Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 29 Mac 2011

Panjang Umur !! (Edisi Adik Beradik)

SEBELUM JAM MENGINJAK PUKUL 12.00 MALAM...
DI KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI LAHIR


KHUSUS KEPADA ABANG SAYA, ABDUL RAZAK BIN ISNIN
YANG TELAH DILAHIRKAN OLEH EMAK KAMI YANG SANGAT CUN
PADA 29 MAC 1976
KINI BELIAU SUDAH BERUSIA 35 TAHUN
SUDAH BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK.

DOA SAYA, SEMOGA BELIAU DIPANJANGKAN UMUR,
DIMURAHKAN REZEKI,
DIBERIKAN KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT,
DAN SENTIASA MENJADI
ABANG, ADIK, ANAK, SUAMI, AYAH, MENANTU, SERTA CIKGU
YANG SOLEH, CEMERLANG, GEMILANG, DAN TERBILANG.
INSYALLAH.



SIAPAKAH DIA ABANG SAYA INI?
GAMBAR BELIAU ADA DI BAWAH...

























TAK TAHU YANG MANA SATU KAN???

OKEH, KITA ZOOM LAGI GAMBAR NIH...












TARAAAAAA!!!!

-BAIKLAH, SEKIAN SAHAJA UCAPAN RINGKAS DARI SAYA-

ASSALAMUALAIKUM... ^_^

Ahad, 27 Mac 2011

HTML/JavaScript?? Apa tu?

HTML adalah singkatan dari Hyper Text Markup Language yang merupakan fail teks atau fail ASCII yang mengandungi arahan / script kepada web browser untuk memaparkan suatu paparan grafik dari sebuah laman web.

Di dalam fail HTML terdapat beberapa "tag" atau kod-kod yang difahami oleh web browser dan dapat menampilkannya di layar monitor.

HTML merupakan unsur yang penting dalam membina blog bagi para blogger yang gemar menaik taraf blog mereka.


Saya beri dua contoh bagaimana untuk menggunakan kod HTML/JavaScript:


Contoh 1:

Untuk menulis post yang mengandungi tulisan yang berkelip-kelip seperti ini :

SELAMAT HARI LAHIR!!!


anda boleh pergi ke ruangan "edit Html" yang berada di sebelah "Compose"
dan masukkan kod







Contoh 2 :

Menambah tulisan di bahagian kawasan aplikasi blog,
contohnya menulis perkataan " SELAMAT DATANG ".

Anda mahukan perkataan itu sentiasa bergerak
(seperti yang terdapat di ruangan bawah blog saya)
.
Tekan butang "add gadget".
Pilih "add HTML/javaScript".
Masukkan kod







__________________________________

Ada banyak lagi kod-kod HTML yang boleh anda terokai dengan mencari kod-kod itu pada blog, wordpress dan apa jua ruangan laman web orang lain.
Kemudian pilih, salin, dan tampal pada blog anda mengikut kreativiti sendiri.
Selamat Mencuba! ^_^

Sabtu, 26 Mac 2011

Homade Chocolate

Bertempat di rumah warden, kolej kediaman di sebuah IPG yang terletak dalam negeri Johor...
Satu program bawah tanah telah dianjurkan iaitu program 'Homade Chocolate'.

Program ini telah diadakan pada 24 Februari 2011 jam 9.30 malam.
Seramai 3 orang peserta telah terlibat dalam program ini.


Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

1) Compound Coklat (1 kg). (i kg = RM15.50)





















2) Kertas aluminium pembalut coklat. (100 pcs =RM6.50)






















3) Sarang coklat beraneka bentuk. (1 sarang =RM2.90)






















Cara-cara penyediaan :


1) kacang badam, kacang gajus, atau apa jua jenis kacang dibakar dan dihancurkan. Kalau ketuhar tidak ada di rumah, kacang tersebut juga boleh disangankan.
*Nota kaki : sangan = goreng secara kering di dalam kuali.





















2) Cairkan coklat menggunakan kaedah rebus berganda (double boiler).





















3) Gaulkan coklat bersama badam sekadarnya dan masukkan adunan ke dalam sarang coklat. Simpan di dalam peti sejuk untuk dibekukan.





















4) Setelah beku, coklat dikeluarkan dari sarang. Sarang coklat boleh diguna semula atau dibasuh. Basuh dengan menggunakan air panas adalah lebih efektif.





















5) Balut coklat yang sudah beku tadi dengan menggunakan kertas aluminium dengan penuh kesabaran dan kesungguhan supaya bentuk coklat nampak cantik dilihat dari luar.






































6) Coklat yang sudah dibalut bolehlah disimpan dalam bekas-bekas yang comel untuk dihadiahkan kepada orang-orang yang tersayang, dijual atau dimakan sendiri.






































Tamat. Untuk tempahan, sila hubungi...saya dan Puan Nor~ =)

Allah Selamatkan Kamu~

Dibaca dengan berlagu:
"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nurul Ashikin Hamzah
Allah selamatkan kamu!"

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 22..
saya ulang, yang ke 22 ... =P
diucapkan kepada sahabat sekampung saya, Shikin.

Trivia mengenai beliau:
  1. Sama-sama lompat kelas darjah 3 ke darjah 5 (dengan Ummu sekali).
  2. Rumah beliau di kuarters JPS tepi sungai.
  3. Seorang yang sentiasa merendah diri walaupun dirinya hebat.
  4. Sentiasa menjadi pesaing utama saya semasa di SKBE termasuk merebut kedudukan akhir dan kedua akhir dalam acara lumba lari.
  5. Nama adik beliau sama dengan nama saya..bangga2..=)
  6. Terputus hubungan seketika dengan beliau ketika di sekolah menengah.
  7. Kembali berhubung melalui teknologi facebook, telefon bimbit, dll...
  8. Selalu bertukar-tukar bekal sarapan pagi dengan dia semasa di SKBE sebab saya suka makan nasi goreng kampung mak dia.
  9. Sedang mengejar cita-citanya sebagai seorang doktor.
  10. Teman saya yang gila-gila atau lebih tepat sangat gila-gila kerana sudi melayan karenah saya yang tidak berapa gila.
Banyak lagi trivia yang saya nak tulis sebenarnya, tapi saya simpan dulu..
Mungkin untuk hari lahir beliau yang akan datang pula..

Maaf kerana lambat memberikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada anda lantaran kesibukan sebagai seorang guru praktikum di sekolah cemerlang telah membejatkan peluang saya untuk membuat ucapan.. (sila jangan terima alasan aku yang meloyakan tekak ini).

Ucapan dari saya adalah semoga beliau dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki, berjaya di dunia dan di akhirat,
mendapat jodoh yang baik,
mencapai cita-cita sebagai seorang doktor yang ikhlas berkhidmat untuk masyarakat,
menjadi anak yang berjasa kepada kedua orang tuanya,
dan sentiasa mendapat lembayung rahmat dari Allah.

Akhir kata, terimalah post ini seadanya...dan selamat maju jaya!

P/s : Siapa dia yang nama Shikin nih? Ha..gambar orang yang belah kanan kat bawah ni, tulah dia Shikin..


























Kuiz: Sila gariskan jawapan yang betul.

Mereka sedang (terkejut/ senyum / sengih / tahan gelak) apabila gambar mereka diambil oleh seorang wartawan Endau Buzz.

Sabtu, 19 Mac 2011

Bila Ultraman Menjadi Lemah





Ultraman adalah satu ikon yang diterbitkan dari negara matahari terbit.
Bagi mereka yang tidak pernah menonton rancangan ini, biar saya ceritakan sedikit mengenai Ultraman.
Setelah penat berlawan, dia akan menjadi lemah dan LED didadanya akan menyala kemerahan
sambil berbunyi.. "teeneng...teeneng...teeneng!"
Pada masa ini, semua penonton akan menyangka
bahawa ultraman akan kalah dan musnah dihancurkan oleh rasaksa.
Namun ianya silap kerana pada saat inilah ultraman akan bangkit
dan menghasilkan satu kuasa dari tenaga terakhir yang luar biasa.
Dan selalunya atau secara stereotaipnya rasaksa yang mencari pasal akan musnah atau dihantar ke angkasa oleh ultraman menggunakan kuasa luar biasa terakhirnya.

Bukan ini yang saya nak ceritakan sebenarnya.
Secara tersirat, mesej cerita yang cuba disampaikan oleh negara timur ini adalah sangat mendalam.
Mesej yang cuba disampaikan adalah...
walaupun kita berada dalam keadaan lemah,
namun percayalah sebenarnya masih ada satu tenaga luar biasa yang kita ada untuk mengatasi kelemahan itu. (Ultraman ingat dia sorang je ada)

Sebagai contoh, semasa kita dikejar anjing..
Kita sebenarnya berada dalam keadaan yang LEMAH, iaitu KETAKUTAN.
Tetapi kita masih juga cuba untuk berlari disebabkan faktor dorongan tenaga luar biasa yang ada dalam diri serta tindak balas hormon adrenalin.
Tenaga luar biasa inilah yang menjadikan kita tidak mudah menyerah kalah.

Maka secara konklusinya,
bila anda, saya, dia, kita berada dalam keadaan yang lemah dan hampir musnah,
kita sebenarnya sedang menyimpan satu tenaga luar biasa yang harus kita gunakan sebaiknya sama ada ke arah kebaikan mahupun keburukan pada masa dan tempat yang betul.

Terpulang pada kebijaksanaan dan kerasionalan kita untuk menggunakan tenaga luar biasa itu secara maksimum. Selamat mencuba!




P/s : saya dalam keadaan lemah untuk hari ini dan esok... dan berharap tenaga luar biasa itu akan muncul dan dapat digunakan sebaiknya oleh saya.
Mode : Sedang berfikir bagaimana untuk menggunakan tenaga mahupun kuasa luar biasa secara optimum..Hurm..

Jumaat, 18 Mac 2011

Minus One Lagu SKST

video

Lagu Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau

Sekolah Rendah Sri Tebrau

Itulah sekolah kami

Memimpin dan mendidik

Menjadi rakyat berguna


Kepada guru-guru semua

Kami sanjung baktimu

Disiplin dan dedikasi

Amalan setiap hari


Kepada ibu dan bapa

Tetap kami hormati

Cita-cita yang suci

Semoga tuhan berkati


Segala buku yang dibaca

Dikaji setiap masa

Sampai waktu dewasa

Tetap hidup sentosa


P/s : Selamat berkaroke..=)

Khamis, 17 Mac 2011

Sekitar Majlis Sambut Menantu 2011

Hari : Sabtu
Tarikh : 12 Mac 2011
Masa : 8 pagi - 5 petang
Lokasi : 16, Lorong Durian, Kampung Londang Batu, 86900 Endau, Johor.

Sebelum apa-apa..mohon maaf dulu sebab gambar tak tersusun.
Kalau ada mana-mana editor majalah yang baca ni..tahan je lah ya...
Saya faham bahawa penyuntingan dan susun atur sangat adalah penting dalam menerbitkan sesebuah karya..

Tapi karya yang tidak tersusun juga adalah suatu seni..
Maka, jom layan je lah gambar kat bawah ni.


















Pasangan mempelai dalam majlis makan berdamai.


















Keluarga pengantin perempuan yang didatangkan khas dari Kelantan.


















Keluarga pengantin perempuan yang didatangkan khas dari Kelantan.



















Keluarga pengantin perempuan yang didatangkan khas dari Kelantan.




















Ibu bapa pengantin perempuan


















Khemah 1 : Abang long yang sedang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan dengan baik. (T-shirt, kopiah, tuala good morning putih)



















Emak saya (Manisah) dan akak tunggalnya (Esah)

















Mesyuarat rukun tetangga (Wak Muriyat, Wak Sarmin, Haji Isnin, Abang Ring). Yang lain saya tak berapa cam



















Guru besar SKTL, Encik Yusof Bin Sulong (bekas GB SKBE), Cikgu Mazlan dan isteri.


















Abang kepada emak saya, Cikgu Mat Sagi dan isteri, Wak Fatimah.




















Saudara-mara kami yang turut hadir memeriahkan.

















Wak Esah dan anak menantunya.
























Pengurus utama majlis : chief Norhayati, chief Rahmah, chief Nurakilah (tiada dalam gambar)



















Di sebalik tabir nasi beriyani (yang duduk :Abg Yani dan pak cik Zainal, yang berdiri : tukang masak abg Jep dan lain-lain)


















Antara makanan berdamai yang ada : hasil kreativiti mak cik Noriah dan anak-anaknya serta akak saya

















Dari kiri : err..tak ingat nama dia, kakak kepada ayah saya - Wak Simur (Murtiah), Wak salmah, Kak Faridah.




















Dari kiri : Wak Salmah, Kak Faridah, Farahin, Kak Yah




















Saudara-mara yang memeriahkan majlis.


















Ada juga saudara mara dan jiran tetangga yang turut serta rewang dalam menyiapkan bontrot untuk tetamu.

nota kaki : bontrot = makanan bungkus / bekal / berkat





















Hiasan Bilik:
rekaan butik pengantin Julie


























Haji Isnin dan Hajah Manisah



















Hiasan meja makan berdamai : rekaan butik pengantin Julie




















Candid!




















Ok, senyum!! (Bergambar sementara tetamu masih belum datang)



















Kak Maniseh, ayah, Abang Ring (anak saudara ayah), emak




















Wak Sarmin (abang ayah), Azhari (abang saya), Salleh (muazzin surau Mahadi)



















Maman, atuk, Fatullah




















Periuk tajaan Masjid Jamek Endau



















Periuk tajaan Masjid Jamek Endau





















Pak Cik Zainal, Ismail @ Nyeh (tukang masak), anak beliau



















Memantau aktiviti di belakang




















Abg Jep dan senduk kayu halimunannya



















Meja utama makan berdamai : rekaan butik pengantin Julie





















Pelamin : rekaan butik pengantin Julie



-LAPORAN TAMAT-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka