnya... 60 biji apam karamel comel dapat dihasilkan untuk satu adunan.


Jumpa lagi untuk resepi apam yang seterusnya nanti. =)

Sabtu, 17 Disember 2011

Apam Cina

Program : Program Latihan 1 Malaysia
Tarikh : 17 Disember 2011
Masa : 9.00 pagi - 1.30 tengahari
Tempat : Kolej Komuniti Rompin
Tenaga Pengajar : Hasmahani Mahusin, Unit Pengurusan Hotel
Kursus Penuh : Asas Pembuatan Apam
Sub Kursus : Apam Cina/Apam Gebu

Sedikit pengenalan mengenai Program Latihan 1 Malaysia.

Program Latihan 1 Malaysia ini adalah merupakan sebuah program di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Rompin, Pahang.
Program ini menawarkan kursus-kursus pendek khusus untuk meningkatkan pelbagai kemahiran kepada masyarakat setempat.
Kursus yang hanya menggunakan masa hujung minggu sahaja ini mengandungi banyak kursus latihan antaranya katering dan sajian, komputer dan teknologi maklumat, perniagaan dan keusahawanan, teknologi agro, dan lain-lain lagi.
Dengan bayaran yang murah dan berbaloi-baloi, adalah tidak menjadi satu kerugian untuk kita menyertainya.
Mudah cerita,
SILA KLIK SINI untuk maklumat lanjut. =)



Sesi Pendaftaran, Pembahagian Kursus, dan Taklimat


Fail, pen, buku nota Kolej Komuniti, dan senarai resepi disediakan.



Ini Apam yang saya harap-harapkan. Konon-kononnya.
*Illustrasi asli dari penulis*

Bahan Apam Cina
  1. 200gm tepung gandum (diayak)
  2. 200gm gula kastor
  3. 3 biji telur
  4. 1/2 sudu ovalette (utk menggebukan apam)
  5. 1/2 cawan air 7up
  6. 1 sdt esen vanilla


Hasil sukatan tepung yang telah saya tukarkan daripada 100gm kepada unit cawan.


Hasil sukatan gula yang telah saya tukarkan daripada 100gm kepada unit cawan.




Puan Hasmahani Mahusin memulakan demonstrasi Asas Pembuatan Apam Cina.

Cara-Cara Pembuatan:
  1. Pukul telur sehingga kembang/gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan ovellate, air 7up, esen vanila.
  5. Asingkan adunan ke dalam beberapa tempat.
  6. Masukkan pewarna yang berbeza dalam setiap tempat.
  7. Adunan dimasukkan dalam beg piping.
  8. Adunan di masukkan ke dalam cawan kertas.
  9. Hiaskan permukaan apam mengikut kreativiti.
  10. Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  11. Kukus selama 10-15 minit menggunakan api yang kuat.



Menggunakan beg piping untuk memasukkan adunan ke dalam cawan kertas supaya lebih kemas.


Titikkan beberapa adunan yang berlainan warna ke atas adunan.

Lorekkan titik-titik tadi dengan menggunakan lidi.


Mereka punya apam sudah gebu dan pecah.



Mak cik ni punya apam cina pun sudah menjadi.


Apam adik kat meja depan pun dah jadi.


Apam akak dan saya???? Macam ni je..Isk



Tapi, masih ada satu dua yang jadi..hehe
Tak apalah banyak yang tak jadi.
Namanya pun belajar kan.. (ayat positif)


Sekian sahaja perkongsian saya mengenai APAM CINA.
Nantikan resepi apam yang seterusnya. =)

Ahad, 23 Oktober 2011

Sepetang Di Taman Permainan















Ulasan :

Taman Permainan Kanak-Kanak dari zaman saya dulu sampai sekarang nampak lebih best kalau dia dah rosak (pada pandangan mata kasar kanak-kanak).

Ini kerana mereka fikir mereka dapat bermain secara lebih kreatif apabila buaian terputus tali sebelah, jongkang-jongket terpatah dua, dan gelongsor tercabut dari landasan .

Tetapi bila saya sudah dewasa seperti sekarang, saya melihat bahawa taman permainan sebegitu rupa adalah begitu berbahaya dan mengancam keselamatan kanak-kanak.

Antara punca-punca kerosakan alat permainan :
  1. Digunakan oleh mereka yang lebih had umur (orang tua)
  2. Digunakan oleh mereka yang mempunyai berat berlebihan.
  3. Kualiti alat permainan adalah tidak mencapai standard kerana ingin menjimatkan kos.
  4. Kurangnya pengawasan di taman permainan.
  5. Sikap kurang bertanggungjawab pengguna taman permainan.
  6. Kanak-kanak tidak didedahkan dengan cara penggunaan alat permainan dengan betul.

Semuanya bergantung kepada rasa tanggungjawab masyarakat sendiri terhadap kemudahan yang disediakan. Sanggupkah kita melihat kanak-kanak bermain di tempat yang berbahaya walaupun pada hakikatnya mereka layak mendapat tempat berhibur dan beriadah yang lebih seronok dan selamat?

Tepuk dada, tanya akal, tanya hati..

Maka, didiklah anak-anak anda, adik-adik anda, anak-anak saudara anda mengenai bagaimana menggunakan taman permaianan dengan betul, baik, dan selamat.

Akhir kata, bersamalah kita menyelamatkan kawasan taman permainan di tempat kita. =)

Sabtu, 24 September 2011

Agar-Agar Sempoi Tapi Sedap


Bahan-Bahan:
  1. 2 bungkus agar-agar
  2. 2500 ml air / 5 - 6 botol air saiz kecil yang berisi air
  3. 1 tin susu cair
  4. 3-4 senduk gula
  5. 2 biji telur
  6. Esen vanilla
  7. Pewarna makanan (merah)

Cara-Cara:
  1. Rebus agar-agar bersama air sehingga hilang bentuk asal agar-agar.
  2. Masukkan gula dan susu cair.
  3. Masukkan telur dan kacau dengan cepat.
  4. Masukkan 2 penutup kecil esen vanila untuk menghilangkan bau telur.
  5. Masukkan pewarna makanan secukupnya dan kacau hingga sebati.
  6. Tuang agar-agar ke dalam loyang.
  7. Keraskan, sejukkan dalam peti ais, potong, dan makan.

Agar-agar adalah makanan yang sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.
Ia juga mudah dan cepat.
Apa tunggu lagi, Selamat Mencuba.. =)

Rabu, 31 Ogos 2011

1 syawal 1432 H


Rasanya macam sekejap sangat sebulan Ramadhan kali ini.
Tiba-tiba dah masuk bulan Syawal.
Sedih bila tak dapat perform menjelang 10 terakhir Ramadhan.. =(
Semoga saya diberikan peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan.
Amin..

Ok, sekarang cerita pasal hari raya!
Sebenarnya tak ada apa-apa cerita pun.
Tengok-tengok je lah laporan bergambar saya ni....jom!

Raya tahun ini kami buat 5 jenis kuih dengan kek kukus coklat.
Kuih-kuihnya adalah samperit, mama carey, biskut milo, almond londang, dan mazola.
Kerepek pula kita ada kerepek bawang, kacang dhal, kacang peas, dan ubi pedas.
Kerepek telah dibeli dari Simpang Renggam dan Parit Tengah, Batu Pahat.
Terima kasih kepada mak dan adik beradik yg banyak membantu saya menyiapkan kuih raya.
"Gotong royong amalan bersama"


Cerita pasal hiasan dalaman pula..
Meja dah tukar baru.
Kerusi tak boleh tukar.. Sebab dia kayu jati dan ayah boleh demam kalau kami tukar baru.
Bunga pulak harga dia RM16 je. Sejak bila jadi minah bunga ni? haha
Sarung kusyen, alas meje..mcm biasalah setiap tahun kita tukar.
Cuma langsir je 4,5 tahun sekali..
"Berjimat cermat amalan mulia"


Maka, bermulalah sesi bermaaf-maafan dan sesi penyerahan duit raya.
Saya dah sediakan duit raya untuk 17 0rang anak buah.
Tahun ni saya 'up' lagi singgit untuk diorang..tapi nilai duit raya yg asal biarlah rahsia..hehe..
"bermaaf-maafan mensucikan dosa".



Sesi bergambar.. 1
Dari kiri : emak, baby Ibrahim, Abdullah, ayah


Sesi bergambar.. 2
Dari kiri : emak, saya, ayah

Sesi bergambar.. 3
Pengunjung pertama hari raya kategori kanak-kanak.


Sesi bergambar.. 4
Dari kiri : Maman, Rashid aka Pak lang, Fahim (anak Rashid)



Sesi bergambar.. 5
Dari kiri : Mariam, Qasim, baby Ibrahim (semua ni anak-anak Kak Long saya)



Akhir kata, saya sekeluarga ingin mengucapkan........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka