Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 1 September 2009

Terapi Warna


Maha suci Allah yang menjadikan semua ciptaan yang ada di muka Bumi ini sentiasa bersebab dan mengandungi hikmah...

Lihat sahaja pada sudut warna,
tidakkah sesuatu yang ajaib apabila warna asas iaitu merah, biru dan kuning jika dicampurkan secara berpasangan akan menghasilkan warna yang baru?
bukankah istimewanya Allah ciptakan 7 warna pelangi yang indah itu akhirnya menjadi warna putih jika digabungkan bersama-sama?
Hanya akidah dan sains sahaja dapat menerangkan kejadian-kejadian ini..

Namun begitu, warna juga boleh dijadikan sebagai salah satu cabang bidang perubatan.
Terapi warna adalah salah satu teknik rawatan untuk memberikan tenaga dalaman kepada manusia.

Tahukah anda, warna boleh memberikan kesan secara psikologi kepada pemakainya. Berikut adalah rahsia di sebalik warna kegemaran anda dan cara menggunakannya.

Warna

Personaliti diri

Bila perlu guna…

Jangan guna bila..

Merah

Sangat gemar melakukan aktiviti lasak, tubuh badan yang bertenaga, sentiasa stabil,yakin pada diri sendiri & mudah mesra

Apabila kita rasa letih @ keadaan fizikal yang lemah.Apabila bersendirian & rasa tidak selamat

Sedang marah, rasa lebih agresif @ aktif & memerlukan rehat yang cukup

Kuning

Peningkatan stimulasi mental, membuatkan mental kita bergerak cergas,pemikiran yang tenang, bertenaga & bersemangat

Apabila menderita akibat tekanan mental & hendak membuat keputusan muktamad.Apabila rasa berdebar-debar & takut.

Rasa penat, ingin berehat & mahu kelihaan lebih agresif

Hijau

Warna flora & fauna.Kita sentiasa berfikiran positif, perasaan yang sentiasa tenang, pemurah, lembut & sedikit sensitif

Apabila kita bimbang & memerlukan ketenangan .Apabila kita rasa letih, memerlukan rakan kongsi masalah & meningkatkan daya sensitiviti serta rasa sunyi

Berfikir sesuatu perkara dengan lebih mendalam

Biru

Kita sentiasa mengekalkan eksperi diri , komunikasi yang baik,bijak bertindak & tahu tanggungjawab diri

Semasa kita ingin menikmati ketenagan mental & emosi.Apabila kita berada dalam keadaan terperanjat & tidak dapat menyuarakan isi hati serta rasa malu

Rasa menggeletar dan sejuk

Oren

Meningkatkan lagi fizikal & emosional .Memberi ketenangan & menaikkan nafsu makan

Bagi ransangan tenaga, semasa bosan & tertekan.Apabila kita rasa gembira , ceria & ingin keseronokan

Apabila kita cenderung bersikap suka menyoal, sedang marah & ingin merehatkan diri

Ungu

Mencerminkan kreativiti, idea, kebolehan dalam seni & bersikap ideal & inovatif

Semasa memerlukan inspirasi.Apabila rasa tertekan & hilang keyakinan diri

Kita rasa malu & terasing


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka