Anda pengunjung blog ke :

Sabtu, 11 September 2010

Elemen Penting di Hari Raya

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Muslim).

Intro je tu..

Apa yang aku nak cerita hari ini adalah..

ADAB MEMULIAKAN TETAMU

Biasanya, kalau musim raya..
Ramai tetamu datang rumah..
Kita pun jadi tetamu di rumah orang..

Ayah aku cakap.. bila kita menziarahi orang,
Secara tak langsung ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.

Jadi, x salah jika kita menziarahi atau beraya di rumah2 saudara mara dan sahabat handai.
Tetapi seeloknya, beritahu dulu kepada tuan rumah atas kunjungan kita.
Kerana, mungkin dia tidak ada di rumah,
mungkin juga dia boleh bersedia atas kunjungan kita.

Di antara adab memuliakan tetamu dianjurkan Islam ialah:

- Menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan wajah yang manis

- Saling bertanya khabar berita serta bertukar-tukar cerita yang baik.

- Sedaya-upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga agar tidak diketahui tetamu.

- Menyajikan hidangan makanan kepada tetamu.

- Menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan yang diperlukan jika mereka bermalam di rumah.

- Sediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah.

- Tidak terlalu berkira, tak pula terlalu berlebihan dan bukan dengan niat untuk bermegah-megah dengan rezeki serta kemewahan yang ada.

Senang cerita:
Muliakanlah tetamu walaupun hanya dengan segelas air kosong sahaja (jika betul2 x mampu).
Jangan lari atau menyorok jika tetamu datang...
Jika kita tidak menghormati tetamu, tidak mustahil kita juga akan diperlakukan sedemikian.


* Dipetik dari laman web ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka