Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 10 Disember 2009

Kuih Apam

Bahan :
  1. 1/2 kg tepung
  2. 1 sudu kecil garam
  3. 2 senduk gula aising
  4. 1 bungkus yis (Mauripan) - dibancuh dengan air
  5. 3 sudu susu tepung
  6. Air
  7. Pewarna kuning telur
  8. Kelapa parut (sebagai pencicah-digaul dengan sedikit garam)
Cara-cara :
  1. Gaul tepung, garam, gula aising, susu tepung sehingga sebati.
  2. Gaulkan dgn yis yang sudah dibancuh.
  3. Gaulkan dengan air.
  4. Pastikan adunan tepung menjadi likat (seperti ingin membuat tepung bagi keledek goreng)
  5. Masukkan pewarna kuning untuk menjadikan apam berwarna kuning (boleh guna pewarna-pewarna lain yang dibenarkan).
  6. Loyang disapu dengan sedikit minyak.
  7. Masukkan adunan tepung ke dalam loyang.
  8. Biarkan selama 1 jam untuk pengembangan tepung.
  9. Kukus selama 1 jam.
  10. Kuih apam dipotong2 dan ditabur dengan kelapa parut di atasnya.
* Tepung diayak dahulu untuk menjadikan kuih apam nmpk lebih cantik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka