Anda pengunjung blog ke :

Sabtu, 26 Disember 2009

Sudut Lepas

Mulut...oh!..Mulut

Itulah salah satu anggota yang ada pada manusia...
Pelik la manusia ni..
Susah sangat ke nk jaga hati orang....
Perlu ke selalu bergaduh dgn orang...
Mesti ke buat orang marah guna senjata MULUT...
Tolonglah....minta tolong sangat..sangat...
Jagalah mulut....
Sebab...mulut ni lah yg jadi saksi penentu destinasi akhir kita (ke syurga @ ke neraka)

Tak semua kat hati perlu diluahkan secara terus....
Kena fikir dulu....kemudian tapis...pastu...baru luahkn kat mulut...

Pepatah Melayu pun dah cukup indah untuk difahami..
"kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa."

Ini tidak...
Sebab mulut...ada yang sampai kena tumbuk...
Kerana mulut juga ada yang mengamuk...
Mulut juga buat manusia bergaduh..
Kadang2 sebab mulut ada juga yang kena sorok dengan bunian~

Tapi, benda semua ni tak kan jadi kalau semua orang jaga mulut....
Bila dah jaga mulut...scr automatiknya... hati org pun kita jaga...

Dan orang yang jadi mangsa 'kerana mulut' 2 perlu fikir juga..
Knp dia jadi mangsa 'kerana mulut'??
Mungkin juga sebab dia tak jaga MULUT...
Kalau MULUT dia ok sebelum ni...
Maka, bersabarlah...
Orang yang buat anda itu x selamanya slmt dari jadi mangsa 'kerana mulut'.

Kalau x suka dengan sesuatu yang langsung x memudharatkan sesiapa...
Diam sahaja kan boleh....pastu tinggalkan apa yg x disukai 2...
Kenapa suka buat huru hara...

Fuh...jagalah anugerah Allah inii baik2 wahai manusia..
Gunalah utk ckp bnda yg baik2...
Pakailah untuk berzikir, selawat, beribadat...

Semoga kita sentiasa menjadi orang yang disenangi oleh semua orang dan x lupa, disayangi Allah..InsyAllah..

>>>>Bersama menjaga MULUT<<<<

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka