Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 31 Oktober 2010

Kisah Buaya





Pengajaran CERBERGAM (cerita bergambar) :

1) Gembirkan dahulu hati sahabat, nescaya anda juga akan rasa gembira.
2) Jangan lakukan aktiviti ini di bulan puasa.
3) Setiap individu mampu berfikir di luar kotak (macam buaya ni).
4) Kecil-kecil, lama-lama jadi besar.
5) Usaha tangga kejayaan.

*Inspirasi dari majalah UJANG

Kisah Siput






Pengajaran dari cerbergam (cerita bergambar) :

1) Jangan anaiya siput b***, tak baik..dia pun makhluk tuhan.
2) Walaupun nama dia ada b*** tapi dia boleh disentuh tanpa perlu disertu.
3) Sentiasalah bermusyawarah dalam apa2 jua hal.
4) Sepakat membawa berkat.
5) Tanamkan unsur KBKK dalam kotak fikiran (macam siput2 ini).
6) Jangan takut dengan siput sehingga tegamak memudharatkannya.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Tuhanku



tuhanku,
andainya aku menangis,
kuharap tangisan itu tidak melebihi tangisanku kerana takutkan azabMU.

tuhanku,
andainya aku bersedih,
semoga kesedihan itu tidak melebihi kesedihanku kerana banyak melakukan dosa kepadaMU.

tuhanku,
andainya aku bermurung,
semoga kemurunganku tidak melebihi kemurunganku kerana merisaukan amalanku yang tidak seberapa itu.

tuhanku,
andainya aku bergembira,
kuharap kegembiraan itu tidak melebihi kegembiraanku tatkala merasai manisnya beriman dengan namaMU.

tuhanku,
andainya aku sibuk,
kuharap kesibukkan itu tidak melebihi kesibukkan aku dalam mengejar pahalaMU.

tuhanku,
andainya aku jatuh cinta,
semoga cinta itu tidak melebihi cintaku padaMU serta rasul utusanMU.

tuhanku,
andainya aku ditimpa kecelakaan,
kuharap rasa itu akan membuatku lebih dekat kepadaMU.

tuhanku,
andainya tiada lagi hari esok buatku,
ku memohon kepadaMU..
matikanlah daku dalam Iman dan Islam sebelum aku pergi bersujud dihadapanMU.

tuhanku,
perkenankanlah doaku ..Amin..

Selasa, 26 Oktober 2010

Ccemoh len Hidayah~

1.ccemoh len Fatimah = nama saya Fatimah
ccemoh:nama
len:saya

2.len cong si bbai mon = saya nak makan nasi ayam
len:saya
cong:nak
si:makan
bbai:nasi
mon:ayam

3.len oddeng = saya tak tahu
len:saya
oddeng:tak tahu

4.ngaing tte seeikey nuh = awak buat apa tu?
ngaing:awak
tte:buat
seeikey:apa
nuh:tu

Huruf yang saya buat DOUBLE cth:tte SILA baca dengan bersabdu :D


5.Kata ganti nama untuk lelaki dan perempuan iaitu DIA

ANIH : dia lelaki
*Contoh ayat:eiyy anih,aing wai alau aih = dia ni,aku pukul baru tahu (lebih kurang la kot,hehe)

MINIH : dia perempuan
*Contoh ayat:saat nah minih = cantik nya dia ni

6.
Kkhom - Merah
Le^eng - Kuning
Bhaithonng - Hijau
Sour - Putih
Kiuu - Biru
Ketrhonng - Penapis
Len^^ -Saya
Ke^bob - beg
sikbaai - makan
ngut'tek - mandi
darle^ng - jalan2
Aung - atok
Maii - nenet

* Sedikit latihan lidah sebelum pergi.

-Dipetik dari blog orang ini dan orang itu.

Jom Buat Spageti

Bahan:
- daging cincang (ayam @ daging)
- 2 labu bawang besar(potong dadu)
- 5 ulas bawang puith (cincang halus)
- cendawan
- 1 tin tomato puree
- 1 tin air (sukat guna tin tomato puree)
- lada hitam
- minyak masak
- oregano
- Mee spageti

Cara:
1. Panaskan minyak (guna butter pun boleh).
2. Tumis bawang putih sampai kuning.
3. Masukkan daging cincang (sampai separuh masak dan bole kecilkan api)
4. Masukkan tomato puree dan air. Biar hingga mendidih.
5. Masukkan bawang dan cendawan.
6. Letak lada hitam secukup rasa.
7. Rebus mee spageti dalam air yang diletak sedikit minyak.
8. Makan mee dengan sos spageti.

* Resepi diperoleh daripada emak kepada seorang sahabat. Terima kasih diucapkan kepada pemberi resepi. (^_^)

Terima Kasih E-Mates

Maaf, agak lambat post ini dikeluarkan daripada tarikh asal program..

Butir-butir program :

Program : Hari Karnival Kolej Kediaman IPG KTI 2010
Tarikh : 9 Oktober 2010
Masa : 8.00 pagi - 10.30 malam.

8.00 pagi
Perasmian Hari Karnival oleh pengarah IPG KTI
disaksikan oleh para warden, JPP, ketua dan penolong ketua kolej kediaman.

9.00 pagi - 12 tengahari
Lawatan ke kolej kediaman H,G,A,B,C,D,E,F.

9.00 malam
Perasmian Penutupan Karnival Kolej Kediaman 2010
-Pertandingan persembahan mengikut kolej kediaman
-Penyampaian hadiah
-Malam anugerah 3K

----------------------------------------------------------

Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan khususnya kepada warden kolej kediaman blok E, Haji Mohd Nordin Bin Monel dan Puan Rohaya Binti Ismail yang sedia memberikan bantuan, sokongan, dan semangat kepada warga siswa guru kolej kediaman blok E sepanjang masa.

Kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010 khususnya kepada biro kediaman, tahniah kerana berjaya menganjurkan program yang hebat seperti ini.

Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat penolong ketua, setiausaha, bendahari, ketua aras, dan jawatankuasa-jawatankuasa kolej kediaman blok E yang berhempas pulas mengembleng tenaga, idea, dan wang ringgit sepanjang Kernival Kolej Kediaman 2010.

Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan kepada SEMUA warga kolej kediaman blok E yang telah bersama-sama mengorbankan masa, tenaga, usaha, dan komitmen sepanjang berlangsungnya persiapan Hari Karnival Kolej Kediaman IPG KTI 2010.

Tuhan sahaja yang dapat membalas budi dan jasa kalian dan tahniah kerana kita telah mendapat piala 'Anugerah Khas Kolej Kediaman' dan telah mendapat gelaran 'Kolej Kediaman Prihatin'.
Jangan ditanya mengapa gelaran itu yang kita dapat, sebaliknya cuba untuk menjadi siswa guru yang prihatin terhadap masyarakat dan dunia di sekeliling kita selaras dengan gelaran yang diterima. =)

Akhir kata..terima kasih kepada semua yang terlibat.
Seronok bekerjasama dengan siswa guru blok E.
Semoga perasaan seronok ini akan berkekalan hingga ke masa akan datang.

-TAMAT-

------------------------------------------------------------------

Sedikit kenangan yang diabadikan dalam bentuk foto:


Kolej Kediaman Blok E (nama lain : E-hostel)


Kawasan rehat, riadah, rekreasi E-hostel



Bilik rehat E


Kolej Kediaman Prihatin



Anugerah Khas Kolej Kediaman

Sabtu, 16 Oktober 2010

Kek Coklat Kukus

Masa : 10.25- 11.25 p.m

Bahan:

- 1 3/4 cawan Tepung gandum
- 1 1/2 cawan Gula prai
- 1 cawan coklat Van Houten
- 1 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
- 1 cawan minyak jagung / minyak masak
- 2 biji telur
- 1 tin susu cair IDEAL

Cara:

- Gaul tepung, gula, serbuk coklat, dan serbuk bikarbonat.
- Gaul minyak, telur, susu cair.
- Loyang disapu dengan sedikit minyak.
- Adunan dimasukkan dalam loyang dan dibalut dengan surat khabar.
- Adunan dikukus selama sejam

* Boleh dihiaskan dengan topping coklat dan ditabur dengan kekacang.

Selamat mencuba~

Jumpa anak buah baru saya. =)



Nama diberi Fasihah Haziqah Binti Mohamad Rashid.
Lahir pada 15/10/2010 jam 11.46 pagi dengan berat 2.3 kg.
Berkongsi tarikh lahir dengan anak buah aku yang bernama Luqman.

Bercerita mengenai pengalaman abangku yang melihat proses bagaimana anaknya keduanya mula melihat dunia.

Mr. R: Taubat aku dik. Sampai sekarang aku mabuk darah lagi.
Aku : Kenapa kau mabuk pulak?
Mr. R: Aku mabuk darah. Siksanya orang bersalin kan..
Aku : Tau pun (walhal ak pn x ad pengalamn tengok scr live), sbb tu...sayangi lah
mak yang susah payah lahirkan kita.
Bersabung nyawa dia nak lahirkan kita...
Mr. R: (muka insaf)

Semoga bayi ini akan berbakti dan berjasa kepada org tuanya kelak.

Aku pun dah buat kesimpulan berikutan dengan kelahiran ahli baru di keluarga kami..
Iaitu, setiap kehilangan dan kesedihan itu pasti akan digantikan dengan perkara yang menggembirakan.

Akhir kata, selamat datang Fasihah..!!!
Semoga dengan kehadiranmu akan menceriakan lagi keluarga Mohamad Rashid Isnin dan tahniah kerana diberi peluang menjadi anak saudara kepada Usu kamu ini.. =)

Selasa, 12 Oktober 2010

Mass Vs Weight

Mass :
Def = 1) The amount of matter in an object
2) Does not alter wherever you are in the universe.
3) SI unit = gram

Weight :
Def = depends on the force of gravity on the object
measure in newton.

If an object was moved to the moon, the mass would remain same, but the weight would decrease c0z the gravity on the moon is less than earth.

Hard to explain to the children but it's n0t impossible to make them understand.
As a teacher we should be think out of the box.

-End-

*i'm just th0ught of this 'skema' thing 4 n0 reas0n on this lovely morning. Apa2 je la..

Rabu, 6 Oktober 2010

Roman muka..

adalah sesuatu ekspresi yg tak pernah menipu..
Apakah roman muka anda, dia, dan saya sekarang??

Jumaat, 1 Oktober 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka