Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 19 September 2010

Perempuan Tua Itu

Perempuan tua itu..
Bila dia ada,
Tiada orang ingin mendengarkan suaranya.
Pertanyaannya jarang-jarang terjawab.
Kononnya dia dianggap penghalang.

Perempuan tua itu..
Tidak pernah mengeluh
Terkadang rasa ada diluahkan,
Namun, sedikit sahaja yang terkesan.

Perempuan tua itu..
Pernah lama dulu hidup susah,
Simpanan suaminya hanya RM50 sebulan,
Kerja itu, kerja ini
Tak lain tak bukan untuk menghidupkan anak-anak.

Perempuan tua itu..
Juga kadang dicerca, lebih banyak dihina
Hanya kerana tiada emas menyaluti tubuhnya.
Namun dia tak hirau.
Dia terus berjalan lagi.

Perempuan tua itu..
Kini hidupnya sudah hilang derita.
Meski ujian tuhan sering bersamanya.
Tapi dia tahu, pengorbanannya mula berhasil.

Perempuan tua itu..
Nampak masih muda.
Tapi hatinya sudah tua.
Mahu diberi kasih sayang.
Mahu dikunjungi anak menantu.
Paling penting, mahu diingati dan dihargai.

Perempuan tua itu,
Tahukah kamu siapa gerangan itu..
Aku biarkanmu dengan jawapanmu.
Siapa perempuan tua kamu, kamu, dan kamu?

Kamu sendiri yang ada jawapan.
Dan bagi aku..
Perempuan tua itu hanya satu.
Tuhan, panjangkan usia perempuan tua itu,
Berikan kesihatan kepada perempuan tua itu,
Agar aku boleh melihat senyumnya,
mendengar suaranya..
Hingga ke masa yang KAU tetapkan....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka