Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 14 Disember 2009

Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu

gmbr diambil daripada www.maxclip.co.cc/Namaz/

  1. Menyapu kepala sehingga sampai ke muka selepas memberi salam yang kedua.
  2. Menghadapkan muka ke arah makmum sama ada ke kanan atau ke kiri.
  3. Berterusan berada di tempat solat.
  4. Memuji Allah S.W.T dan beristighfar selepas selesai solat (beristighfar sebanyak 3 kali).
  5. Membaca zikir tersebut sebanyak 10 kali. Terjemahan : Ya Allah ya tuhan kami, Engkaulah empunya kesejahteraan dan daripadaMU jugalah kesejahteraan dan Engkaulah yang mempunyai keberkatan, wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan.
  6. Berdoa memohon perlindungan dengan Allah daripada azab api neraka sekurang-kurangnya 3 kali dan sebanyak-banyaknya 7 kali. Terjemahan doa : Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka.
  7. Membaca surah AL-Fatihah, ayat kursi, 2 ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah (ayat 285 dan 286) dan 2 ayat daripada surah Al-Imran (ayat 18 dan 28).
  8. Membaca surah-surah al-Mu'awwizat iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.
  9. Bertasbih (33x), bertahmid (33x), bertakbir (33x).
  10. Berselawat ke atas nabi.
  11. Berdoa kepada Allah S.W.T memohon kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Sumber : Al-Bayan Bil. 4/ Nov 2008 (Diterbitkan oleh Sekretariat Isu-Isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri Johor

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka